Isnin, Januari 28, 2008

WAJAH BARU

30hb Januari 2008



Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya Novel Salahuddin Penakluk Jerusalem mendapat sambutan yang baik daripada pembaca.

Untuk memenuhi permintaan daripada pembaca PTS telah berusaha mencantikkan lagi muka depan novel tersebut dengan hiasan gambar baharu yang amat menarik.

Novel cetakan kali ke 3 dengan wajah baru ini dijangka menemui pembaca pada awal Februari 2008.

Selepas ini akan terbit Sultan Muhamad al Fateh Penakluk Konstantinopel dan Hulagu Khan Robohnya Kota Baghdad.

Sekarang saya sedang menulis novel sejarah Islam berjudul ABU BAKAR AS SIDDIQ WIRA ISLAM- Insya-Allah.

8 ulasan:

Nisah Haji Haron berkata...

Alhamdulillah, tahniah! Cover ini lebih menarik dan memancing pembaca.
Agak-agaknya soal "Alif-Lam" pada gelarah Al-Ayyubi ini dan nama-nama tokoh-tokoh lain yang sewenang-wenangnya digugurkan "Alif-Lam" pada nama telah diambil kira oleh pihak editorial sewaktu edisi ini dikeluarkan?

Tanpa Nama berkata...

Sekadar bertanya Saidina Abu Bakar atau Saidina Ali yang layak digelar Wira Islam?

zino berkata...

semakin bertambah koleksi paklatip..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah!

Semoga semakin murah rezeki yang akan Allah kurniakan untuk Pak Latip.

Semoga matlamat "Menulis Untuk Memandaikan Bangsa" akan tercapai.

"Ya Allah...Kurniakanlah kesihatan yang baik serta kesejahteraan dalam hidup sahabat hambamu ini. Semoga dirinya diberikan kesenangan dan kemudahan dalam menjalani kehidupannya. Amin".

Latiptalib berkata...

Nisah,

Novel Salahudin Penakluk Jerusalem edisi ke 3 tidak ada apa-apa perubahan pada isi kandungannya. Cuma gambar kulit muka depan sahaja yang berubah.

anonymous

Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali
keduanya wira Islam yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah saw.

Zino,

Belilah novel sejarah Islam untuk dihadiahkan kepada anak-anak. Mereka pasti suka membacanya.

Latiptalib berkata...

Rafidah,

Terima kasih di atas doa-doa yang baik untuk saya. Saya juga mendoakan Rafidah sentiasa mendapar rahmat Allah SWT. Amin.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Tuan Latip,

Jika "Rafidah" itu adalah Siti Rafidah Hassan Basri, menurut Cik Shikin, novel jibunsyi beliau akan terbit tidak lama lagi!

Latiptalib berkata...

Puan Ainon,

Walaupun cuma kenal nama belum pernah berjumpa Rafidah itu selalu mendoakan saya. Saya juga selalu mendoakan dia. Saya turut gembira kerana novel Jibunsyinya telah terbit.

Walaupun dia OKU tetapi semangatnya tinggi semoga terus tabah menjalani hidup dan rajin berkarya.