Sabtu, Februari 26, 2005

20 TAHUN DAHULU

20 Tahun dahulu, anak-anakku masih kecil. Norfaizin yang bongsu masih berdukung. Muhamad Shukri yang sulung dan Muhamad Shakirin yang tengah, masih kanak-kanak. Mereka Belum bersekolah. Sedang dahagakan pendidikan dan kasih sayang.

Tetapi kini, 20 tahun kemudian, Anak-anakku sudah meningkat remaja. Mereka mendapat pendidikan lebih tinggi dari ayah dan ibunya. Alhamdulillah.

Mereka sudah pandai berdikari. Norfazin kini di tahun akhir di UKM Bangi. Shukri dan Shakirin telah pun berkerja.

Semoga bertambah bahagia kehidupan kami. Semakin tenang meniti usia emas. Semoga menjadi jiwa yang diredhai apabila mengadap Yang Maha Esa..Amin.

2 ulasan:

Zareda berkata...

seronok kan tengok anak anak dah besar, pas tu kita dok kat lg rilek ajer..

Bila plak pak latib nak bermain ngan cucu cucu?

Latiptalib berkata...

zareda, bermula dengan berdua kini tinggal berdua sebab anak-anak dah dewasa memanglah rilek sebab dah jadi macam pengantin semula hehe.

bermain ngan cucu?.
belum ada tanda-tandanya lagi sebab anak-anak baru saja berkerja. terserah kepada mereka untuk memilih.....hehehe.