Selasa, Disember 11, 2007

KHABAR GEMBIRA





Khabarnya kesemua novel ini termasuk dalam senarai projek pembelian buku Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 2007.

Semoga khabar itu menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Khalid Memburu Syahid, Salahudin Penakluk Jerusalem, Tariq menang atau Syahid dan Ikramah Penentang jadi Pembela telah diulang cetak. Khabarnya novel sejarah Islam ini juga telah dilesen untuk diterbitkan di Indonesia. Dan berita terbaru PNM akan membelinya untuk diedarkan ke perpustakaan di seluruh negara.

Semuanya itu meningkatkan lagi minat saya untuk terus menulis novel sejarah. Hulagu Khan Robohnya Kota Baghdad hampir siap. Dan selepas itu akan menyusul pula kisah Abu Ubaidah al Jarrah, Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Ali dan Saiyidina Husain. Insya-Allah.

4 ulasan:

Puan Ainon Mohd. berkata...

Khabarnya, begitulah!

Siapa yang tidak suka menulis novel sejarah... rugi!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Pak Latip!

cikMilah berkata...

Salam PakLatip,lama juga saya tidak menjenguk ke sini. Tahniah kerana terpilih mengisi ruang Dewan Sastera. Tahniah kerana mendapat cucu pertama ( wah, sekarang dah jadi datuk Datuk!). Tahniah kerana terpilih untuk projek PNM. Semuga terus berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Tuan Latip. Kejayaan tuan memberi inspirasi kepada saya untuk mengikut jejak langkah tuan menulis novel sejarah. Semoga tuan semakin maju jaya, InsyaAllah.

Betul kata Puan Sifu tu... rugi!