BERITA GEMBIRA MENJELANG LEBARAN
Di salin dari Universiti Terbuka PTS
http://www.universitipts.com/
Nampaknya inilah wajah novelis sejarah yang paling ngetop sekarang. Semua 4 novel siri sejarah pahlawan Islam beliau diulangcetak dalam tempoh kurang setahun dalam pasaran dan sudah dilesen oleh Jakarta bagi diterbitkan untuk pasaran Indonesia.
Ini pencapaian luar biasa bagi novel-novel sejarah di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Kita yakin 2 novel sejarah beliau dalam siri sejarah Tanah Melayu (a) Si Bongkok Tanjung Puteri dan (b) Setelah Roboh Kota Melaka akan mengulangi kejayaan siri pahlawan Islam.
Saat ini novelis ini sedang bertungkus lumus menyelesaikan 2 novel serentak: (a) Sultan Muhammad al-Fateh dan (b) Robohnya Kota Bagdad.
Rasanya, 20 tahun lagi pun belum tentu akan muncul mana-mana novelis sejarah yang dapat menandingi prestasi tokoh ini. Kita meramalkan, beliau bakal memakai mahkota novelis sejarah paling penting dalam dunia sastera Melayu.
Ya Allah, Tuhan yang dalam tanganmu nyawa kami semua berada! Kami bermohon panjangkanlah usia sasterawan ini, dan berikanlah dia kesihatan yang baik, moga-moga beliau dapat menghasilkan lebih banyak karya sastera yang Engkau redhai dan disukai pula oleh anak bangsanya.
Ya Allah, Tuhan yang maha memberi rezeki dan kekayaan kepada hamba-hambamu! Bukakanlah hati-hati mereka yang memilih teks sastera sekolah supaya memilih karya sasterawan ini untuk teks KOMSAS.
Amin, ya Allah!
-----------------------------------------------------
Alhamdulillah,
Sultan Muhamad al Fateh sudah selesai penulisannya. Jatuhnya Kota Baghdad sedang diusahakan.
Azam saya tahun 2008 nanti 4 buah lagi novel sejarah Islam hasil penulisan saya diterbitkan oleh PTS.
Ya Allah, makbulkan doa-doa hambaMU ini. Amin.
-------------------------------------------------
Menjelang lebaran yang akan menjelang beberapa hari lagi ada beberapa berita gembira yang telah sampai kepada saya. Antaranya pada 29hb Oktober nanti, sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri SEmbilan, saya dikurniakan pingat. Menurut surat tersebut pengurniaan itu ada kaitannya dengan penglibatan saya di bidang penulisan.
Selain itu ada beberapa berita gembira lagi yang disampaikan kepada saya tetapi belum boleh dihebahkan. Itupun ada kaitannya dengan kegiatan saya di bidang penulisan.
Bersyukur kepada Allah SWT.
10 ulasan:
Sdr Abdul Latip
Ada penulis (bukan semua)setelah mendapat sanjungan, namanya terkenal mula leka dengan pujian dan sanjungan membuat dia lupa diri dan paling rugi berpuas hati dengan kejayaan yang telah dicapainya. Ada pula yang merasa dia paling hebat sehingga kerjanya asyik merendahkan orang lain. Konon dia sahaja yang betul yang lain tak betul. harap2 saudara latif tak begitu.
Pak Latip,
Setinggi-tinggi tahniah dari saya.
Kadang-kadang saya garu kepala. Pelik. Canggung. Bagaimana seorang penulis itu boleh menulis lebih laju dari kadar pembacaan saya. Jenuh saya nak mengikut rentak Pak Latip! Novel Khalid Memburu Syahid dan Tariq Ibnu Ziyad pun belum sempat saya hendak habiskan. Pak Latip sudah keluar dengan novel baru lagi!
Selamat hari raya yang bakal menjelang, dan maaf zahir batin.
Tahniah buat Pak Latip!
Tiada perkara yang menggembirakan saya selain melihat kejayaan seorang penulis itu mendapat pengiktirafan yang sebaiknya.
Semoga ianya menjadi suntikan semangat kepada penulis-penulis baru agar bersungguh-sungguh menghasilkan penulisan yang dapat menjadi halwa minda.
Semoga hidup Pak Latip sentiasa disinari kegembiraan terutama dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini.Amin Ya Rabbal A'lamin.
Syukur Alhamdulillah. Tahniah Pak Latip.
Salam Aidul Fitri. Maaf zahir & Batin.
Sdr Anonymous,
Terima kasih atas ingatan. Doakan saya menjadi insan yang baik berjaya di dunia dan akhirat. Jika ada salah silap berilah teguran.
Terima aksih.
Saudara Ideal,
Terima kasih atas ucapan tahniah dan terima kasih kerana sedang membaca novel2 pahlawan Islam. Kalau ada kelapangan sudilah berikan ulasannya. Saya amat menghargainya.
Mengenai penulisan, saya lebih banyak menulis dari membaca. Ada masanya idea mengalir macam sungai sebab itu dapat disiapkan cepat. Tetapi ada juga kalanya tak ada mood maka tertangguh kerja penulisan.
Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya Idulfitri. Maaf zahir batin.
Puan Rafidah,
Tahniah juga buat Rafidah dengan novel terbaru yang diterbitkan oleh PTS.
Saya juga kagum dan gembira dengan kesungguhan Puan Rafidah menghasilkan karya. Marilah kita sama2 terus menulis dan menulis.
Saudara blackpurple,
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.
Assalamualaikum,
Tahniah Pak Latip! Orang Jempol hendak berguru, boleh?
Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya.
Saudara Mya Marja,
Selamat berpuasa. Hari raya ini jemputlah datang ke rumah saya. Jempol dengan Jelebu tidak jauh.
Nak berguru?. Kena bawa pulut kuning rendang ayam..hehe. Maaf jangan marah. Saya bergurau.
Saya juga ingin nak jumpa saudara mya marja.
Catat Ulasan