SALAHUDIN PALING LARIS
Petikan dari http://www.universitipts.com/
Novel berat paling laris sepanjang pesta buku adalah SALAHUDDIN Penakluk Jerusalem karya Abdul Latip Talib.
Kita yakin sasterawan paling laris jualan karyanya adalah Abdul Latip Talib melalui 4 buah novel sejarahnya yang diterbitkan oleh PTS FORTUNA.
Ramai yang membeli keempat-empat novel beliau itu serentak, yang selepas ditolak diskaun 20%, masih terpaksa membayar hampir RM70!
Di booth PTS semua stok SALAHUDDIN habis terjual. Jualan novel-novel beliau melonjak pada hari-hari beliau datang mempromosi dalam booth PTS.
Barangkali kehadiran beliau yang tampan dan sudah matang itu meningkatkan lagi aura buku-bukunya, maklumlah inilah julung-julung kali sejarah hidup pahlawan-pahlawan Islam dinovelkan.
Beberapa kali petugas di booth PTS ditanya oleh pengunjung sama ada karya beliau itu sebenarnya karya terjemahan daripada bahasa Arab!
Jadi, siapa kata novel berat tidak laku? Tengoklah apanya yang berat.
Novel-novel Abdul Latip Talib ini amat berat bahannya. Novel-novel ini ditulis dengan menggunakan teknik surah Yusuf dan dengan mengekalkan ketepatan fakta-fakta sejarahnya.
Novel-novel ini melibatkan sahabat-sahabat karib Rasulullah saw, seperti Ikramah dan Khalid al-Walid, yang ada fiqh-nya apabila menulis tentang mereka. Sesiapa yang tidak kasih kepada sahabat-sabahat Nabi Muhammad saw adalah tidak kasih kepada beliau.
Banyak novel yang dikatakan berat sebenarnya ditulis berkenaan perkara-perkara yang tidak berat pun. Bagaimanalah hendak laku…
Pembaca yang mampu membayar RM70 bagi membeli novel adalah manusia-manusia yang mahukan, dan sukakan, novel-novel berat dan bahan-bahan bacaan yang berat.
1 ulasan:
Assalamualaikum,
Saya Raja Muhd Nur Redhuan, umur 15 tahun. Saya Sedang Membaca Novel Khalid - Memburu Syahid. Kata2 Pakcik Memang Benar Kerana Saya Hampir Menangis Ketika Membaca Bab 5 - Pahlawan Tiga Serangka. Pakcik Memang Pandai Menulis Novel Tentang Sejarah Islam. Buku Ini Memang Berbaloi Dibeli Tetapi Saya Hanya Meminjam Di Perpustakaan Negara Sahaja. Selepas PMR Nanti Saya Ingin Membeli Novel Ini Walaupun Sudah Membacanya. Harap Harga Buku Dapat Dikurangkan Sedikit. Saya Juga Berharap Ingin Bertemu Dengan Pakcik Abdul Latip Talib. Semoga Tuhan Merahmati Mu.
Assalamualaikum.
Ikhlas Daripada
Raja Muhd Nur Redhuan Bin Raja Omar
Catat Ulasan