Sabtu, Februari 16, 2008

KARYA AGUNG KLASIK

Gambar di salin dari Universiti Terbuka PTS.

19 hb Februari 2008

Hikayat Amir Hamzah ini pada mulanya ditulis oleh seorang penulis Parsi dengan judul Qissa’i Emir Hamza. Kemudian diterjemahkan ke bahasa Arab dengan judul Sirat Hamzah.

Manuskrip ini dibawa oleh pendakwah dari India ke Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Ia disalin dengan tulisan tangan oleh penulis istana raja Melaka yang mengambil masa selama 15 tahun bagi menyiapkannya. Selain bahasa Melayu, manuskrip ini juga ditulis dalam bahasa Jawa, Bali, Acheh, Turki dan Hindi.

Hikayat Amir Hamzah diterbitkan dalam tulisan rumi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Penyelenggara naskhah ini A.Samad Ahmad masih mengekalkan gaya bahasa Melayu lama.
Pada tahun 2005 semasa mengikuti bengkel penulisan, Puan Ainon Mohd mengatakan PTS sedang mencari penulis yang sanggup memodenkan bahasa Hikayat Amir Hamzah. Saya terus menyatakan kesanggupan walaupun saya belum pernah membaca naskhah tersebut. Dan pada hari itu juga saya ke kedai buku mencarinya lalu terjumpa Hikayat Amir Hamzah edisi kedua penyelenggara A.Samad Ahmad terbitan DBP 1987.

Pertama kali membacanya memang agak sukar memahaminya kerana naskhah tersebut masih mengekalkan gaya bahasa Melayu lama. Namun saya terus juga berusaha memodenkan bahasanya sehingga selesai. Kerja ini juga dibantu oleh Encik Muhamad Ikhram dari DBP.

Hikayat Amir Hamzah ini diterbitkan dalam tiga jilid. Pembaca boleh membacanya seperti membaca novel kerana bahasanya telah dimodenka.

Hikayat Amir Hamzah ini telah dibaca oleh orang Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Semasa Portugis menyerang Melaka sultan menyuruh dibacakan Hikayat Amir Hamzah bagi menaikkan semangat pahlawan Melaka.

Watak utama dalam cerita ini ialah Saidina Hamzah, pahlawan Islam yang gugur syahid dalam perang Uhud. Sesuai dengan bentuk hikayat ceritanya telah ditokok tambah. Amir Hamzah digambarkan begitu hebat contohnya seperti berikut:

Disebabkan kuatnya tempikan Amir Hamzah boleh kedengaran hingga 18 penjuru bumi jauhnya. Segala harimau yang mendengar tempikan itu terkejut lari. Segala unta dan kuda menjatuhkan diri. Panah yang ada di tangan musuhnya jatuh ke tanah. Kisah Amir Hamzah ini diceritakan bermula sebelum kedatangan Islam sehingga kelahiran Nabi Muhamad saw.

Hikayat Amir Hamzah ini diterbitkan dalam tiga jilid. Pembaca boleh membacanya seperti membaca novel kerana bahasanya telah dimodenkan.

Hikayat Amir Hamzah merupakan karya terbaik dalam khazanah fiksyen Islami Klasik. Membaca karya agung klasik ini dapat mengkaji keluasan dan keluarbiasaan imej-imej imaginasi penulis fiksyen zaman dahulu berbanding dengan imaginasi penulis zaman kontemporari. (Memetik kata-kata Sifu Puan Ainon).

9 ulasan:

NURAZZAH8 berkata...

tahniah Pak Latip, bilalah saya boleh mendapatkan semua novel2 Pak Latip keluaran terbaru ya?
sbb saya pun skrg teramat sibuk hingga tiada masa hendak membaca novel, buku2 ilmiah berkaitan bidang saya juga seakan2 memanggil2 saya menuntut agar saya membacanya..

Umi Kalthum Ngah berkata...

Assalamualaikum Encik Latip,

Memang hebat dan produktif betul, Encik Latip...Alhamdulillah...

Saya akan cuba cari set hikayat ini nanti, Insya Allah.

Saya mohon laluan daripada Encik Latip, ya? Sekadar memberi pandangan kepada Puan Hajjah Norazzah.

Kita tidak dibenarkan mencuri sama sekali. Namun ada satu perkara sahaja yang kita boleh curi. Iaitu mencuri-curi masa, buat pelbagai perkara..

Kalau dalam bahasa inggerisnya 'multitasking'...

Wallahualam.

Tahniah sekali lagi, Encik Latip!

Wasalam.

Latiptalib berkata...

Prof Nurazzah,

Dr Umi Kalthum Ngah sudah tolong jawabkan bagi pihak saya.

Latiptalib berkata...

Nurazzah,

Saya baru ke blog Nurazzah, baru perasan ada pesanan untuk novel Randau Ruai dan Hikayat Amir Hamzah.

Nanti saya poskan. Insya-Allah.

Umi Kalthum Ngah berkata...

Assalamualaikum Encik Latip,

Saya juga mahu memesan satu set Hikayat Amir Hamzah itu dan satu naskhah Randau Ruai. Boleh, ya? Bolehkah juga saya dapatkan nombor hp supaya dapat saya nyatakan alamat penghantarannya?

Terima kasih banyak-banyak...

Wasalam.

Tanpa Nama berkata...

Sorry. Look please here

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak Latip,

Kawan-kawan saya suka dengan buku-buku Pak Latip.

Sebelum itu, saya ingin memberitahu Pak Latip supaya tidak mengklik link yang diberikan fox.

Ada virus di situ.

Latiptalib berkata...

Umi Kalthum Ngah

Terima kasih kerana berminat hendak membeli Randau Ruai dan Hikayat Amir Hamzah. Nanti saya kirimkan. no telefon saya 0176096714.

Saudara Amiene

Semoga yang membaca novel2 itu mendapat manfaatnya.

Terima kasih atas ingatan memang saya tak klik pun...

Tanpa Nama berkata...

Asslamualaikum Pak Latip,
Buku2 Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Merongmahawangsa dan lain-lain lagi adalah diantara buku2 kegemaran saya. Saya suka membaca sejak kecil...library sekolah adalah tempat saya....saya pinjam buku tak putus2...ah kini saya nak baca pula karya yag Pak Latip moden kan....
Tahniah Pak Latip atas penghasilan dan permodenan buku2 hikayat tu. Tapi membaca buku2 itu dlm bentuk lamanya...memberikan satu kepuasan...dengan gaya bahasa lama...dan seninya...
drp: syarifah intan...tropical inn. jb...kami sudah hendak pulang ke perak.