BENGKEL PENULISAN DI JELEBU
Ini adalah kali ke tiga Majlis Kebudayaan Daerah Jelebu dengan Kerjasama Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) mengadakan bengkel penulisan. Aktiviti seperti ini akan terus diadakan kerana mendapat sokongan dan bantuan dari banyak pihak ternasuk dari  YB Datuk Razak Mansor, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Adun Pertang). Beliau juga telah menghulurkan peruntukan untuk menggerakkan aktiviti seperti ini.    .  
Pada mulanya kami menjangka  paling kurang 40 orang peserta yang datang berdasarkan senarai nama yang diberikan.  Tetapi Cuma 25 orang sahaja yang dapat hadir.  Namun kami tidak berasa kecewa kerana peserta telah menunjukkan minat untuk menghasilkan novel. Ada  pula di antara mereka yang sememangnya telah ada asas di bidang penulisan seperti Fahd Razy, Syarifah Salha dan  Nuralana. Ada pula yang sedang menggarap novel seperti Wan Salmah,  Noriah Noor Rahim dan  Zanifa Azura. Paling menarik  sepasang suami isteri  Kamarul Zaman Mohd dan isterinya  Norizam Sinoh yang sama-sama meminati bidang penulisan.
Peserta  tertarik dengan konsep novel islami seperti yang diperkatakan  oleh puan Ainon Mohd.  Mereka juga tertarik dengan konsep hadiah sastera utusan yang diperkatakan oleh puan Noor Azah Aziz       
Dalam sesi forum peserta dapat berkenalan dan berkongsi pengalaman menulis dengan ahli panel terdiri daripada  Fahd Razy, Sarina Mohd Som, Syarifah Salha  dan Nor Ashikin Wahid (editor PTS).
Pada majlis penutup YB Datuk Razak Mansur  telah menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta bengkel serta  melancarkan 3  novel karya penulis-penulis Jelebu iaitu  6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim. Beraraklah Awan Pilu oleh Abd Latip Talib dan Keranamu Sofea oleh Sarina Mohd Som.
                        Kalau ada sumur di ladang
                        Boleh kita menumpang mandi 
                        Kalau ada umur nan panjang
                        Tahun depan berbengkel lagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 
 

 

 
 
 

0 ulasan:
Catat Ulasan