Jumaat, Ogos 22, 2008

SUDAH TERBIT


PTS Fortuna
Harga RM 23.00 /
RM 26.00 (Sabah & Sarawak),
978-967-5136-16-0;
Tarikh Terbit: 19 August 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 360 halaman

Ada yang menyangka novel ini adaptasi dari filem Leftenan Adnan. Tetapi tidak sama sekali. Malah saya tidak sempat menonton filem tersebut. Saya mendapatkan maklumatnya dari buku sejarah, rencana, internet, temuramah dengan orang perseorangan termasuk menemui cucu Leftenan Adnan. Malah pergi ke Bukit Candu di Singapura untuk melihat sendiri tempat berlakunya pertempuran antara Askar Melayu dengan askar Jepun.

Buku ini diterbitkan sempena bulan kemerdekaan. Ia bukan sahaja menceritakan kisah Leftenan Adnan tetapi juga sejarah pendaratan askar Jepun di Tanah Melayu, bermula dengan serangan awal di pantai Kota Bharu, Kelantan.

Semoga kisah ini dapat memupuk semangat cintakan negara di kalangan pembaca disamping dapat menghayati kisah perjuangan serta pengorbanan perwira kita dalam usaha mempertahankan tanah air tercinta.

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

Novel ini boleh dibeli dirangkaian kedai buku MPH, Popular atau pesan terus melalui


www.BookCafe.com.my
www.ujanailmu.com.my

7 ulasan:

Indah Hairani berkata...

Assalamualaikum..
Tuan, banyak yg saya abaikan, termasuk peluang belajar dn menimba pengalaman ..itulah kelemahan sy yang sgt nyata.
Tahniah pada Leftenan Adnan, Wira Bangsa.
Wassalam..

yginsaf4 berkata...

berjuang habis2an di pulau singapura, sehingga ada muzium atas nama beliau dipulau itteww.. salamm

Rahmat di Sebalik Dugaan berkata...

salam,

bagi saya tuan juga adalah seorang WIRA kerana berjaya mengembalikan memoir keagungan tamadun Islam buat kami2 semua, insan yang selalu lupa...

terima kasih.

p/s: Saya ada pertanyaan, permintaan dan jua cadangan...

sebagai seorang tentera, saya selalu terfikir jika ditakdirkan suatu hari nanti saya ke medan perang, bagaimanakah cara2 dan undang2 dalam peperangan, khususnya mengikut cara Nabi berperang...

melalui buku2 tuan saya mendapat sedikit info dan panduan tentangnya...

mohon tuan dapat mewujudkan buku khas yang membincangkan ilmu tersebut..

Sekian, Wassalam dan terima kasih

Abu Faiq berkata...

Assalamu 'alaikum tuan pengarang,

Apabila siap novel tentang Sultan Mohammad al-Fateh nanti, muncullah dua watak hebat di dalam novel tuan: Lt. Adnan dan Sultan Mohammad al-Fateh ini - hebat dengan wajah & cara masing-masing.

Dua tokoh - sama-sama Muslim - tetapi dengan matlamat dan fungsi yang sangat berbeza.

Pertama, Sultan Mohammad al-Fateh: 'Raja Sang Pembuka' - yang membuka jalan masuknya Islam ke Konastantinopel - ibu kota negara adidaya waktu itu - Nasrani Rom, berlaku 800 tahun setelah Nabi saw meramalkannya. Pelakunya para syuhada dan para da'i yang Allah janjikan untuk mereka; pasti syurga, melainkan yang belum melunasi hutangnya.

Kedua, Lt. Adnan - pejuang di dalam peperangan British-Jepun. Dia masuk di dalam episod ini sebagai perajurit yang berjuang hingga ke nyawa terakhir - atas nama semangat keperwiraan anak watan bagi mempertahankan 'tanah jajahyan tuan putih' - Singapore -
- yang tanpa disedarinya hanya membuka jalan untuk British melestarikan penjajahannya di bumi nenak-moyangnya. Hingga sekarang di 'tanah jajahan tuan putih' yang sudah berpindah milik itu, Islam dan umatnya tetap kerdik dan semput.

Kalaulah sahaja watak-watak Hamzah Abi Thalib, Jaafar Abi Thalib, Ali Abi Thalib, Amr al-'Ash, Mus'ab Umair, Sa'ad bin Abi Waqash, Thalhah bin Ubaidillah, Khalid al-Walid, Tariq bin Ziad, Salahudin al-Ayubi itu, atau bahkan sekadar seperti Abu Dzar terjelma di dalam sosok para elit tentera negara-negara umat Islam sekarang, pasti Palestin, Chehnya, Iraq, Somalia, Afghanistan, Selatan Thai, Kashmir dan Mindanao aman selamat dari penjajahan dan penghinaan oleh bangsa-bangsa kafir.

Kini kita hanya bergantung harap akan munculnya wira-wira baru yang berjuang ke arah menegakkan Daulah Khilafah.

Syukri Sapuan berkata...

salam.

saya sudah membeli dan membaca novel ini. terima kasih kerana memberi saya satu lagi pengalaman baru. review novel ini telah saya tulis di blog saya.

http://ranjaudunia.blogspot.com/2010/04/leftenan-adnan-wira-bangsa.html

joe berkata...

salam kenal dari jauh...

famy berkata...

Assalamualaikum Tuan Abdul Latip Talib saya mohd fahmi bin mohd kharis merupakan student daripada universiti malaysia sarawak dan mmembuat projek tahun akhir pada tahun nie.saya membuat tajuk tentang perjuangan leftenan adnan dalam bentuk animasi untk kanak-kanak.saya ingin bertanya beberapa soalan dan pendapat daripada tuan.di harapkan pihak tuan dapat memberi kerjasama. kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai