Ahad, Ogos 12, 2007

NOVEL BARU TERBIT


Abdul Latip bin Talib,
PTS Fortuna
Harga: RM 32.00 / RM 35.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-192-188-7
Barcode: 978-983-192-188-3
Jumlah Halaman: 576 halaman
Tarikh Terbit: 10 August 2007
Skor : [ dari 5 ]

Novel Si Bongkok Tanjung Puteri baru saja terbit. Mengisahkan perjuangan seorang pahlawan Melayu yang menentang campur tangan British di Tanjung Puteri dan mereka yang bersubahat dengannya. Kerana tindakan Si Bongkok yang menyerang kapal-kapal dagang Inggeris dan membunuh mereka yang dimusuhinya menyebabkan Si Bongkok Tanjung Puteri dianggap sebagai penderhaka dan lanun yang sangat merbahaya.
Setelah dia meninggal dunia maka mayatnya dikuburkan oleh penduduk kampung Belungkur di kaki bukit Tanjung Puteri. Dan kubur itu terus terbiar sehingga kini.

Kubur Si Bongkok Tanjung Puteri cuma bernisankan sekeping papan yang telah reput. Menurut Encik Shaharum Husain dalam bukunya Memoir Shaharum Husain yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 1996, beliau pernah ke sini pada tahun 1960 bagi membuat penyelidikan terhadap orang tua dan tokoh tempatan bagi menghasilkan Drama Si Bongkok Tanjung Puteri.

Perigi ini terdapat di kaki bukit Tanjung Puteri. Airnya jernih, sejuk dan perigi ini masih digunakan.

3 ulasan:

Abang Long berkata...

Wahai Kekanda, seperti yang dibicarakan tempohari, InsyaAllah kita usahakan supaya generasi terdahulu dan kini, akan sama - sama menghargai perjuangan anak bangsa untuk kemerdekaan tanahair tercinta.

Latiptalib berkata...

Adinda Feroz, satu hari nanti kita adakan satu lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Kota Tinggi kemudian terus ke pusara Si Bongkok Tanjung Puteri.

Linda berkata...

Salam En Latip, semasa kecil dulu kami pernah ke pantai stulang laut dan berjln2 di jambatan batu panjang menghala ke laut yg ada di situ. Mlmnya ibu saya bermimpi yg kubur si bongkok ada di kaw pantai stulang laut...wallahualam