BENARKAH HULAGU KHAN TOKOH ISLAM
Hulagu Khan adalah cucu kepada Genghis Khan. Ayahnya Tolui dan ibunya Sorghaghtani Beki. Dia dilahirkan pada 1217 dan meninggal dunia pada 8.2.1265.
Hulagu Khan menjadi terkenal kerana berjaya menakluk Baghdad pada tahun 1258 serta menumbangkan kerajaan Bani Abbasiyah yang telah memerintah selama lebih 500 tahun.
Hulagu Khan bertanggung jawab memusnahkan peradaban Islam yang telah dibina selama 500 tahun di Kota Baghdad. Tentera Monggol membunuh Ulama, memperkosa wanita dan membuang kitab-kitab ke dalam sungai sehingga airnya berwarna hitam.
Hulagu Khan dikatakan seorang yang kejam sehingga membenarkan tenteranya berbuat apa sahaja terhadap penduduk Kota Baghdad. Mereka mengganas selama 40 hari 40 malam sehingga kota 1001 malam itu menjadi padang jarak padang tekukur.
Menurut Abdullah Wassaf, tokoh sejarah Islam, semasa tentera Monggol menakluk Baghdad mereka telah membunuh beratus ribu orang Islam. Ian Frazier seorang penulis barat dari majalah The New York Worker pula dalam satu rencananya mengatakan antara 200 ribu hingga 1 juta orang Islam telah menjadi mangsa keganasan tentera Hulagu Khan.
Tentera Monggol yang dikatakan ganas itu akhirnya berjaya dikalahkan oleh tentera Mesir di bawah pimpinan Saifudin Qutz, Berke Khan dan Baibars.Selepas itu kekalahan demi kekalahan dialami oleh Hulagu Khan dan pasukan tenteranya apabila bertempur dengan tentera Islam.
Nama Hulagu Khan akan terus dikenang sebagai penakluk Baghdad. Namun yang sering ditonjolkan ialah keganasannya sahaja. Kebaikannya jarang diperkatakan. Sebagai manusia biasa, Hulagu Khan juga ada sifat kejam dan kasih sayang. Memang benar dia bertindak kejam dengan membunuh beratus ribu penduduk Baghdad serta menghancurkan kota 1001 malam itu.
Tetapi selepas itu dia mula berjasa kepada Islam dan menyesali kekejaman yang dilakukan oleh tenteranya. Dia mengumpulkan semula para cendikiawan Islam lalu membantu mereka membina peradaban baru.
Contohnya, Hulagu Khan telah membina sebuah balai cerap dan Pusat Pengajian di Maragheh untuk Nasir Al Din Al Tusi, seorang ahli falsafah, matematik, astronomi, teologi, pakar perubatan dan penulis Islam berbangsa Iran. Kemudian Hulagu Khan melantik Abul Muzhaffar Athamalik Juwaini, seorang cendikiawan Islam untuk mengatur pemerintahan di Baghdad. Hulagu Khan juga memberi kebenaran kepada Abul Muzhaffar Athamalik Juwaini memperkenalkan pemerintahan Islam dan penduduk Baghdad dibenarkan semula mengamalkan ajaran agama Islam.
Ekoran dari itu ramai tentera Monggol memeluk agama Islam dan Hulagu Khan tidak menghalangnya walaupun dia sendiri masih berpegang kepada kepercayaan nenek moyangnya, agama Syamaniah (Syamanism), menyembah bintang-bintang, dan sujud kepada matahari yang sedang terbit. Tetapi ada yang mengatakan Hulagu Khan kemudiannya menganut agama Kristian.
Tetapi beberapa tahun sebelum meninggal dunia, Hulagu Khan dikatakan mula tertarik dengan Islam. Malah turut menyibarkan Islam ke Azerbaijan. Akhirnya dari keturunan Hulagu Khan ramai yang menjadi pahlawan Islam dan mereka turut menyibarkan Islam hingga sampai ke India. Kerana itu ada yang mengatakan Hulagu Khan adalah tokoh Islam.
