Sabtu, Disember 01, 2007

KOMEN PEMBACA



Salam hormat Pak Latip,
Saya baru membeli buku Tariq.Malangnya bermula bab 9 -(yang benar dan yang palsu ) ada sebanyak 16 mukasurat hilang(tidak bercetak).
Petang ini saya akan menghantarnya semula ke Kinokuniya.Walau bagaimanapun,saya telah menghabiskan pembacaan tanpa 16 mukasurat tadi.
Satu novel yang menarik dan perlu diperluaskan khalayak pembacanya.Ahh...16 mukasurat itu meragut keseronokan saya membaca.
Harapnya mereka ada stok untk ditukar.Jika tidak saya akan ambil novel Pak Latip yang lain.
-------------------------------------------------------

JAWAPAN DARIPADA SIFU PUAN AINON

ainon mohd said...

Kecacatan pada buku yang "hilang halaman" berlaku di kilang percetakan. Pulangkan kembali buku itu ke kedai buku, nanti akan diganti dengan buku lain.Jika buku itu sudah habis di Kinokuniya, mohon diposkan kepada PTS, nanti kita akan cuba hantar yang baru (jika masih ada baki dalam setor). Sekiranya tuan mahu buku lain dalam siri novel pahlawan Islam, sebut judul lain itu, no problem... boleh diganti. Beri nombor HP sekali supaya pegawai PTS boleh menghubungi.Terima kasih kerana membeli buku-buku PTS.
10:46 AM

MAKLUM BALAS DARIPADA DEWANGGA SAKTI

dewangga sakti said..

Pak Latip,Saya sudah menukarkannya kepada novel Salahudin kerana novel Tariq telah habis di Kinokuniya.Sekarang sedang membaca novel Salahudin tersebut.Puan Ainon/Sifu,Di Kinokuniya,saya tidak melihat novel-novel Pak Latip spt Robohnya Kota Melaka dan Si Bongkok.Mungkin tiada stok atau pun memang tidak dihantar?Terima kasih.
11:26 AM

4 ulasan:

zino berkata...

semakin ramai peminat novel novel paklatip..

kad dah sampai ke? di jemput paklatip sekeluarga ke teratak kami pada 29hb Dis nanti..

Latiptalib berkata...

Zino, kad jemputan dah sampai. InsyaAllah saya datang.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Kecacatan pada buku yang "hilang halaman" berlaku di kilang percetakan.

Pulangkan kembali buku itu ke kedai buku, nanti akan diganti dengan buku lain.

Jika buku itu sudah habis di Kinokuniya, mohon diposkan kepada PTS, nanti kita akan cuba hantar yang baru (jika masih ada baki dalam setor).

Sekiranya tuan mahu buku lain dalam siri novel pahlawan Islam, sebut judul lain itu, no problem... boleh diganti.

Beri nombor HP sekali supaya pegawai PTS boleh menghubungi.

Terima kasih kerana membeli buku-buku PTS.

Dewangga Sakti berkata...

Pak Latip,
Saya sudah menukarkannya kepada novel Salahudin kerana novel Tariq telah habis di Kinokuniya.Sekarang sedang membaca novel Salahudin tersebut.
Puan Ainon/Sifu,
Di Kinokuniya,saya tidak melihat novel-novel Pak Latip spt Robohnya Kota Melaka dan Si Bongkok.Mungkin tiada stok atau pun memang tidak dihantar?
Terima kasih.