Khamis, September 06, 2007

TERIMA KASIH






Professor Madya Nurazzah sedang meneliti novel-novel yang saya bawa.

Professor Madya Nurazzah berminat membeli dan membaca novel-novel sejarah pahlawan Islam setelah pulang dari menziarahi makam-makam pahlawan itu di Jordan dan Syria. Kerana begitu tertarik dengan kisah yang dipaparkan dalam novel itu maka dia mempromosikan novel-novel itu kepada kawan-kawannya di UiTM dan jiran-jiran di kawasan kediamannya. Dia melakukannya dengan sukarela.

Hari ini kali ketiga saya membawa novel-novel sejarah itu ke UiTM Shah Alam. Si Bongkok Tanjung Puteri dan Setelah Roboh Kota Melaka yang baru saja terbit turut mendapat pesanan.

Sebagai penulis novel-novel tersebut saya amat menghargai usaha yang dilakukannya.

Terima kasih Professor Nurazzah. Semoga Allah SWT membalas budi yang baik itu dengan pahala, rahmat dan keampunan-Nya. Amin.

4 ulasan:

Abang Long berkata...

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang dianugerahNya kepada kita. Semakin kita berkerjasama, semakin kukuh hubungan sesama kita.

Latiptalib berkata...

Adinda Feros,

Kekanda dah baca emel yang dikirim. Tapi sengaja tidak membalasnya. hehe.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tahniah!

Semoga Pak Latip terus dirahmati Allah untuk terus menulis kisah-kisah pahlawan Islam yang lain...

Selamat menyambut Ramadhan....

Tanpa Nama berkata...

Paisal Tehrani menulis novel Nama Beta Sultan Alauddin. Pak Latip menulis novel Setelah Roboh Kota Melaka. Dua-dua novel aku dah baca. Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Tahniah di atas usaha ini. Di harap lebih banyak lagi penulisan novel sejarah seperti ini.

Peminat Paisal Tehrani.