Rabu, Ogos 03, 2005

BERKAHWIN DENGAN PENERBIT

Bunyinya agak lucu. Tetapi itulah ungkapan yang diucapkan oleh puan Ainon Mohd yang mengusahakan syarikat penerbitan PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD.

Menurutnya, antara salah satu sebab mengapa seseorang penulis tidak menjadi kaya dengan hasil penulisannya kerana menerbitkan buku atau novel di banyak penerbitan.

“ Kalau seseorang penulis itu setia hanya dengan sebuah penerbitan maka mereka boleh membuat pelbagai cara atau promosi untuk mempopularkan nama serta melariskan jualan buku penulis tersebut,” katanya.

Kata Puan Ainon lagi, PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS ada mazhab sendiri di bidang penulisan. Mereka menjadikan surah Yusof sebagai model untuk berkarya. “ Kerana itu hanya penulis yang menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan oleh syarikat kami sahaja yang kami terima untuk diterbitkan bukunya,” tegas Puan Ainon yang juga seorang penulis dan usahawan yang berjaya.

Bagi seseorang penulis, yang penting ada penerbitan yang sanggup menerbitkan karyanya. Buku yang diterbitkan mampu dipasarkan kepada orang ramai dan royalti dibayar mengikut jadual yang dipersetujui bersama.

Saya telah menulis selama 15 tahun dan menerbitkan buku sebanyak 12 buah dengan beberapa penerbitan. Pernah kena tipu bila buku yang terbit tidak dibayar royaltinya kerana tidak ada surat perjanjian. Pernah pula dibayar Cuma RM300.00 untuk sebuah novel. Dan saya antara penulis yang belum kaya dengan hasil penulisan.

Semoga PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD mampu merealisasikan impian saya. Amin.

1 ulasan:

Puan Ainon Mohd. berkata...

Amboi-amboi! Bukan main puji kite. Cikgu, mana hikayat AZ yang dah siap tu tolong hantar. Saya nak bagi pelukis tengok, boleh tak dia orang angan-angankan macam mana nak lukis. Kalau boleh terbit serentak kedua-dua edisi tu.