Jumaat, Disember 14, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Wukuf di padang Arafah yang penuh rahsia
ada persaudaraan kasih sayang dan ujian
mengutip batu di MUzdalifah dan bermalam di Mina
membawa impian membara
dan esoknya melontar jumrah
ada kenikmatan dalam kepayahan



Pasrah diri di sisi Kaabah
bersama deraian air mata ketakwaan
tawaf, mengelilingi rumah-Mu
sambil mengucup Hajaratul Aswad
lalu meneguk air zam-zam
berdoa di bawah pancuran emas
sembahyang sunat di makam Ibrahim
lautan manusia menjadi saudara
airm ata pun bercucuran
betapa kerdilnya diri ini
di tepi kebesaran-Mu



Di Madinatul Munawwarah
Sekali lagi melepaskan rindu
Perasaan berkocak di sisi pusara nabi-Mu
lalu berdoa di Rawdhah
dan menziarahi perkuburan Baqik
di saat berpisah terasa berat kaki melangkah
air mata pun bercucuran
berserah pada-Mu Tuhan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat hari raya aidiladha diucapkan untuk Pak Latip sekeluarga.

Sayu hati ini bila membaca nukilan yang dipaparkan.

Saya berdoa agar dapat menjejakkan kaki ke sana dan seterusnya menjadi tetamu Allah yang Maha Agung. Amin.

Latiptalib berkata...

Ya Allah, sampaikanlah hajat sahabat saya Rafidah untuk menjejakan kaki ke tanah suci Mekah serta menjadi tetamu-MU. Amin.

zino berkata...

salam aidil adha pak latip..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..menghayati puisi tuan, mengetuk rindu saya yang sangat-sangat sarat ini pada orang yang saya cintai sedang berada di sana. Dia tetamu terdahulu di tanah suci suci milik Allah itu..
wassalam...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..menghayati puisi tuan, mengetuk rindu saya yang sangat-sangat sarat ini pada orang yang saya cintai sedang berada di sana. Dia tetamu terdahulu di tanah suci suci milik Allah itu..
wassalam...

Indah Hairani

Rie Rie berkata...

asslm bang Latip,

Lama tak ada kabar dari abang...
Apa kabar bang? semoga baik2 saja. selamat hari raya aidil adha!
Tambah sukses ya bang!!

Latiptalib berkata...

Zino,

Salam Aidil Adha juga buat saudara sekeluarga.

Adik Lestari,
Selamat hari raya Aidil Adha. Semoga gembira.

Indah Hairani,
Selamat Hari Raya Aidil Adha.