TIGA NOVEL AKAN TERBIT
Setelah Roboh Kota Melaka
Abdul Latip bin Talib,
PTS Fortuna
RM 28.00 / RM 31.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-192-104-6
400 halaman
Terbit: 15 Ogos 2007
Novel ini membawa pembaca ke abad 15, di mana ketika itu Kerajaan Melayu Melaka yang sudah berkuasa selama 110 tahun di ambang kejatuhan akibat perpecahan dari dalam. Apabila pemerintah berlaku zalim, para pembesar berebut kuasa maka adu domba dan fitnah bagaikan api yang membakar ketuanan Melayu. Akhirnya pada tahun 1511, Kerajaan Melayu Melaka dilenyapkan oleh Portugis. Ekoran daripada itu, bangsa Melayu dijajah selama 446 tahun
Si Bongkok Tanjung Puteri
Abdul Latip bin Talib,
PTS Fortuna
RM 32.00 / RM 35.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-192-188-7
576 halaman
Terbit 10 Ogos 2007
Novel ini mengisahkan perjuangan Si Bongkok Tanjung Puteri menentang Inggeris dan mereka yang dimusuhinya, berlatar belakangkan negeri Johor yang dahulunya dikenali dengan nama Tanjung Puteri. Tokoh realiti ini pernah menjadi sebutan di kalangan rakyat negeri Johor suatu ketika dahulu. Si Bongkok Tanjung Puteri sanggup berkorban nyawa dan harta benda demi mempertahankan tanah airnya. Namun seperkasa manapun fizikal dan semangatnya menentang kuasa penjajah, dianggap sebagai penderhaka yang namanya tidak tercatat dalam lipatan sejarah.
Dewan Bahasa Dan Pustaka
560 Halaman
3 ulasan:
nak kena cari buku tu..
TAHNIAH !!
nanti saya akan pasti dapatkannya.. nak autograph paklatip ye...
Zino,
Novel2 itu boleh didapati di rangkaian kedai buku popular dan MPH. Atau boleh juga order dari PTS atau Ujana Ilmu. atau saya kirimkan.
Loveujordan
Bila balik ke Malaysia?. Saya boleh tandatangan novel itu.
Catat Ulasan