Sebuah buku yang ditulis oleh Haji Mohd Said Abdul Hadi diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor tahun 1977 berjudul “28 Tokoh-tokoh Islam Yang Terkemuka” nama Hulagu Khan termasuk dalam senarai tersebut.
Hulagu Khan akhirnya memilih Azerbaijan sebagai destinasi terakhirnya lalu mendirikan sebuah kota yang indah. Di situlah dia berehat sambil mempelajari Islam dari ulama-ulama yang terkemuka pada masa itu.
Hulagu Khan meninggal dunia pada 2.8. 1265 dan mayatnya dikebumikan di pulau Kaboudi, di pinggir Danau Urmia, Azerbaijan.
Kisah Hulagu Khan ini akan saya jadikan novel. Kepada mereka yang mempunyai maklumat mengenai tokoh ini sudilah menyampaikannya kepada saya.
Terima kasih.
6 ulasan:
ez: Selamat berkarya Pak Latip.
ez: setahun saya, Hulagu Khan terkenal dengan sikap kejamnya menghancurkan Kota Baghdad. Jika benarlah beliau salah seorang tokoh Islam terkemuka di abadnya saya tidak sabar menunggu novel tersebut.
Ez,
Terima kasih atas maklum balas.
Selain Hulagu Khan, Timur Link juga dikatakan beragama Islam. Tetapi kalau kita melihat kekejaman yang dilakukannya, seolah tidak masuk akal.
Benarkah Hulagu Khan membunuh sampai satu juta penduduk Baghdad seperti yang ditulis oleh penulis barat itu?. Benarkah Timur Link ketika menyerang kerajaan Usmaniyah di Turki membunuh orang-orang Islam sehingga kepala-kepala mereka disusun sebesar dan setinggi gunung?.
Mungkinkah mereka sengaja memperbesarkan kekejaman itu bagi menutup kebaikan yang mereka lakukan untuk Islam?.
Ada pula mengatakan kerana mereka berfahaman Syiah dan mangsanya berfahaman Sunni. Ketika itu Bani Abbasiyah diperintah oleh Khalifah Al Muktasim, permusuhan antara Syiah dan Sunni ditambah pula oleh mereka yang berfahaman zindiq, Muktazilah dan pelbagai fahaman lagi sedang memuncak di Baghdad. Tambah gawat apabila timbul perbahasan sama ada al Quran itu bersifat qadim atau tidak?.
Mungkinkah kerana itu Hulagu Khan mengambil keputusan menyerang Baghdad membunuh ulama-ulama dan membuang kitab-kitab mereka ke dalam sungai?.
Inilah antara perkara yang akan saya ceritakan dalam novel itu nanti. InsyaAllah.
Selepas tinggalkan mesej di cbox baru terbaca komen di sini.
Memang kecut perut membaca kekejaman Hulagu Khan. tidak mustahil ianya adalah sebahagian usaha putarbelit merosakkan sejarah Islam. Terima kasih di atas pendedahan ini.
Semoga pembongkaran ini membersihkan nama mereka dan menumpaskan usaha jahat merosakkan sejarah Islam.
Teringat saya kisah Muawiyah, Tha'labah dan banyak lagi tokoh-tokoh yang sejarah mereka diputarbelitkan.
suka sangat dengan novel berunsur islam ini. sangat menarik untuk dibaca, tidak membosankan. kisah yang dipaparkan di dalam novel ini banyak memberi pengetahuan kepada orang yang kurang ilmu agama, termasuk saya. (huhu). saya sangat suka melayan novel ini. keep it up writer.
Assalamualaikum..saya sudah mmbaca novel hulagu khan karya tuan..memang menarik tetapi di dalam novel tersebut tidak menceritakan yang hulagu khan memeluk islam..harap tuan boleh menjelaskan perkara tersebut..sekian
Peminat karya tuan..
Kita mesti pandang Hulagu khan ini dari kedua dua aspek juga lah kan... Negative n positive
Catat Ulasan