Rabu, Jun 13, 2007

NOVEL SALAHUDIN DIFILEMKAN?




Petang semalam ada seseorang menghubungi saya mengatakan ada sebuah syarikat penerbitan bukan Melayu sedang merancang hendak menerbitkan sebuah drama bersiri untuk tv bertajuk SALAHUDIN. Tetapi tidak diluluskan kerana kisahnya menyimpang dari fakta yang sebenar.

Kononnya Salahudin digambarkan seperti Robin Hood yang kerjanya merompak harta orang kaya lalu diberikan kepada fakir miskin. Nauzubillah. Nasib baik pihak berkenaan tidak meluluskan cerita tersebut.

Menurut ceritanya lagi, dia telah membaca novel Salahudin Penakluk Jerusalem dan mendapati itu adalah kisah sebenar Salahudin yang menepati faktanya. Ada kemungkinan syarikatnya akan diberikan slot tersebut. Dengan itu novel Salahudin Penakluk Jerusalem akan dijadikan filem.

Sebagai penulisnya tentulah saya gembira dengan perkhabaran tersebut. Tetapi dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada PTS kerana dalam dokumen perjanjian penerbitan, ada klausa di mana saya melantik PTS menjadi agen pemerdagangan harta intelek itu.

Saya juga masih teringat pesanan Sifu Puan Ainon semasa berkursus, jika ada mana-mana pihak hendak menjadikan novel kita filem maka maklumkan terlebih dahulu kepada PTS supaya harta intelek itu dapat diuruskan dengan baik.

Dipendekkan cerita, saya menyuruh syarikat tersebut berhubung terus dengan PTS jika ingin memfilemkan novel Salahudin Penakluk Jerusalem.

2 ulasan:

NURAZZAH8 berkata...

Salam Pak Latip,
Memang bagus kalau kalau novel ini difilemkan, tapi mestilah mengikut jalan cerita yg sebenar, bukan yg direka2..
saya ada tulis entry berkenaan Salahuddin Al-Ayubi (Pak Latip boleh klik kat 'Archives' dan cari n3 tersebut) utk mengenangkan lawatan saya ke makam beliau. Dan ada saya juga ada menulis n3 berkenaan MDC (Multimedia Dev Corp) yg berpusat di Cyberjaya telah membuat filem animasi mengenai Salahuddin AL-Ayubi. (Bahasa Inggeris ialah "Saladin')...

Mengenai nakletak ruang komen tu, Semasa Pak Latip taip n3 baru, sebelum publish n3 tersebut, kan ada 'options' di bawah kotak n3... Pak Latip klik kat 'options' tersebut, dah pilih 'Allow Comments From readers'... then baru publish...
senang aje kan...IA...cuba lah, mesti boleh...

Latiptalib berkata...

Nurazzah8

Terima kasih atas komen yang diberikan. Saya pun suka kalau novel Salahudin difilemkan.

Saya dah baca n3 lawatan saudara ke tempat-tempat bersejarah di Jordan. Terharu saya membacanya sebab sudah lama teringin ke sana tetapi hajat masih belum kesampaian.

Nurazzah juga ada bakat jadi penulis. Tulis pengalaman itu supaya dijadikan buku.