Rabu, Julai 25, 2007

ZIARAH PUSARA SI BONGKOK TANJUNG PUTERI





PUSARA SI BONGKOK TANJUNG PUTERI TERLETAK DI TANJUNG BELUNGKOR.




NOVEL SI BONGKOK TANJUNG PUTERI BERADA DI PASARAN BERMULA PADA 31 JULAI.

Saya teringin sangat hendak menziarahi pusara Si Bongkok Tanjung Puteri tetapi tidak tahu di mana letaknya Belungkor. Mujur Professor Madya Nurazzah berikan peta jalan ke tempat tersebut.

Kalau tidak ada apa-apa halangan saya akan menziarahinya. InsyaAllah.

13 ulasan:

NURAZZAH8 berkata...

Assalamualaikum wrt dan Selamat Pagi Pak Latip,
peta tu saya cari di internet, yang pertama tu dari www.desarutriathlon.com, manakala yg kedua tu dari www.asiatravel.com. saya sendiri pun tak pernah sampai ke sana lagi, mungkin boleh promosi novel tu di sana apabila Pak Latip menziarahi kubur tersebut.

Latiptalib berkata...

Nurazzah8, saya belum pernah ke Tanjung Belungkor tetapi saya tahu di situ ada pusara Si Bongkok Tanjung Puteri.

InsyaAllah, saya pergi untuk menziarahi pusaranya.

zino berkata...

paklatip..

lama tak singgah di sini.. apa kabar paklatip..

si bongkok tu sama ke macam cerita P.Ramlee tu? hehe

Latiptalib berkata...

Zino,

Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak. Selama ini kisah Si Bongkok Tanjung Puteri diceritakan secara lisan kerana itu terdapat dalam perlbagai versi. Mungkin telah banyak yang ditokok tambah.

Kisah Si Bongok Tanjung Puteri dalam novel ini ada versi tersendiri yang saya kutip dari beberapa orang tua-tua. Kalau hendak mengetahuinya kenalah baca...

Latiptalib berkata...

Ada yang bertanya, adakah cerita lisan boleh dikategorikan sebagai cerita sejarah?.

Si Bongkok itu memang benar wujud kerana ada kuburnya. Tetapi kerana semasa hidupnya dia dianggap penderhaka maka namanya tidak dicatat dalam sejarah. Tetapi kisah perjuangannya tidak dilupakan dan diceritakan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.

Kalau kita menelusuri kisah perjuangan bangsa kita, mereka yang menentang Inggeris tetapi akhirnya menyerah maka diberi penghormatan dan namanya dicatat dalam sejarah. Tetapi pahlawan yang menentang sehingga akhir hayatnya dan tidak mahu menyerah maka namanya dipadamkan.

Di Negeri Sembilan juga ada seorang pahlawan bernama Datuk Siamang Gagap yang tidak tercatat namanya dalam sejarah.

Tanpa Nama berkata...

akn berada dipasaran ye.saya tidak sabar membacanya!!

Latiptalib berkata...

Raiyan, terima kasih.

Nampaknya saya kena beli pula gelang inai yang Raiyan sedang promosikan,

Tanpa Nama berkata...

hehe.boleh aje paktalib.nanti bgtau ukuran tgn si dia tersayang tu yer....
nak warna apa yer?warna gold+coklat cantik rasanya (cadangan)

KakCik berkata...

Assalamualaikum wrt dan salam perkenalan Pak Latip.Saya selalu lalu lalang kat blog ni tapi baru kali ni singgah. Kelmarin jumpa Khalid Memburu Shahid di Popular Boostore, Megamal Penang.Teruja, sbb katanya dah habis stok tapi ada 3,4 buah lagi kat Penang ni. Saya suka novel Pak Latif sbb bahasanya mudah. Kini, mencari Salahuddin dan menunggu SiBongkok...Boleh saya kirimkan $ dan PakLatip poskan pada saya?
(dengan tandatangan sekali...:)

Latiptalib berkata...

Kakcik,

Alaikumussalam dan salam perkenalan dari saya juga.

Kakcik berikan alamat ke emel saya
abdul_latip@hotmail.com nanti saya kirimkan novel2 tersebut berserta tandatangan sekali.

Terima kasih.

tintaHati berkata...

Salam Pak latip,

Saya datang membalas kunjungan.. ;)
Pernah berkunjung ke mari tapi tak pernah meninggalkan jejak.

Kalau di area tempat saya sukar betul utk menemui buku2 tulisan pak. Mungkin sebab kedai di sini kecil2 saja...

Kamal berkata...

Kubur si Bongkok di Tg Belungkor agak sulit untuk ditemui hanya org tertentu yg tahu lokasi sebenarnya

Unknown berkata...

Assalamualaikum..masih ada ke novel ni??