Ahad, Jun 10, 2007

TERIMA KASIH RADIO ASYIK

Seperti yang telah dijanjikan, saya masuk ke bilik penyiaran radio Asyik tepat jam 10 pagi. Di sana telah menunggu Puan Mariama, bos radio Asyik dengan pembantunya.

Encik Mahat bercuti sebab itu saya berada di sini, kata Puan Mariama (Bukan Mariamah Tijo)

Kerana Puan Mariama kelihatan peramah membuat debaran saya beransur hilang. Mana tidak berdebarnya, pertama kali bersiaran di radio Asyik.

Usaha radio Asyik mengadakan rancangan BICARA BUKU pada setiap hari Ahad jam 10 hingga 11 pagi memang patut dipuji. Dengan ini dapatlah para penulis memperkatakan buku-buku mereka. Pendengar pula dapat mengetahui buku-buku yang baru terbit disamping dapat berkenalan dengan penulisnya.

Walaupun siaran radio Asyik fm hanya dapat didengar di kawasan tertentu sahaja namun dengan adanya rancangan BICARA BUKU itu dapat mendekatkan penulis dengan pendengarnya.

Pada suatu masa dahulu (Radio 3 Seremban) juga pernah mengadakan rancangan seperti ini. Tetapi entah kenapa sekarang tiada lagi. Kerana itu apabila Encik Mahat menjemput saya bersiaran di radio Asyik untuk memperkatakan mengenai buku-buku saya maka saya terus menyetujuinya. Malah merasakan ianya satu penghormatan.

Menurut Puan Mariama, penyampai radio Asyik biasanya menggunakan empat bahasa kaum asli dan rancangan ini amat popular di kalangan mereka.

Menurut Puan Mariama lagi, ramai juga di kalangan anak-anak muda mereka yang suka membaca novel dan meminati bidang penulisan. Malah Encik Mahat sendiri seorang penulis.

Lalu saya mencadangkan mereka menjadi ahli persatuan penulis di kawasan masing-masing. Kalau di Negeri Sembilan mereka boleh menjadi ahli Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN). Dengan menjadi ahli persatuan mereka boleh mengikuti kursus atau bengkel penulisan.

Selama kira-kira satu jam bersiaran dapatlah saya memperkatakan mengenai novel-novel saya terutama novel sejarah Islam yang diterbitkan oleh PTS. Sempat juga saya menceritakan secara ringkas teknik surah Yusof yang menjadi mazhab novel-novel yang diterbitkan oleh PTS.

Menurut Puan Mariamah, dia telah masuk ke blog saya dan membaca entri-entri di dalamnya termasuk ruangan wawancara. Dengan itu lebih mudah dia mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penulisan saya.

Terima kasih Puan Mariama yang sudi menemuramah saya.

Terima kasih kepada Encik Mahat yang sudi menjemput saya untuk bersiaran.

Terima kasih Puan Ez yang mencadangkan nama saya kepada Encik Mahat

Terima kasih kepada radio Asyik fm yang boleh diikuti siaranya di frekuensi 102.5 di kawasan Barat.

Boleh juga diikuti melalui internet


www.asyikfm.com

1 ulasan:

NURAZZAH8 berkata...

Salam Pak Latip,
Ini kunjungan balas dari saya, sebenarnya saya dah beberapa kali masuk blog Pak Latip..tapi ntah kenapa bila taip je msg kat tag board tu, tak keluar msgnya, gelap saja... yg saya testing tu keluar pulak..hehehe..
Saya sekeluarga mmg suka baca novel dan buku2 lain,dan bila lihat tajuk tulisan Pak Latip, saya teruja hendak membacanya, so saya terus order malalui online...belum dapat lagi... tapi kan kalau buku2 tu dapat kiranya Pak Latip sign kat dalam tu lagi baguskan... bgmn ya... saya order melalui PTS publication SDN BHD secara online, saya order 3 buku, Ikramah, Salahudin dan Khalid...order #316.
bila tgk tajuk Salahudin tu, teringat baru2 nih saya berkunjung ke Syria, dapat melawat makam beliau di sana...bila membaca kisah dan sejarah beliau lagi lah terharu dpt berada di sisi makam seseorang yg begitu hebat suatu masa dahulu...
InsyaAllah, saya menanti kedatangan buku Pak Latip ....