Jumaat, Oktober 26, 2007

TARIQ DIULANG CETAK



Tidak ada yang lebih mengembirakan hati seorang penulis selain novelnya mendapat sambutan daripada pembaca.

Itulah yang saya rasakan apabila dimaklumkan oleh Cik Norasyikin Editor Pengurusan PTS Fortune bahawa novel Tariq Menang atau Syahid akan diulang cetak dalam masa terdekat ini.

Sehubungan dengan itu saya diminta membaca serta menyemak semula jika ada yang perlu dibuat pembetulan.

Mungkin saya terlepas pandang, dengan itu saya mempersilakan sesiapa yang berpendapat ada fakta atau perkara yang perlu diperbetulkan sudilah memaklumkannya kepada saya.

11 ulasan:

Puteri Ezza berkata...

Assalamu'alaikum ayah. Apa khabar? Maafkan anakanda sebab dah lama menyepi. Anakanda sibuk sedikit. Bagaimana dengan raya? Anakanda tak dapat duit raya ke? Hikhik.

Tanpa Nama berkata...

Askum Pak,

Aku udah baca Tariq. Issh..macam tak menasabah tentera islam bakar kapal sendiri.

Puteri Ezza berkata...

Hikhik. Ayah, Ezza belum berpeluang lagi nak datang Jelebu. InsyaAllah, nanti Ezza pasti akan sampai juga ke sana. Ayah, bukan Ezza yang kahwin tu. Orang lain. Giliran Ezza lama lagi kot. Belum sampai seru :-)

Tanpa Nama berkata...

PAK LATIP JANGAN LAYAN
ORANG YANG BUTA SEJARAH KERANA BANGANG JAHIL BIOL SEBAB ITU TAK CAYA PERISTIWA BERSEJARAH.

Puteri Ezza berkata...

Saya yakin, ayahanda Latip seorang yang teguh dan tabah dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan yang melanda. Dugaan kecil sebegini tidak akan menjadi kudis pada dirinya :-)

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Pak Latip. Saya dah baca Tariq. Menarik. Saya tak pernah hendak minat sejarah (lebi-lebih lagi sejarah Islam), tapi sekarang dah mula minat hendak tahu.

Banyak lagi kisah-kisah sahabat yang boleh Pak Latip tulis. Contohnya kisah Kaab b Malik ang dipulau kerana gagal menyertai peperangan Tabuk. Dan banyak lagi.

Saya doakan Pak Latip sihat dan boleh menulis lagi kisah-kisah sejarah sebegini. Amin.

Riduan Khairi

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak Latip

Kejayaan ini membuat ramai yang dengki dan iri hati terutama di kalangan penulis. Kerana itu Pak Latip mesti berhati-hati.

Peminat novel sejarah.

Latiptalib berkata...

Anakanda Puteri Ezza,

Alaikumussalama ayah sihat alhamdulillah. Dah kerja tak dapat lagi duit raya. Semoga Ezza juga sihat dan ceria selalu. Tidak lama lagi cuti sekolah. Jadi datang ke Jelebu?.

Latiptalib berkata...

Riduan Khairi

Antara tujuan saya menulis novel sejarah supaya mudah dibaca dan dapat menghayati sejarah dalam bentuk novel. Dari pengakuan saudara yang dulunya tak minat tentang sejarah tetapi setelah membaca novel itu maka timbul minat pada sejarah, alhamdulillah.

Benar kata saudara banyak kisah sejarah yang boleh dijadikan novel. Sekarang saya sedang menulis kisah kejatuhan kota Baghdad di tangan Hulagu Khan. Doakan berjaya.

Terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya. Amin.

Latiptalib berkata...

Peminat novel sejarah,

Kemunculan novel-novel sejarah dapat menarik minat membaca terutama di kalangan anak-anak muda. Kerana itu saya yakin tidak ada yang berasa dengki atau iri hati kerana penulis mempunyai tanggung jawab masing-masing untuk menghasilkan karya.

Doakan saya sihat serta mendapat kekuatan untuk terus menulis.

Tanpa Nama berkata...

Salam buat Pak Latip,
Saya memang meminati sejarah Islam. Sayangnya kita kekurangan novel2 sedemikian sehinggalah saya temuinya di Kinokuniya KLCC.
Tanpa saya sedar, saya duduk hampir satu jam di situ membaca novel Khalid Al-walid, kerana terlalu asyik, sedar2 saya hampir menghabiskan buku tersebut.
Mujurlah saya tersedar dan lebih dari separuh novel tersebut telah saya habiskan hanya di dalam Kino sahaja.
Akhirnya, atas rasa bersalah kepada penulis (he..he..baca free),
saya pun bangun pergi ke kaunter, dan bayar harga buku tu dan terus keluar.

Tahniah untuk Pak Latip..