Rabu, Ogos 15, 2007

BERJAGUNG MENUNGGU PADI MASAK

Hari ini sekali lagi saya ke UiTM Shah Alam bagi menjual novel-novel pahlawan Islam. Kali pertama pada bulan Julai yang lalu.

Siapa kata pensyarah Universiti di negara kita tidak suka membaca?. Buktinya pensyarah UiTM Shah Alam sahaja sudah membeli banyak novel daripada saya.

Salahudin Penakluk Jerusalem (cetakan ke 2) 30 naskhah
Khalid Memburu Syahid 28 naskhah
Ikramah Penentang Jadi Pembela 29 naskhah
Tariq Menang atau Syahid 30 naskhah

Terima kasih diucapkan kepada Professor Madya Nurazzah dan sahabat-sahabatnya yang sudi membeli novel-novel tersebut.

Inilah yang dikatakan berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.

Kawan-kawan penulis yang lain kelihatan tersenyum-senyum kerana sudah mendapat pembayaran royalti daripada penerbit, saya juga tersenyum kerana mendapat rezeki yang tidak disangka.

Alhamdulillah.




Melalui novel juga boleh terjalin persahabatan.

2 ulasan:

Abang Long berkata...

Wahai Kekanda Abdulatip. Inilah hasil dari keikhlasan untuk memandaikan bangsa.

Puteri Ezza berkata...

Salam ayahanda.

Betul tu ayahanda. Anakanda setuju dengan kata-kata Kekanda Long :-) Tahniah ayahanda. Murah rezeki ayahanda.