Isnin, September 03, 2007

OH CAMERON HIGHLAND

Pekan Brincang pada waktu pagi. Hujan turun lebat kabus tidak kelihatan tetapi jalan mula sesak dengan kenderaan yang hendak naik ke puncak.

Sayur-sayuran dan buah-buahan segar antara daya tarikan Cameron Highland.

Bergambar kenangan di ladang teh.


Latar Iskandar. Airnya masih sejuk dan jernih.

Ramai yang pergi ke Cameron Highland untuk berehat sambil menikmati keindahan alam dan cuacanya yang sejuk. Kalau hendak selesa jangan pergi pada hari cuti kerana orang terlalu ramai menyebabkan jalan sesak dan tempat penginapan penuh.

15 tahun dahulu saya pernah ke sana dan baru-baru ini berpeluang ke sana sekali lagi. Keindahan alamnya memang cantik dan memukau, namun cuacanya tidak sesejuk 15 tahun lalu. Waktu malam tidak lagi menggigil kesejukan.

Sekarang semakin banyak tempat menarik di Cameron Highland untuk dilawati. Hotel-hotel atau tempat penginapan semakin banyak dengan harga antara RM88.00 hingga RM500.00. Sebaiknya buat tempahan dahulu kerana penuh terutama pada hari cuti..

Walaupun tujuan utama pergi melancung tetapi apabila sampai ke sana mata menjadi rambang kerana begitu kuatnya daya tarikan sayur sayuran,buah-buahan segar, bunga-bunga yang cantik, kraf tangan dan sebagainya.

Cameron Highland
Semakin banyak bangunan dibina
bertambah luas tanah diteroka
siapakah yang punya bangunan itu?
milik siapakah ladang yang luas itu?
jangan salahkan sesiapa
kerana kita Cuma jadi pelancung
orang lain yang mengaut laba.



2 ulasan:

mohamad kholid berkata...

Pak Latip,
Datang ke cameron kenapa tak hubungi saya? Saya tinggal di Brinchang

Latiptalib berkata...

Semasa saya berada di sana teringat juga hendak menghubungi saudara tetapi tidak tahu nombor hp dan alamat.