KHALID DIULANG CETAK
Nuha...
Salam buat Pak Latip,
Saya memang meminati sejarah Islam. Sayangnya kita kekurangan novel2 sedemikian sehinggalah saya temuinya di Kinokuniya KLCC.
Tanpa saya sedar, saya duduk hampir satu jam di situ membaca novel Khalid Al-walid, kerana terlalu asyik, sedar2 saya hampir menghabiskan buku tersebut.
Mujurlah saya tersedar dan lebih dari separuh novel tersebut telah saya habiskan hanya di dalam Kino sahaja.
Akhirnya, atas rasa bersalah kepada penulis (he..he..baca free),
saya pun bangun pergi ke kaunter, dan bayar harga buku itu dan terus keluar.
Tahniah untuk Pak Latip..
2 ulasan:
Baca dalam kedai buku, itu ok, sebab kedai buku amat selesa.
Ada orang bacanya di dalam bas ekspress, kalau tidak tahan, memang pening, tetapi kerana khusyuk membaca, sampai dia tidak terasa pening!
Hebat!
Hari Ahad yang lepas saya menghadiri satu seminar di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Rakan di sebelah saya kelihatan khusyuk membaca buku sampai dia seolah tak hiraukan apa yang dikatakan oleh penceramah di depan. Lalu saya tanya buku apa yang dia sedang baca.Masyaallah inilah novelnya Khalid Memburu Syahid.
Hebat sungguh penangan orang tua Jelebu ini...
Catat Ulasan