SAYANGI KANAK-KANAK
Mengikut yang direkodkan dalam statistik orang hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini seramai 319 kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun yang dilaporkan hilang dan nasib mereka masih belum diketahui.
Kita percaya tujuan melarikan kanak-kanak itu untuk tujuan seksual melepaskan nafsu kebinatangnnya kepada kanak-kanak yang masih lemah dan tidak mampu mempertahankan diri.
Kita berharap selepas ini tidak ada yang senasib dengan adik Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, yang dilaporkan hilang kira-kira dua minggu yang lalu. Setelah berita kehilangannya tersebar dan setelah orang ramai berusaha menecarinya, tiba-tiba mayatnya ditemui dalam beg pakaian…
Siapakah yang melakukannya?. Adakah penduduk tempatan atau pendatang asing yang jumlahnya beratus ribu di Negara kita?.
Walau siapapun yang melakukannya kita berharap pembunuh itu dapat ditangkap untuk dihadapkan ke muka pengadilan dan hukuman yang setimpal mestilah dikenakan supaya menjadi pengajaran kepada yang lain.
Usaha pihak polis menubuhkan unit yang dikenali sebagai D11 bagi mengendalikan kes kanak-kanak dan keganasan rumah tangga terutama kes-kes seksual dan penderaan memang tepat pada masanya. Namun kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan terutama bagi menjejaki kanak-kanak yang dilaporkan hilang itu.
Ibu bapa yang sepatutnya lebih berwaspada jangan biarkan anak-anak berjalan bersendirian walaupun untuk pergi ke pasar malam yang berdekatan dengan rumah kerana manusia “binatang’ itu masih berkeliaran di mana-mana.
Kita yakin kanak-kanak yang hilang itu masih disembunyikan di kawasan perumahan. Kerana itu menjadi tanggung jawab anggota masyarakat melaporkan kepada pihak polis apabila ternampak atau terdengar sesuatu yang mencurigakan.

1 ulasan:
Nampaknya di sekeliling kita sudah tidak ada tempat yang benar-benar selamat. Penjenayah ada di mana-mana.
Rasanya elok juga masyarakat kita, di bandar khususnya tidak lagi mengamalkan 'jaga tepi kain sendiri'. Kena ambil tahu dan perihatin juga masyarakat di sekelilingya.
Catat Ulasan