Khamis, September 27, 2007

PENULIS DAN EDITOR

Tugas penulis menghasilkan karya. Editor pula diberi tanggung jawab bagi mencantikkan lagi karya. Kalau manuskrip sudah cantik maka dicantikkan lagi oleh editor. Kalau ada yang kurang diperbetulkan.

Kerana itu hubungan baik antara penulis dengan editor itu amat penting. Hubungan baik yang saya maksudkan ialah sering mengadakan perbincangan mengenai karya yang hendak diterbitkan. Jika ada sebarang perubahan pada manuskrip penulis telah dimaklumkan dengan ini tidak timbul rasa tidak puas hati.

Penulis mempunyai ego tersendiri, editor juga ada egonya. Kerana itu kalau masing-masing saling hormat menghormati, bekerjasama dan bersikap terbuka pasti tidak timbul masalah.

Sesungguhnya, Penulis memerlukan editor bagi membaca dan mengedit karyanya. Editor pula perlukan penulis bagi mendapatkan manuskrip untuk majikannya.

Penulis mempunyai bakat menulis editor pula mempunyai kemahiran dalam bidangnya.

Kerana itu antara penulis dengan editor ibarat aur dengan tebing. Mestilah wujud kerjasama, persefahaman dan saling bantu membantu bagi mencantikkan lagi karya.

7 ulasan:

Abang Long berkata...

Wahai kekanda. Adakah seperti guru kelas dan guru besar ?

Maaf, adinda tidak bersekolah tinggi... hehehehe

Tanpa Nama berkata...

N3 pak latip bunyi lain macam saja. Ada masalah dengan editor?

Latiptalib berkata...

Saya baca satu entri dalam blog Ainun Naufal. Saya pun mencelah. Lalu tulisan saya itu saya masukkan dalam blog saya juga.

Saya dengan editor novel saya tak ada apa-apa masalah. Kami baik. Sebab itu novel saya bestseller hehehe.

zino berkata...

pendek kata editor dengan penulis tak boleh gaduh.. hehe kalau tak mau di conteng semua karya tu hehe

Unknown berkata...

Salam Pak Latip...
Saya bersetuju sangat dengan apa yang Pak Latip luahkan dalam entri ini. Memang betul, penulis dan editor saling perlu memerlukan, harus saling hormat menghormati. Kita patut lihat gambaran besar di masa akan datang, dan bukan perkara remeh temeh yang akan merugikan pelbagai pihak. Kedua-duanya perlu profesional dalam menjalankan tugas mereka. Paling penting, mengamalkan adab sopan semasa berurusan mampu menjernihkan suasana yang keruh.

Nisah Haji Haron berkata...

Salam,
Kedua-dua editor dan penulis hendaklah sama-sama mempertingkat diri dalam bidang masing-masing.

Teringat saya pada seorang editor yang baru setahun jagung tetapi telah diberi 'kuasa' sebagai editor, lalu naskhah di tangannya ialah seorang penulis veteran yang punya nama besar dalam sastera tanahair. Lepas tu, editor tu sesuka hati mengedit tanpa berbincang dengan penulis. Mahu tak mengamuk sakan penulis tu!

Walaupun editor ada hak untuk mengedit tetapi editor tidak boleh melanggar hak moral pengarang - ini bermakna, ada bahagian-bahagian tertentu yang editor tidak boleh tukar sewenang-wenangnya tanpa merujuk dan memberi rasional mengapa bahagian tertentu diedit.

Saya cukup hormat pada editor yang menghormati pengarang tetapi dalam masa yang sama dia tahu bertegas dalam mencantikkan karya serta tahu mana yang wajar dikekalkan ataupun dibuang/ditukar.

Latiptalib berkata...

Zino,

Macam Zino juga kalau marah pada kontraktor alamat tak lulus kerja2 membuat bangunan. hehe.

OD,

Saya dah masuk blog Opad De. Peminat novel juga rupanya. Tak berhajat membaca novel saya?.

Puan Nisah,

Saya setuju sangat dengan kata-kata Nisah ini.

"Saya cukup hormat pada editor yang menghormati pengarang tetapi dalam masa yang sama dia tahu bertegas dalam mencantikkan karya serta tahu mana yang wajar dikekalkan ataupun dibuang/ditukar."