Isnin, Disember 03, 2007

DEWAN SASTERA DISEMBER 2007


Dewan Sastera Disember 2007 memberi peluang kepada saya menjadi Karyawan Bulan ini. Terima kasih kepada Dewan Sastera terutama kepada sidang Editornya.

Antara kandungannya ialah:

Karyawan bulan ini yang menceritakan biodata diri saya beserta gambar.
-susunan Rohaya Mohd Yusof

Merendah Diri Tetapi Bersemangat Tinggi. Pandangan Ketua Satu PEN sebagai kawan terhadap saya.
-Oleh Mahaya Mohd Yasin

Manisnya Perjuangan ini. Luahan hati saya mengenai suka duka sepanjang penglibatan dalam dunia penulisan kreatif.
-Oleh Abdul Latip Talib

Empat Pahlawan Islam di Tangan Abdul Latip Talib. Apa kata Nisah Haron mengenai empat Novel Sejarah Islam yang saya tulis. Satu ulasan yang amat menarik.
-oleh Nisah Haji Haron.

Puisi Pilihan yang memuatkan 10 puisi saya.

Drama Pentas Moyang Salleh
-Oleh Abdul Latip Talib.

Selain itu terdapat cerpen-cerpen yang menarik karya Daeng Ramliakil,Siti Zainon Ismail, Saadiah Haji Ibrahim, Jaya Ramba, Fatin Hanani, Shahrizad, Wan Nor Azriq, Norhafedah dan Ghafirah Idris.

Monolog Kecil oleh Baha Zin.

Pabila Hujan Turun oleh Shahnon Ahmad (Sasterawamn Negara)

Analisis oleh A.Rahim Abdullah

Dan banyak lagi bahan yang menarik dibaca. Dapatkan segera Dewan Sastera.

4 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tahniah Pak Latip.

Nanti saya cuba-cuba cari di kedai buku. :)

Latiptalib berkata...

Boleh juga beli melalui pos atau pesan terus dari http://www.dawama.com/

Puan Ainon Mohd. berkata...

Hmm... majalah itu sukar dibeli sebab cara pemasaran DAWAMA yang "tidak masuk akal" dari kaca mata orang bisnes.

zino berkata...

nak kena beli ni..