Rabu, Disember 26, 2007

TERIMA KASIH



Dalam usaha membantu penulis-penulis di negara kita maka Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia telah mengadakan "Tawaran Pembekalan Buku Secara Pembelian Terus Daripada Penulis".

Melalui blog ini saya ingin merakamkan rasa kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada PNM kerana telah membeli novel-novel sejarah yang saya tulis.

Terima kasih juga kepada PTS terutama kepada Puan Ainon dan Encik Arif yang membantu saya bagi proses penghantaraan buku-buku tersebut.



Novel ini turut terpilih.

Alhamdulillah.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Bang Latip,
Tahniah kerana semakin gagah dalam penulisan. Syabas dan terus berkarya.

Dr Ghazali Lateh

Nisah Haji Haron berkata...

Tahniah, rezeki bertambah murah.

Latiptalib berkata...

Saudara Dr Ghazalilateh,

Tahniah juga kerana telah mendapat gelaran DR.

Saudara Nisah Haron,

Semoga rezeki Nisah juga bertambah murah.

zino berkata...

macam man nak oder terus dari penulis..?

Latiptalib berkata...

Saudara Zino,

Mohon maaf banyak2 kerana saya tidak dapat datang kenduri di rumah saudara pada 29hb yang lalu.

Kalau saudara hendak membeli buku-buku tersebut daripada saya boleh saya kirimkan siap dengan tanda tangan sekali :)

Rie Rie berkata...

Wah semakin sukses saja ya Bang...
Selamat ya! Dan selamat tahun baru 2008 semoga dikaruniai kesehatan dan panjang umur untuk terus berkarya, sukses selalu bersama Bang Latip!!