PEN Lancarkan 5 Buku
PEN LANCARKAN 5 BUKU Pada 7hb Ogos lalu, Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Daerah Jelebu dan Esastera.Com telah berjaya melancarkan 5 buah buku hasil karya penulis-penulis Negeri Sembilan di Hotel Sri Klawang Jelebu.
Dato’ Razak Mansor ADUN Kawasan Pertang yang juga Ahli Exco kerajaan Negeri Sembilan telah berkenan untuk menyempurnakan pelancarannya.
Buku-buku yang dilancarkan ialah Mencari Locus Standi karya Nisah Haron dan Ombak Sfera Lotus karya Siti Jasmina Ibrahim. Kedua novel tersebut telah memenangi hadiah Sastera Utusan 2003.
Turut dilancarkan Kumpulan Cerpen Kebenaran karya A. Latip Talib yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kumpulan Puisi Pendatang Malam karya Ida Munira Abu bakar yang diterbitkan oleh Esastera.Com.
Selain itu Novel Hostel, sebuah novel yang diterbitkan oleh Esastera.Com turut dilancarkan. Novel ini agak unik kerana ditulis oleh 12 orang penulis termasuk 2 penulis dari Negeri Sembilan.
Dato’ Razak Mansor, 56, dalam ucapannya berharap akan muncul lebih ramai lagi penulis dari Negeri Sembilan yang prolifik dalam bidang penulisan.
Beliau mencadangkan program Deklamasi Puisi, pelancaran buku dan Bengkel Penulisan dijadikan acara tahunan di Jelebu.
" Dengan adanya usaha ini dapat mencungkil serta menggilap bakat yang sedia ada di kalangan pelajar dan belia di daerah ini," katanya.
Di majlis tersebut, YB Dato’ Razak Mansor menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM 2,000.00 kepada PEN.
0 ulasan:
Catat Ulasan