Selasa, Disember 11, 2007

DAPAT CUCU


Gambar hiasan sahaja.

Alhamdulillah, menantu saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan lalu dinamakan Puteri Balqis. Jantinanya telah diketahui beberapa bulan yang lepas. Maklum sajalah zaman sekarang bayi dalam kandungan sudah boleh diketahui jantinanya.

Apabila usia telah meningkat tua dan anak-anak sudah dewasa maka perhatian tertumpu kepada cucu pula. Tambahan pula cucu pertama. Kasih sayang terhadap anak-anak tetap berkekalan tetapi setelah kelahiran cucu maka dapatlah menimang cucu pula.

Maka selalulah saya berulang alik dari Jelebu ke Kuala Lumpur untuk melihat cucu.

Semasa Pesta Buku Antarabangsa 2007 yang lalu, kami sempat berbual dengan Sifu Puan Ainon Mohd. Kebetulan anak dan menantu saya ada bersama.

“Anak-anak Pak Latip ada tak yang minat menulis.” Tanya Puan Ainon.

“Nampaknya tak ada,” jawab saya.

“Mungkin bakat itu akan turun kepada cucu,” kata Puan Ainon.

Semoga “masin” mulut Puan Ainon dan Puteri Balqis dapat meneruskan perjuangan ini. InsyaAllah.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM DATUK:

SEMOGA CERIA SELALU.. TAHNIAH ATAS MENDAPAT CUCU DAN SEMOGA IA AKAN MENJADI SEORANG ANAK YANG SOLEHAH DAN BERBAKTI KEPADA ORANG TUANYA DAN MENJADI SINAR CAHAYA PADA ATUK DAN OPAH.. HEHE DAHA JADI DATUK SKG JADI ATUK PULA .. SEMOGA REZEKI DAN RAHMAT ALLAH BERIKAN INI TIDAK DATUK SIA2KAN

Dewangga Sakti berkata...

Tahniah Pak Latip,
Semoga ceria selalu.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Syukur!

Wah! Nama cucunya pun ala-ala judul novel sejarah!

dahirisaini berkata...

dlatif, tahniah dpt jadi datuk jua akhirnya, gimana ya rasa jadi datuk sbb yang bagi gelran datuk tentulah seorang cucu, salam.

Najah Farahin berkata...

pak latip,
tahniah dapat cucu!