Isnin, Januari 14, 2008

KISAH ABU BAKAR AS SIDDIQ

21hb Januari 2008



Ada kalanya kata-kata baik yang diucapkan oleh seseorang boleh menyebabkan kita berasa teransang untuk menghasilkan karya.

Semalam saya berkesempatan ke kedai buku di Seremban. Seperti biasa saya akan mencari novel-novel saya dahulu, masih adakah dipamerkan?, masih banyakkah bakinya atau sudah kehabisan?.

Kelihatan seorang wanita dan suaminya sedang membelek salah sebuah novel sejarah Melayu.
“Belilah novel itu menarik ceritanya,” kata saya.
“Mana awak tahu?” tanya si suami.
“Saya penulisnya…”
Dia seperti tidak percaya. Lalu saya suruh dia melihat gambar pengarang pada kulit belakang novel itu.
“Oh saya macam tak percaya jumpa Pak Latip…” katanya.

Katanya lagi, dia sudah membaca 4 judul novel pahlawan Islam iaitu Salahuddin Penakluk Jerusalem, Khalid Memburu Syahid, Ikramah Penentang Jadi Pembela dan Tariq Menang atau Syahid.

“Kenapa Pak Latip tak tulis kisah khalifah al Rasyidin, Abu Bakar, Umar Usman dan Ali?”katanya.

Sebenarnya itu bukan pertama kali saya disuruh menulis kisah para sahabat yang telah dijamin masuk syurga itu.

Tetapi kali ini benar-benar meransang saya untuk menulisnya. Lalu saya mencari buku-buku yang boleh dijadikan rujukan. Maka terjumpalah buku-buku ini.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Pak Latip,
Tahniah atas usaha yang berterusan dalam bidang penulisan novel.Teruskan berkarya.....menambah khazanah bangsa !

Tanpa Nama berkata...

Tahniah ! Kerna berjaya menghasilkan novel2 pahlawan islam, saya peminat setia blog Pak Latip, saya teruja dengan buku2 Pak Latip tapi belum berpeluang untuk membaca buku2 tersebut, satu hari nanti saya akan dapatkan buku2hasil karya Pak Latip. Dari Sharifah intan

ainon mohd berkata...

Betul! Betul! Memang kisah-kisah 10 sahabat yang dijamin masuk syurga diminati banyak orang!

RHEA berkata...

assalamualaikum Tuan Abdul Latip, nanti kalau saya dah jumpa url untuk lagu tanjung puteri tu, saya bagi pada tuan untuk dimasukkan sebagai lagu latar dalam blog tuan, insya'Allah.

Latiptalib berkata...

Assalamualaikum Syarifah Intan. Cubalah pujuk Guru Besar sekolah beli novel sejarah Islam untuk perpustakaan :)

Sifu Puan Ainon,
Kisah 10 sahabat yang dijamin masuk syurga itu akan dijadikan novel. Insya-Allah.

Rhea,
Lagu Tanjung Puteri sudah ada urlnya dan akan disiarkan semula. Saya memang suka dengar lagu itu.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
Insyaallah saya akan cuba...tolong beri saya emel Pak Latip(saya dah lupa) untuk emelkan beberapa maklumat yang Pak Latip mahukan.Emel saya : sharifah_intan@yahoo.com Saya tak dapat sms sebab hp saya rosak dan sedang dibaiki.Drp Sharifah intan

Latiptalib berkata...

Waalaikumsalam, Cikgu Sharifah Intan. Email saya

abdul_latip@hotmail.com

zino berkata...

semuga pak latip terus berkarya..

zino berkata...

paklatip..
alamat rumah seperti dalam kad jemputan hari tu hehe