Rabu, Oktober 31, 2007

BERBENGKEL DI SMK KOMPLEK KLIA



Peserta bengkel kelihatan begitu tekun mendengar ceramah. Semoga ada di antara mereka menjadi penulis satu hari nanti.



En Ahmad Zafran (Panaharjuna) sedang memberikan ceramah dan mempromosikan novel-novelnya.



Saya dengan En. Ahmad Zafran.


Semalam saya dengan En. Ahmad Zafran (Panaharjuna)dijemput memberikan ceramah penulisan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Komplek KLIA. Mereka terdiri dari pelajar yang baru mengambil peperiksaan PMR. Walaupun usia mereka baru 15 tahun tetapi telah menunjukkan minat dalam bidang penulisan.

Usaha pihak sekolah mengadakan program seperti itu memang patut dipuji kerana selain dapat memupuk serta mencungkil bakat di kalangan pelajar dapat juga memupuk minat membaca di kalangan mereka.

En Zafran memperkatakan mengenai penulisan novel. Saya pula bidang cerpen.

Walaupun peserta adalah pelajar PMR namun ada di antara mereka yang berbakat dalam bidang penulisan berdasarkan latihan yang kami berikan.

Semoga suatu masa nanti ada di antara mereka muncul sebagai penulis yang berjaya.

3 ulasan:

Puan Ainon Mohd. berkata...

Apabila ditenung dan direnung gaya duduk pelajar-pelajar itu, sah, mereka sangat berminat mendengar ceramah yang disampaikan!

Tahniah!

Latiptalib berkata...

Sifu Puan Ainon,

Panaharjuna memang pandai bercerita dengan gayanya tersendiri. Kalau puan datang semalam tentu peserta bengkel lebih tekun mendengarnya.

Abang Long berkata...

Kekanda kelihatan macam Guru Besar pulak ? ... hehehehe