Khamis, November 25, 2004

DARI JENDELA BLOGER

DARI JENDELA BLOGER

Sri Diah: delete? mesti ada alasan tu... badan pak agus nampak susut. tak sihatkah dia? boleh saya dpt no tel mereka?

Sdr Sri Diah,
Bloger ini turut membantu menyemarakkan semangat saya untuk menulis. Kerana itu barangkali Hadiah Paling Berharga dapat saya siapkan dalam masa 55 hari bermula pada dan siap pada hari ini 25.11.2004. Novel itu menandungi 237 muka surat. Kerana manuskrip HPB akan dicetak dan diterbitkan maka saya terpaksa delete novel bersiri itu atas nasihat kawan-kawan. InsyaAllah, saya akan tulis lagi novel bersiri di sini..

Pak Agus Salim Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) memang tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini. Beliau pernah dimasukkan ke hospital beberapa bulan. Memang benar badan beliau nampak susut. Namun semangat menulis masih kuat. Pak Agus berjaya juga menyiapkan KARISMA PEN yang mengandungi biodata penulis-penulis Negeri Sembilan. Dan akan terbit tidak lama lagi. Isteri Pak Agus Salim Puan Mahaya Yassin baru-baru ini telah bersara dan kini menumpukan sepenuh masa menjaga suami, menulis dan berpersatuan. Kita doakan kesihatan mereka..

mely: meh arrr dtg Port klg ayhda... meh arrrr
mely: ceh.. ner plak ly lupakn ayahda nie... cuma 2-3 ari nie mood raya msh menebal.. tgh bermalas2an nyiapkn keje kt opis nie.. yelah lamer bercuti.. hehhe
mely: der buat open house ker.. open reban ker... open air ker?? huhuh
mely: askum n camat ptg ayahda .. cehat dak?? msh mood raya ker?

Anakda Mely,
Nak jemput ayahda datang Port Klang?. Boleh saja. Nantilah bila ada masa dan kelapangan ayahda datang dengan syarat anakda belanja makan..hehe.

Ayahda pun masih ada mood raya. Tambahan pula masih ada kengkawan yang datang beraya. Ayahda duduk di kampung tak payah buat open house. Sesiapa yang hendak datang boleh datang pada bila-bila masa. Kalau kuih raya sudah habis kuih biskut kering masih ada. Hehe.

sofia: selamat petang en. latip..

Sdr Sofia,
Selamat malam Jumaat hehe.
Saya masih saspen dan tertanya-tanya siapa SOFIA ni. Lebih saspen bila sdr kata nak datang ke rumah bersama keluarga. Saya dan isteri mengalukan kedatangan sdr. Bila agaknya?. Kalau beritahu awal boleh saya bakar “lomang” atau kacau “dodol” hehe.

SARINA MOHD SOM: saya teringin untuk aktif kembali bersama PEN Jelebu. jika ada kesempatan emaillah kepada saya
SARINA MOHD SOM: dan tak lupa juga buat kak Anisah yang banyak membantu. tak lupa jua buat cikgu Zahid Mat Saman dan Pakcik Ghazali Tocheh
SARINA MOHD SOM: atas didikan dan kursus demi kursus yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Penulis Jelebu akhirnya kini saya bergelar Wartawan.
SARINA MOHD SOM: sebenarnya saya merupakan anak didik persatuan penulis Jelebu yang sama-sama berkursus di Jelebu.
SARINA MOHD SOM: Assalamualaikum pakcik Latib Talib. Mungkin pakcik tidak beberapa mengenali atau mengingati saya.

Sdr Sarina Mohd Som,
Saya berasa sukahati bila mengetahui Sarina anak didik Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) cawangan Jelebu. Sememangnya PEN sudah beberapa kali mengadakan bengkel penulisan di Jelebu. Yang terbaru sebelum bulan Ramadan yang lalu. Syabas kerana Sarina sudah menjadi Wartawan Karangkraf. Tekunlah berkerja. Kreatif dan jaga hati bos (Sri Diah)hehe.
Saya memang tak berapa kenal Sarina tapi kalau jumpa Pak Cik kat pekan Kuala Klawang harap tegur nanti Pak Cik belanja makan roti canai kat kedai nombor 8..hehe.
Untuk makluman sarina, Zahid Mat Saman sudah berpindah ke Melaka. Pak Cik Ghazali Tocheh sudah bersara dan jadi penulis sepenuh masa. Nisah pula sambung belajar tak lama lagi dia akan jadi hakim mahkamah Syariah kot. InsyaAllah.
Pak Cik harap Sarina aktif dengan PEN. Kalau lom jadi ahli kena jadi ahli. Kalau lom bayar yuran kena jelaskan. Hehe. Untuk makluiman Sarina, Mesyuarat Agung PEN akan diadakan pada 12 Disember 2004 jam 2.00 petang bertempat di Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan di jalan Sungai Ujung, Seremban. Sarina di jemput hadir.

4 ulasan:

Sri Diah berkata...

Enlatip; terima kasih tentang info mengenai Pak Agus dan Cikgu Mahaya. Nanti saya akan menelefon mereka bertanya khabar. Sesungguhnya persahabatan adalah jalinan perasaan. Kita akan turut sakit melihat sahabat sakit - kita akan turut tertawa melihat kawan kita gembira. Salam utk mereka, kalau berjumpa lagi nanti.

Sri Diah berkata...

Sarina Mat Som? hehehe, dia anak didik PEN, sure ok ;-) Ttg novel bersiri tu - alhamdulillah cadangan saya berjaya menyuburkan idea enlatip utk terus berkarya.

Latiptalib berkata...

betul kata sri diah, sahabat yg sudi ketawa dan menangis bersama sukar didapat. yang ramai kawan yang suka makan kawan. hehe.

Latiptalib berkata...

moga sarina mohd som juga akan menulis cerpen atau novel. moga akan lahir seorang lagi penulis wanita dari jelebu selepas jasmina ibrahim.