Isnin, Januari 28, 2008

KENDURI AQIQAH


Sebelum rambut digunting diadakan bacaan berzanji yang diketua oleh Tuan Imam.

Acara menggunting rambut. Air kelapa muda digunakan untuk membasahi rambut sebelum digunting.


Acara makan "Nasi Semangat". Ayam golek, sambal udang dan telur rebus dicampur dengan nasi beralas daun pisang.



Dihidangkan juga nasi, kari kambing, gulai ayam, masak lemak buah kundur dan sayur.





Puteri Balqis dicukur oleh atoknya.


Menurut sejarahnya setelah Husin dan Hasan dilahirkan maka Nabi Muhamad saw menyembelih kambing sebagai aqiqah cucu baginda. Kerana itu disunatkan kita membuat aqiqah.

Di kalangan masyarakat Melayu termasuk di kampong saya masih diamalkan beberapa upacara sempena majlis kendiri aqiqah itu. Antaranya bacaan berzanji atau bernazam. Kemudian berselawat beramai-ramai lalu menggunting rambut bayi.

Semalam Ahad 27hb, kali pertama saya membuat kenduri aqiqah cucu pertama. Sebagai anggota masyarakat dalam sebuah kampong saya mengikut sahaja apa yang biasa dilakukan oleh orang-orang di kampong saya.

Alhamdulillah, kenduri aqiqah berjalan lancar.


9 ulasan:

zino berkata...

tahniah..
dah bertambah gelaran datuk.. hehe

Latiptalib berkata...

Zino,
Terima kasih :)

cikMilah berkata...

Salam PakLatip, amboi comelnya Puteri Balqis. Kecil-kecil dulu saya selalu tanya mak, napa tak beri saya nama Balqis...
Masak lemak kundur..lamanya tak merasa. Sodap tu...

Latiptalib berkata...

CikMilah,

Nama CikMilah pun cantik juga.
Masak lomak kundur memang sodap. Susah nak dapek buah kundur. Datanglah ke Jelebu kalau nak rasa gulai buah kundur :)

Rebecca Ilham berkata...

Tahniah, Pak Latip!

Seronok dapat lihat suasana kenduri di kampung. Teringat masa akikah adik-adik saya dulu.

Aduh, masak lomak! Teringat semasa ber-"keluarga angkat" di Jempol tahun lalu. Tiap-tiap hari makan masak lomak!

Latiptalib berkata...

Rebecca Ilham,

Ada keluarga angkat di Jempol?. Tak jauh dari Jelebu.

Selamat menimba ilmu di negara orang. Pandai-pandailah menjaga diri. Semoga pulang membawa kejayaan.

Tanpa Nama berkata...

pic mama & papa putri balqis takde ke? atoknya?!?

86_maturist berkata...

paklatip, ape nasi semangat tu??

sakinah (SMS) berkata...

Alhamdulillah.. simple tapi penuh tradisi. First time tengok nasik semangat cam ni.