Khamis, Ogos 02, 2007

SINGGAH DI KOTA TINGGI



Menurut cerita orang tua-tua, suatu ketika dahulu orang Jelebu tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi kerana sumpahan Sultan Abdul Jalil yang marah ekoran peristiwa Moyang Salleh memutus tali ke Johor. Kerana marahnya Sultan Abdul Jalil kepada Moyang Salleh (Datuk Undang Jelebu) lalu dia bersumpah orang Jelebu akan muntah darah kalau menjejakkan kaki ke Kota Tinggi. Saya yakin sumpahan itu telah berakhir. Seperti sumpahan Mahsuri di Pulau Langkawi.
Kami singgah di Kota Tinggi. Itulah pertama kali kami menjejakkan kaki ke sana nasib baik tidak ada yang muntah darah. hehe.
Beberapa bulan yang lalu seluruh pekan ini dilanda banjir. Tetapi sekarang keadaan telah pulih. Malah telah berubah wajah. Bangunan yang rosak diganti baru. Semasa kami singgah di deretan kedai menjual pakaian terasa seperti berada di Bukit Tinggi Indonesia kerana banyaknya kedai menjual pakaian batek dan kain ela tambahan pula pekedainya terdiri dari orang seberang. Tidak jauh dari situ terdapat deretan kedai makanan yang menjual masakan orang seberang juga. Masakannya memang sedap dan menjadi tumpuan ramai.
Selepas membeli beberapa helai kain batik dan kain ela untuk pakaian hari raya kami pun bertolak balik ke Jelebu.
Alhamdulillah, perjalanan kami selamat.

6 ulasan:

silversarina berkata...

ooo Kota Tinggi dah 'hidup' semula selepas banjir besar .. alhamdulillah.

Agaknya paklatip bukan orang Jelebu asli, tu yang bertahan tak muntah-muntah...hehehe...saja gurau.

Wah ni jelesnya , paklatip yang shopping untuk raya....nak jugak :)

Tanpa Nama berkata...

Oh, gitu kisahnya. Sumpahan sampai muntah-muntah darah. Ngerinya. Apapun, anakanda gembira ayahanda selamat dan sihat sepanjang berada di Johor. Ayah shopping raya ke? Anak ayah pun nak ikut ayah gak gi shopping :-D

NURAZZAH8 berkata...

Alhamdulillah tak jadi apa-apa pd Pak Latip... saya pun dah lama tak sampai ke bhgn sana Johor..pernah pergi Kota Tinggi sekali masa sekolah ikut rombongan sekolah... Mersing pun pergi 2 kali visit abang ipar dan kakak ipar... tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Desaru dan Tg Belungkor....sbb selalu balik Johor terus ke Pontian...

zino berkata...

dah sopping utk raya? atau baru round pertama.. hehe

kami sampai ke kota tinggi sebelum banjir dulu..

Abang Long berkata...

Salam hormat wahai Kekanda Abdulatip. Maaf, adinda agak tergamam dengan entri pada kali ini. Akan adinda kirimkan emel tentang hal yang sama. Kerana adinda perlu merujuk kepada ayahanda adinda terlebih dahulu.

Latiptalib berkata...

Loveujordan,
Di Kota Tinggi banyak tempat bersejarah tapi tidak sempat hendak melawatnya. Lain kali datang lagi.

Anakanda Puteri Ezza,
Sumpahan itu hendak percaya sangat pun tidak boleh. Ayahanda tidak shopping sakan cuma ala kadar saja.

Nurazzah,
Di Desaru rasanya tidak ada yang menarik. Kalau boleh nak pergi Pulau Tioman hehe

Zino,
Masa anak2 masih kecil memang kena Shopping beround-round tapi sekarang anak2 dah besar.

Adinda Feroz,
Sila emelkan nak baca apa ceritanya. Tentu ada kisah yang menarik.