Jumaat, Ogos 31, 2007

HARI KEBANGSAAN KE 50



MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Selamat menyambut hari ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke 50. Malam tadi di Dataran Merdeka, lebih 200,000 rakyat melaungkan ‘merdeka’ sebanyak tujuh kali sebaik Jalur Gemilang dikibarkan.

Dan pagi ini acara yang sama akan diadakan diseluruh negara.

Sempena menyambut hari kemerdekaan ini sebuah sekolah menengah di Jelebu menjemput saya untuk berucap mengenai “Sejarah kemerdekaan Negara” di dalam satu perhimpunan yang akan dihadiri lebih 800 pelajar dan 50 guru sekolah tersebut.

Sempena acara itu saya mengambil kesempatan membawa novel-novel sejarah. Menurut salah seorang guru pusat sumber pihak sekolah berminat membeli novel-novel sejarah yang saya hasilkan itu.

Alhamdulillah.

Namun berdebar juga rasanya kerana inilah kali pertama diminta berucap di depan pelajar sekolah menengah dan guru yang melebihi 800 orang. Semoga saya mampu melakukannya dengan baik. InsyaAllah.

Sempena cuti Hari Kebangsaan ini, ramai yang membawa keluarga bercuti. Pastinya hotel-hotel di Kuala Lumpur dan di kawasan Bandar seluruh negara penuh.

Esok (Sabtu 1hb) saya membawa keluarga bercuti ke Cameron Highland. Saya pernah ke sana kira-kita 15 tahun yang lalu. Dan kini ingin berkunjung ke sana sekali lagi bersama isteri dan anak-anak.

Selamat menyambut hari kebangsaan dan selamat bercuti.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wah, ayah nak pergi bercuti. Nak ikutttttttttttttttttt... :-D

Tanpa Nama berkata...

kemerdekaan vs teori kemerdekaan




Bonda senyum riang...
Menerima bahtera merdeka...
Putera puteri sayang...
Putera puteri sayang...
Sedang berjuang...




Meskipun majoriti daripada kita tidak terlibat secara langsung merasai jerit-perit, susah-payah, penderitaan dalam proses menuntut kemerdekaan, tapi sekurang-kurangnya melalui pembacaan serta penceritaan dari pengalaman orang-orang terdahulu sedikit sebanyak telah menyedarkan dan membantu kita untuk membina persepsi serta pengertian betapa bernilainya kemerdekaan itu sendiri kepada kita orang Melayu/Islam yang sejak 50 tahun yang lampau kita telah terbebas dari belenggu dan kongkongan penjajah. Jelas, Kemerdekaan itu telah memberi peluang kepada bangsa kita sendiri samada dikalangan pemimpin maupun kita sebagai rakyat biasa memimpin serta mencorakkan (dengan ketentuan yang maha Esa) mengikut acuan kita sendiri terhadap masa depan kita semua rakyat Malaysia, di dunia dan akhirat.


Sesungguhnya kita sangat berterima kasih kepada pejuang kemerdekaan serta berbangga menjadi rakyat merdeka. Sehubungan itu satu perkara yang penting di mana kebanyakan daripada kita mengetahuinya ialah berkaitan persoalan sejauhmanakah kejayaan pengisian kemerdekaan itu sendiri. Apakah erti kemerdekaan itu kepada kita? Bagaimana kita menterjemahkan serta menghargainya? Apakah sumbangan kita setakat ini kepada saudara-saudara kita yang sebangsa dan seagama di tanah air kita khususnya.

Melihat sekeliling samada dari jauh dan dekat, realitinya dalam kebanyakan aspek kemajuan kehidupan (kecuali agama) samada ekonomi, pendidikan atau sosial /perpaduan di kalangan majoriti masyarakat kita orang Melayu/Islam masih tertinggal jauh kebelakang berbanding dengan pencapaian serta kemajuan bangsa-bangsa lain di negara kita yang sama-sama mengecapi kemerdekaan. Terlalu banyak contoh yang boleh kita nyatakan di sini, samada yang kita boleh capai melalui media massa yang biasa, ICT maupun dari pengalaman langsung/tidak langsung pancaindera kita sendiri. Persoalannya, adakah mereka (bukan Melayu/Islam) itu lebih bijak sekurang-kurangnya dalam mengintepritasikan erti kemerdekaan tadi. Teori merdeka yang telah berjaya diterokai, oleh peneraju utamanya orang Melayu/Islam itu telah diterjemahkan oleh mereka (bukan orang Melayu/Islam) dalam bentuk amalannya dengan lebih berjaya. Dengan kata lain, teori Merdeka Melayu lebih bermunafaat kepada bukan Melayu! Atau adakah teori Merdeka sememangnya tidak relevan untuk Melayu/Islam. Cukupkah sekadar penemu Teori Merdeka tapi munafaatnya kepada bangsa lain? Betulkah begitu? Mungkin tidak? Tapi seolah-olahnya nampak begitu! Mengapa begitu jadinya? Sesungguhnya Tuhan itu maha adil. Justru, saya percaya orang-orang Melayu/Islam telah dilahirkan dengan anugerah sifat-sifat yang sesuai dengan kejayaan (samada dunia maupun akhirat). Tapi, mengapa petunjuk realiti kemajuan bangsa Melayu/Islam di Malaysia sebaliknya.


