Isnin, Januari 14, 2008

DARI UNIVERSITI TERBUKA PTS

Novelis PTS Menitiskan Air Mata Menerima RM50,000-00 daripada Pembelian PNM

Ini maklumat terbaru yang Sifu terima.

Para penulis yang bukunya dibeli secara langsung oleh PNM sudah mula menerima pembayaran.

Seorang novelis PTS memberitahu Sifu bahawa beliau baru sahaja mengesat air matanya melihat jumlah RM50 ribu yang diterimanya daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebab beliau tidak pernah menerima bayaran sebanyak itu. Lalu beliau berkata, dengan wang itu dapatlah beliau membawa isterinya pergi umrah.

Lalu Sifu pun berkata kepada beliau, "Syukur! Syukur! Buku-buku tuan dengan PTS tidak menang apa-apa anugerah dan hadiah, tetapi Allah beri rezeki wang yang tidak disangka-sangka jumlahnya."

Segala pujian bagi Allah yang maha pemurah kepada hambanya - Sang Novelis itu - seorang yang sangat sabar, tekun, sentiasa bersangka baik, dan sangat kooperatif kepada editor yang menguruskan karya-karya beliau.

Nota: Mata Sifu pun basah juga... sebab Sifu terkenang beberapa tahun yang lalu, sewaktu Sang Novelis itu mula menulis novel pertamanya buat PTS, beliau masih menggunakan PC buruknya, dan beliau bercerita bahawa beliau sangat teringin hendak membeli laptop, tetapi masih belum mampu, sebab pada waktu itu laptop paling murah masih sekitar RM3,800-00, dan beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu.

6 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Salam Pak Latip.

Alhamdulillah. Sudah rezeki novelis itu. RM50k bukan jumlah yang sedikit. :)

Muhamad Hazimin Sulaiman berkata...

salam ziarah pak latip.. semoga dirahmati Allah selalu..

Latiptalib berkata...

Salam juga buat blackpurple,
Ye sudah rezeki penulis itu. Alhamdulillah.

Muhamad hazimin sulaiman,
Terima kasih sudi berziarah. Semoga kita sama-sama mendapat rahmatNYA.

Tanpa Nama berkata...

akum.. salam dari bumi dublin, ireland.. jemput2 la lawat my blog. :)

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, teringat pesan aruah mak, buat kerja mesti ikhlas, niat yang mesti selalu dijaga, dan amalkan ayat Seribu Dinar, InsyaALLAH rezeki datang tanpa kita duga..
Tahniah untuk sang novelis itu...:)

Latiptalib berkata...

jhzkitaro,
saya sudah melawat blog saudara. Menarik. Terima kasih.

cikmilah
benar pesan mak cikmilah. Amalkan ayat seribu dinar?. Alhamdulillah.