Jumaat, Julai 04, 2008

TERIMA KASIH DATUK SERI


Alangkah gembiranya hati apabila seorang menteri sudi membeli novel Sejarah Islam. Saya yakin perasaan itu juga turut dirasai oleh Siti Rahayu, Nisah Haron dan Kusyi Hirdan apabila novel mereka turut dibeli oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan semasa Festival Membaca 2008 di PWTC 2hb yang lalu.

Pada mulanya saya bercadang hendak menghadiahkan novel-novel itu, tetapi bimbang pula rasa di hati sekiranya beliau tidak tertarik dengan novel tersebut. Tuan Roslan yang mewakili PTS menerangkan kepada Datuk Seri Mohd Syafie Apdal mengenai novel tersebut. Dan saya menokok tambah serba sedikit. Setelah membeleknya tiba-tiba Datuk Seri memasukkan sejumlah duit ke dalam kocek baju saya lalu berkata beliau hendak membeli dua buah novel Sejarah Islam.

Saya pun mengambil novel tersebut lalu menghulurkannya sambil mengucapkan terima kasih.

"Tanda tangan dulu pada buku itu," kata Datuk Seri.

Terketar-ketar juga tangan saya menurunkan tanda tangan pada novel-novel itu.

Terima kasih Datuk Seri.

Gambar ihsan Tuan Zamri Muhamad.

Entri berkaitan juga boleh dibaca dalam blog Abang Long

http://www.novelman.blogspot.com/

4 ulasan:

Ilham Ainol berkata...

salam sdr.teruja membaca blog.ia amat mengilhamkan dan rasa bangga kerna sdr tekun mengangkat sirah sebagai bumbu dan pati karya yang berjejak dan bernyawa.teruskan.tahniah...

Suhana berkata...

Pak Latif

Tahniah!

Kusyi Hirdan
www.jendelaku.com

Latiptalib berkata...

ilham ainol,

Terima kasih. Saya telah mengunjungi blog sdr. cantik. sudi-sudilah membaca novel sejarah :)

Latiptalib berkata...

kusyi hirdan,

Tahniah juga buat kusyi. Mari kita terus menghasilkan karya. Petani berbudi pada tanah. Penulis berbudi pada buku :)