PUSARA SI BONGKOK TANJUNG PUTERI
Kami meredah semak dan denai sebelum sampai ke pusara Si Bongkok Tanjung Puteri.
Sedih melihat pusara Si Bongkok Tanjung Puteri terbiar. Mungkin tidak lama lagi akan hilang kalau tidak ada usaha untuk menjaganya.
Puan Asmah Binti Ahmad penduduk Belungkur yang sempat saya temui.
Encik Khalid Saidun 49 tahun penduduk Belungkur yang membenarkan saya mengambil gambarnya.
Encik Ramzdan yang membawa saya ke kubur Si Bongkok Tanjung Puteri.
Saya baca tulisannya, Bismillah..Alhamdulillah, segala puji untuk Allah. Inilah kubur Si Bongkok Tanjung Puteri...banyak tulisan yang sudah kabur...
Nama Si Bongkok Tanjung Puteri selalu disebut apabila lagu Tanjung Puteri berkumandang. Dan nama itu masih diingat orang ramai sampai sekarang. Tetapi ramai yang tidak tahu di mana kuburnya. Malah penduduk Belungkur sendiri ada yang tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah perkuburan pahlawan itu walaupun mereka percaya Si Bongkok Tanjung Puteri itu sememangnya wujud dan kuburnya ada di lereng bukit Tanjung Puteri.
Menurut salah seorang penduduk Belungkur Puan Asmah Ahmad 50 tahun, di situ terdapat dua tanjung iaitu Tanjung Belungkur Dan Tanjung Puteri.
“Di bukit Tanjung Puteri ini ada gua tempat persembunyian Si Bongkok,” kata Encik Ramzdan Sakyun 47 tahun yang membawa saya ke pusara Si Bongkok Tanjung Puteri.
Menurut Encik Ramzdan, Moyangnya yang bernama Uteh Jantan (Pak Teh Jantan) orang yang mula-mula menjumpai mayat Si Bongkok Tanjung Puteri di tepi pantai. Kemudian mayat itu dikebumikan oleh penduduk kampung tersebut di lereng bukit Tanjung Puteri.
Di Situ Cuma ada sebuah kubur sahaja dan untuk sampai ke sana bukannya mudah kerana terpaksa meredah semak samun dan denai. Kerana itu tidak hairanlah kubur itu terbiar ditumbuhi pokok-pokok kayu.
Menurut Encik Khalid Saidon 55 tahun, yang dilahirkan di Belungkur, ramai orang luar yang pulang hampa kerana tidak dapat mencari kubur Si Bongkok Tanjung Puteri. Mujur saya dapat memujuk Ramzdan supaya membawa saya ke tempat tersebut.
“Biasanya saya dibayar antara RM 40 ke RM60 kerana susah hendak ke sana,” katanya berterus terang.
Setelah berjalan kaki meredah belukar dan kawasan denai selama kira-kira setengah jam barulah kami sampai ke sebuah kubur lama. Mujur masih ada penanda dua batang kayu yang sudah reput tinggal sejengkal. DI bahagian kepalanya ada tulisan yang mengatakan itulah pusara Si Bongkok Tanjung Puteri.
Saya lihat pada tulisan itu ada tercatat tarikh 23.1.1981. Menurut Puan Asmah, ayah mertuanya arwah Pak Saidon Wahab pernah bermimpi Si Bongkok menyuruh dia menandakan kubur itu kerana sebelum itu tidak pernah bertanda.
"Maka pak mertua saya pergilah menandakan kubur itu. Ditanamnya dua batang kayu cengal pada bahagian kaki dan kepala kubur itu. Kemudian ditulisnya pada sekeping kayu sebagai batu nisannya. Itu adalah tarikh ditandakan kubur itu kerana dia pun tidak tahu bila Si Bongkok Tanjung Puteri meninggal dunia ,” katanya.
Dari penemuan kubur tersebut dan dari cerita penduduk Belungkur memang sahlah Si Bongkok Tanjung Puteri sememangnya wujud.
