Rabu, Ogos 29, 2007

TURKI OH TURKI

Turki antara negara yang ingin saya lawati. Tambahan pula setelah selesai menulis novel Sultan Muhamad al Fateh.

Turki pernah diperintah oleh kerajaan Byzantium (Kristian) lalu menjadikan Constantinopel sebagai ibu kotanya.

Sultan Muhamad al Fateh berjaya menawan Constantinopel lalu menukar namanya menjadi Istanbul (Islam seluruhnya.)

Setelah tumbangnya Kerajaan Usmaniyah maka Mustafa Kamal Ataturk berjaya menjadikan Turki sebuah Negara sekuler pada 3 Mac 1924. Seterusnya Ataturk berjaya menghapuskan undang-undang syariat Islam di Turki sehingga kaum wanita dilarang memakai tudung kerana dianggap bertentangan dengan sistem sekular.

Ada seorang ulama (saya terlupa namanya) mengatakan Islam kembali bersinar di Turki selepas diperintah oleh tujuh Firaun.

Hari ini Abdullah Gul dilantik sebagai Presiden baru Turki. Dengan ini usaha pihak sekular yang cuba menghalangnya dengan alasan Hayrunisa, isteri Abdullah Gul, memakai tudung telah gagal. Namun pihak tentera dikatakan tidak menyokongnya.

Semoga Islam bersinar semula di Turki.

Satu hari nanti saya ingin melawat Masjid Kubah Biru ini. InsyaAllah.

Sultan Muhamad al Fateh ketika berusia 21 tahun berjaya menawan Constantinopel.



Abdullah Gul, Presiden baru Turki dan isterinya Hyrunisa yang tidak disenangi oleh golongan sekular kerana bertudung.

6 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Salam Pak Latip

Saya pun teringin untuk menjejakkan kaki ke Turki. Bila sebut Turki memang tak akan terlupa 'tokoh' Mustafa Kamal Ataturk itu.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Salam Pak Latip

Saya pun teringin untuk menjejakkan kaki ke Turki. Bila sebut Turki memang tak akan terlupa 'tokoh' Mustafa Kamal Ataturk itu.

Latiptalib berkata...

blackpurple@jowopinter,

Saya ada membaca pengalaman mereka yang pernah ke Turki. Pengaruh Mustafa Kamal Ataturk semakin pudar. Islam pasti bersinar kembali di Turki. InsyaAllah.

Abang Long berkata...

Wahai Kekanda latiptalib. Adinda juga menyimpan hajat dan hasrat untuk melawat Turki. Sebenarnya banyak bahan berita tentang perkembangan Islam disana yang 'digelapkan'. Hingga kita menyangka golongan tentera (baca: sekular) terlalu gagah. Hakikatnya mereka lemah dan hanya mengharapkan belas ihsan dari 'tangan gelap' dari Barat.

Tanpa Nama berkata...

saya pun memang teringin sangat nak kesana. banyak kesan sejarah Islam.Tapi banyak juga yang dirosakkan :(. seronok baca kisah muhammad al fateh. hebat betoi!!

Latiptalib berkata...

Adinda Feroz, kalau diizinkan Tuhan kita sama-sama pergi ke Turki.

Khabarnya 90% rakyat Turki mengaku Islam tetapi masih ramai yang berfahaman sekular. Semoga mendapat hidayah. Amin.

Raiyan, kita kumpulkan duit tahun depan kita melawat Turki. Raiyan sudah baca kisah Sultan Muhamad al Fateh?