Melalui Islam, majoriti daripada kita semua mengetahui bahawa, Allah (s.w.t) ada berfirman yang bermaksud; (a)“Tuhan tidak akan mengubah nasib umatnya selagi manusia itu sendiri yang berusaha mengubahnya”, (b)“Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, orang-orang yang berpesan dengan kebenaran, dan orang-orang yang berpesan dengan kesabaran”, dan Hadith Nabi (s.a.w) yang bermaksud; (a) “berusahalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah seolah-olah kamu akan mati besoknya”, (b) “Tuntutlah kamu ilmu walaupun sehingga ke negeri China” dan banyak lagi yang tanpa sedikitpun diragui boleh memandu kita ke arah kejayaan (dunia/akhirat). Di samping itu sejak sekian lama kita didedahkan oleh pakar-pakar bahasa kita mengenai ungkapan seperti, “Kalau menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”, “Kalau menggenggam bara api biar sampai jadi arang”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”, “Usaha tangga kejayaan”, dan banyak lagi.

Persoalannya di sini adakah majoriti orang Melayu/Islam di Malaysia hanya pakar ‘Mengetahui’ tanpa pakar ‘pelaksana/usaha’. Adakah kerana tiada atau kurangnya pengertian/kesedaran/keimanan untuk melaksanakannya. Mengapa begitu? Atau adakah kerana tiada atau kurangnya pakar yang pakar tadi dalam pelbagai bidang ilmu di kalangan orang Melayu/Islam di Malaysia? Di manakah kekurangannya; metodologi?, persepsi?, intelektualiti? moralnya? nilainya?, paradigmanya?, pedagogi?, androgogi? atau bagaimana? Mungkin semuanya atau sebahagiannya sebagai faktor penghalang! Bagaimakah supaya faktor tadi dijadikan sebagai pendorong? Sesungguhnya segalanya itu ada hikmah di sebaliknya.


Sebagai orang Melayu/Islam yang dikatakan agak terpelajar dan berpendidikan tinggi (sekurang-kurang dari aspek pendidikan formal) berbanding dengan kebanyakan orang Melayu/Islam Malaysia lain, tentu sekali kita semua mempunyai jawapan masing-masing mengikut kepakaran dari kerangka pemikiran masing-masing terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan di atas. Sehubungan dengan perbincangan awal tadi, tentunya sekadar kita ‘mengetahui’ jawapan sahaja tidak dapat membantu dengan lebih berkesan orang Melayu/Islam Malaysia supaya lebih berdaya saing, maju dan berjaya sekurang-kurang setaraf dengan bangsa-bangsa lain yang jelas telah jauh mendahului kita. ‘Jawapan’ tersebut perlu diterjemahkan dalam bentuk usaha/amalan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, disamping Habluminallah (hubungan dengan tuhan), Habluminannas (hubungan sesama manusia) juga merupakan komponen yang sangat dititikberatkan dalam Islam. Semoga teori Merdeka akan bermanfaat bukan sahaja kepada bukan Melayu/Islam tapi juga kepada orang Melayu/Islam. Jika demikian menjadi kenyataan, tentunya KEMERDEKAAN itu sendiri akan menjadi lebih bermakna dan perlu dipertahankan! Bagaimana nak buktikan Teori Merdeka relevan kepada orang Melayu/Islam Malaysia.? Semoga besok lebih baik dari hari ini dan semalam. Semuanya itu adalah menurut ketentuannya juga.

Sekian, terima kasih.

Berkongsi idea
Pak Wattan, UK

alex berkata...

I once tried from this principle to http://www.jouqoech.info/?search=netzteil+samsung develop a theory for hysterical paralysis.. They follow in the http://www.jouqoech.info/?search=a+ma analysis without offering any resistances whatever up to a certain point, but from that point on they remain almost inaccessible...

Latiptalib berkata...

Anakanda Puteri Ezza, selamat menyambut hari ulang tahun kemerdekan dan selamat bercuti. Datang ke Jelebu nanti kita pergi jalan-jalan.

Latiptalib berkata...

Assalamualaikum Pak Watan yang berada di UK.

Satu perkongsian idea yang menarik mengenai kemerdekaan. Saya tidak dapat hendak menjawabnya dengan panjang lebar, cuma pada pendapat saya kita baru 50 tahun merdeka setelah dijajah hampir 500 tahun. Kerana itu perjuangan mengisi kemerdekaan baru bermula bagi sebuah negara walaupun kalau diukur usia manusia angka 50 tahun itu sudah matang. Ada negara yang juga telah merdeka lebih dulu dari kita masih terkebelakang.

Kami generasi yang lahir sebelum merdeka dapat melihat perubahan masyarakat Melayu dari tahun 60an hingga ke tahun 2000.

Memang tidak dapat dinafikan bangsa lain lebih terkehadapan terutama dalam bidang ekonomi. Mereka juga mampu mempertahankan kepentingan budaya mereka.

Apa yang kita harapkan adanya kesungguhan di kalangan pemimpin kita bagi memperkasakan bangsa Melayu tidak setakat retorik sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Pak Latip,

Semalam saya ke MPH, mahu cari novel Setelah Roboh Kota Melaka. Ingatkan nak jadikan hadiah pada diri, sempena kemerdekaan negara ke lima puluh. Tapi ternyata tak ada di sana.

Tanpa Nama berkata...

Pak Latip kata novel Si Bongkok Tanjung Puteri dan Setelah Roboh Kota Melaka dah terbit. Puas cari di MPH dan Popular di Shah Alam dan Alamanda tak ada pun.

peminat novel.

Latiptalib berkata...

Saudara ideal dan peminat novel

Novel Si Bongkok Tanjung Puteri dan Setelah Roboh Kota Melaka memang sudah terbit.

Terima kasih kerana berminat untuk membeli dan membacanya.