Bencana Alam
Kita memang tidak mampu untuk mengatasi bencana alam seperti hujan lebat dan ribut taufan. Namun kita masih berpeluang untuk menyelamatkan harta dan nyawa. Di Haiti beratus orang terkorban akibat taufan yang melanda Negara mereka. Negara Amerika yang terkenal sebagai “Negara perkasa” itu juga tidak terlepas dari bencana alam.
Di tempat saya (Jelebu) yang terkenal Sebagai kawasan lindungan hujan di Negeri Sembilan, turut mengalami hujan lebat yang kadang kala turun secara tidak disangka. Cuaca yang pada mulanya panas terik tiba-tiba berarak awan mendung lalu hujan lebat pun turun.
Hampir setiap hari hujan turun. Ada kalanya pada waktu siang dan selalunya pada waktu malam. Yang paling susah hati bila musim hujan ialah para penoreh yang sumber pendapatannya dari kerja menorah. Kalau kakitangan kerajaan tersenyum girang kerana tidak lama lagi menerima bonus sebaliknya para penoreh getah berwajah murah kerana musim hujan.
Beberapa hari yang lepas, berlaku hujan ribut, Kilat sabung menyabung diiringi dentuman petir. Akibatnya komputer saya rosak. Silap saya juga kerana terlupa mencabut talian telefon yang disambungkan ke komputer selepas melayari internet. Walaupun suis komputer sudah dimatikan namun aliran letrik boleh masuk melalui talian telefon yang terpasang pada komputer tersebut.
Apabila komputer rosak barulah terasa betapa sepinya. Tambahan pula saya banyak menghabiskan masa mengadap komputer untuk menulis dan melayari Internet. Ada pula tanggung jawab sebagai “administrator” cerpenis di esastera.com dan ada laman web sendiri yang perlu diisi. Kerana itu alangkah sepinya apabila Komputer tidak boleh diguna.
Sebenarnya komputer ini adalah hadiah dari “seseorang” yang Saya sayangi. Selama hampir 2 tahun menggunakannya banyaklah maklumat dan hasil karya seperti sajak, pantun, cerpen, skrip teater dan drama tv tersimpan di dalamnya.
Kini komputer kesayangan saya sudah dibaiki namun apa yang menyedihkan ialah semua isi kandungannya sudah hilang tidak dapat diselamatkan lagi.
Sesungguhnya, saya berasa kerugian yang tak terkira nilainya akibat musnahnya khazanah berharga yang tersimpan dalam komputer Kesayangan saya itu.

1 ulasan:
Subhanallah, saya turut bersimpati dengan nasib malang yang menimpa en.latip. amat sedih rasanya jika segala khazanah yang ada telah terhapus, agak payah jugak untuk mengembalikan semangat yang hilang... bersabarlah. juga beringatlah selalu supaya membuat salinan semua hasil karya. atau uploadkan - tetapi perlu juga disimpan/save. mana tau yg diupload pun boleh terhapus. apalagi blog yang free ini.
Catat Ulasan