Selasa, Mei 08, 2007

NOVEL SEJARAH PAHLAWAN ISLAM




Semasa mempromosikan novel-novel pahlawan Islam di booth PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa 2007, saya dapati kebanyakan pembelinya terdiri daripada remaja awal. Mereka tertarik hati untuk membelinya setelah saya katakan ini kisah pahlawan Islam yang ditulis dalam bentuk novel.

Namun lebih ramai yang datang membelinya setelah diberitahu oleh kawan-kawan mereka yang telah membaca novel-novel tersebut. Dengan arti kata lain, Novel itu telah dipromosikan oleh kawan-kawan mereka.

Paling menyentuh perasaan saya apabila ada yang sudah begitu tertarik hendak membelinya tetapi tidak cukup duit kerana harganya agak mahal. Novel Khalid Memburu Syahid umpamanya berharga RM 32.90. Kerana itu ada juga yang bertanya kenapa mahal sangat?. Dan saya akan memujuknya dengan berkata, adik tidak rugi membelinya. Percayalah.

Ada diantara mereka yang datang sekali lagi untuk membeli judul yang lain pula sambil berkata, saya sudah baca novel ini memang sedap. Nak baca yang ini pula.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Tahniah. Terima kasih kerana menghasilkan novel sejarah Islam yang sedap dibaca. Saya telah habis membaca kisah Salahudin dan Tariq. Sudah masuk 30-an, baru timbul keinginan dan kesempatan untuk saya menoleh dan melihat kegemilangan Islam silam. Saudara memudahkan pencarian saya.

Kini saya mengumpulkan duit untuk mendapatkan Khalid (dah banyak berhabis semasa di Pesta buku lepas.. hehe).

Saudara tidak meminta, tetapi saya telah mempromosikan novel2 saudara ini kepada sahabat-sahabat saya. Malangnya, setakat ini cuma seorang dua yang berminat, itupun entah bila agaknya mereka selesai membacanya. Tetapi, saya akan meneruskan usaha ini, bukan untuk mengkayakan saudara atau PTS (hehe), tetapi untuk mengkayakan jiwa dan minda sahabat-sahabat saya...

Eh, kemudiannya saya terfikir! Apa salahnya saya membantu mengkayakan saudara-saudara yang bersungguh-sungguh meletakkan Islam di tempat sebenar? Saya amat menghargai usaha saudara dan PTS.

Semoga banyak lagi karya sebegini dapat saudara hasilkan.

maysha berkata...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Tuan,

Terima kasih kerana menghasilkan novel yg ckup bermanfaat ini. Saya pula dh berusia 28 tahun baru tergerak hati untuk membaca novel sperti ini. selama ini saya membaca novel-novel fiksyen sahaja. dulu semasa di sekolah, ada belajar tentang tokoh-tokoh Islam tetapi belajar tak sepenuh jiwa, hanya menghafal untuk tujuan lulus peperiksaan. saya baru melahirkan anak, dan saya fikir, bagaimana nak mendidik anak tentang tokoh2 islam jika saya sendiri tak tahu? maka saya baca buku ini. Alhamdulillah, plot dan ayat-ayatnya sungguh meresap dalam imaginasi, dan InsyaAllah boleh diingati sampai bila-bila. Saya membaca ketika menjaga ayah saya yang sakit di hospital. Yang pertama saya baca ialah tentang Ummar Al-Khattab. Seterusnya saya akan beli lagi tajuk-tajuk lain dan berharap dapat mendidik anak-anak untuk cintakan sejarah Islam.

Terima kasih, teruskan berkarya.


Mayshara.