Alangkah baiknya kalau kubur itu dipelihara sebagai peninggalan sejarah.
16 ulasan:
Tahniah! Beginilah penulis yang sejati. Buat kajian dan kerja-kerja lapangan untuk mendapatkan semangat serta fakta yang betul sebelum menulis. Bukan sekadar menggunakan imaginasi semata-mata.
Saya hormati pendirian Pak Latip ini!
Nisah Haron,
Terima kasih.
boleh bagi alamat lokasi kubur sibongkok tak???saya teringin nak pergi melawat ke sana..harap tuan tak hampakan harapan anak jati johor..emailkan pada saya di mdrazifharun@yahoo.co.uk
Salam penuh takzim kepada Pak Latip. Saya anak jati Johor dan berminat untuk menggali cerita dan sejarah yang ada. Boleh berikan rujukan2 yang ada untuk mengetahui perihal Si Bongkok Tanjung Puteri. Emelkan ke yahamim@gmail.com
Terima kasih
terima kasih pakcik latip.si bongkok memang antara pejuang yang saya hormati dan kagumi walaupun saya tak banyak tahu mengenainya.terima kasih atas kerja keras pakcik.
sibongkok bukan penderhaka tapi pendekar melalui caranya yang tersendiri.
salam
sye tlah lme mncari kisah dan sjarah sibongkok tg.puteri ini, dan sye mnjadi tercari2 dimana pusara sibongkok stelah lama sya mndengar lagu tg.puteri,dlm beberapa tahun sya juga pernah mencari pusara ini sekitar kawasan kompleks kastam tg.puteri kerana sya sangkakan pusara ini berada disana,tujuan saya mencari makan pahlawan ini kerana saya brasa kita sbgai orang johor tidak patut mmbiarkan sjarah negeri kita lenyap begitu saja,dan mengapa pusara pahlawan ini terbiar begitu sahaja,sedangkan pada hayatnya si bongkok ialah pahlawan yang mnjaga negri johor ini,saya akn mencari pusara ini dan akan membersihkannya dan saya ingin skali menyiram pusara ini degan air mawar ,tuan ini e-mail saya saya harap tuan dpt laa mmberi sdikit informasi kepada saya mngenai pusara ini dan sejarah si bongkok sickteddy@yahoo.com
saya suka membaca hasil tulisan tuan berkenaan sejarah pahlawan islam..tetapi sy tidak terjumpa novel tentang si bongkok ini?di mana saya boleh dapatkan?
Tahniah kepada penulis , selama ini saya hanya mengetahui nama si bongkok tanjung puteri sebagai sebuah kisah dongeng sahaja,namun kini baru saya tahu akan kewujudannya.
baru tau pusara si bongkok kat tg belungkur...selama saya duduk kat mukim pengerang ni x tau plak kat tg belungkur ada sejarah negeri johor...trima kasih
Benar..saya dah pergi..
Kite sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Si Bongkok ini. Bg sy, beliau adlah pahlawan sejati yg sanggup berkorban demi tanah air yg tercinta...
Tuan,
Mohon agar tuan dapat menghubungi saya melalui e-mail untuk sedikit pencerahan & perbincangan
azmir@johor.gov.my
-AzmiR-
Penghulu
Mukim Tanjung Surat
Kota Tinggi, Johor
Blh x sye nk tau kt mane lokasi sebenar kubur si bongkok n dgn siapa sye blh berhubung dan berjumpa untuk sye kt tempat pusara si bongkok
Blh sye tahu lokasi sebenar kt mana..dh lama mencari tp x jmpe
Alhamdulillah. Semoga roh Perwira Si Bongkok aman damai di sisi Pencipta.
Saya pun sama mc kawan2 dia atas...sgt brminta dgn kisah2 sejarah di dearah kota tinggi ni..sy pun berharap kira dpt di emil kan lokasi sebenar makam si bongkok dn dgn siapa sya bolh berjumpa di belungkur sana utk tujuan pertanyaan..
Catat Ulasan