Khamis, Julai 17, 2008

BERTEMU CUCU LEFTENAN ADNAN

Semasa mengumpul maklumat untuk menulis kisah Leftenan Adnan saya berusaha menjejaki warisnya di Kampung Sungai Ramal, Kajang tempat kelahiran pahlawan itu tetapi tidak berjaya kerana mereka tidak menetap lagi di tempat tersebut. Ada yang mengatakan mereka berada di Johor Bahru, Melaka dan Seremban. Saya hampir mati akal hendak menjejaki mereka kerana tidak sesiapa yang tahu alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.

Usaha menjejaki waris Leftenan Adnan saya siarkan dalam blog ini dengan harapan ada pembaca yang boleh membantu. Puan Ainon juga membantu dengan menyiarkan entri yang sama dalam blognya. Begitu juga dengan Abang Long turut membantu dengan menyiarkan entri yang berkaitan dalam blognya.Usaha itu mula menampakkan hasil apabila seorang pembaca yang dikenali sebagai AURAKAYA meninggalkan mesej dalam ruang komen entri tersebut bahawa isterinya berkawan baik dengan salah seorang cucu Leftenan Adnan bernama Wan Sofia Zainuddin. Akhirnya saya berjaya menjejaki mereka.

Pada mulanya saya Cuma dapat menghubungi Wan Sofia melalui email sahaja. Salah satu email yang dikirimnya pernah saya siarkan dalam blog ini. Setelah beberapa kali berutus emel akhirnya Wan Sofia bersetuju menemui saya di Kuala Lumpur. Beliau yang datang dari Johor Bahru ditemani suaminya dan abangnya Wan Suhaimi Zainudin.

Anak Leftenan Adnan Cuma tiga orang sahaja, dua lelaki seorang perempuan. Tetapi anak perempuannya meninggal dunia setelah beberapa bulan dilahirkan. Kedua anak lelakinya bernama Mokhtar dan Zainudin.

Mokhtar menetap di Seremban, Zainudin menetap di Johor Bahru dan Sufiah isteri Leftenan Adnan meninggal dunia di Melaka. Zainudin mempunyai dua orang anak iaitu Wan Suhaimi kini bekerja sebagai pegawai Bank dan Wan Sofia, bekerja sebagai pengurus di BMW Group Malaysia di Johor Bahru. Ibu mereka (isteri allahyarham Zainudin) bernama Raja Puteh Zainab masih hidup dan tinggal dengan Wan Sofia di Johor Bahru.

Mokhtar pula mempunyai tiga orang anak dan mereka berada di Seremban.

Menurut cerita Wan Sofia dan Wan Suhaimi, ayah mereka pernah bercerita, semasa ibu mereka (Sufiah) meninggal dunia umur Mokhtar tujuh tahun dan Zainudin lima tahun. Bekas suami Sufiah telah menyerahkan kedua anak yatim piatu itu kepada seorang kawan baik Leftenan Adnan di Seremban bernama Normah Zainal, Kini telah meninggal dunia.

“Hubungan kami dengan keluarga Mak Cik Normah masih erat bagaikan saudara,” kata Wan Sofia.

Pertemuan saya dengan Wan Sofia dan abangnya Wan Suhaimi di sebuah restoran di jalan Ampang, sepanjang perbualan itu beberapa kali saya lihat Wan Sofia kelihatan sebak dan matanya merah apabila kami bercerita mengenai kisah Allahyarham Leftenan Adnan.

“Saya telah pergi ke Bukit Candu di Singapura bagi melihat tempat berlakunya pertempuran antara Askar Melayu dengan tentera Jepun. Saya juga terjumpa sebuah kubur lama. Dipercayai di situ Leftenan Adnan dan kawan-kawannya dikebumikan,” kata saya.

Tetapi menurut Wan Sofia dan Wan Suhaimi, mayat Leftenan Adnan tidak dikebumikan di Bukit Candu tetapi dibawa oleh tentera Jepun ke satu tempat yang tidak diketahui. Mungkin kerana terlalu marah disebabkan Leftenan Adnan begitu gagah berani sehingga ramai tentera Jepun yang terbunuh. Atau mungkin juga sebagai satu penghormatan terhadap seorang pahlawan.

“Leftenan Adnan seorang pahlawan kerana itu saya tertarik menulis kisahnya,” kata saya sambil mengatakan penulisan novel sejarah Leftenan Adnan telah siap dan jika tidak ada apa-apa halangan akan diterbitkan oleh PTS Fortuna sempena bulan kemerdekaan.

“Kami ucapkan terima kasih di atas usaha Pak Latip menulis kisah Leftenan Adnan,” kata Wan Sofia.

Entri yang berkaitan boleh juga dibaca dalam blog yang lain.

http://abdullatip.blogspot.com

8 ulasan:

TIUB BOCOR berkata...

Salam kepada Sdr Latip dan waris Allahyarham Lef.Adnan.

SETIAP kali teringat kisah Left.Adnan dan menatap potretnya,membaca kisahnya,menontong filemnya saya pasti berasa amat sayu dan syahdu dan menitis air mata.Kerana kisah Lef.Adnan begitu dekat dalam kehidupan saya semasa saya membaca buku di bangku sekolah rendah dahulu'sehinggakan saya berazam mahu menjadi pegawai tentera.Walapun cita-cita saya bukan ke bidang ketenteraan kini kerana menjurus menjadi ahli akademik namun semangat itu terus berkobar-kobar hingga kini.Begitulah berkesannya kisah Allahyarham. Sebab itu ada dua entri saya tentang LA dalam blog saya: TIUB BOCOR.BLOGSPOT.COM/ Sudah tiba masanya dicadangkan nama LA di sebatang jalan di bandar Kajang iaitu pekan kelahiran beliau.Jadikan SK Left.Adnan sebagai muzium mini agar menjadi sumber rujukan berterusan tentang LA. Sekian, Wassalam.

(Dr. RH.)

Unknown berkata...

Saya..pelajar tingkatan 4 tahun hadapan...buku komsas untuk tingkatan 4 tahun hadapan(2017) berjudul 'leftenan adnan wira bangsa' Katya Abdul latip bin talib. Sy berasa amat Sayu Dan sedih apabila membaca buku ini...walaupun Baru separuh membacanya... Kerana ia mengisahkan kehidupan leftenan adnan Dari kecil sehinggalah hujung nyawanya... Setelah membacanya.. Saya menyedari masa jasa pejuang negara kita dahulu amatlah besar.. Dan saya bersyukur adanya mereka yang cita akan negara melindungi negara kita tanah melayu seperti leftenan adnan pada masa dahulu.. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menjadikan novel ini sebagai novel komsas tingkatan 4.saya berharap remaja lain sedar akan jasa jasa pejuang negara kita pada masa dahulu....

yoe berkata...

Assalamualaikum..saya badrul salah satu pelajar UniSZA sedang menyiapkan dokumentari sebagai salah satu essaimen saya berkaitan leftenan adnan..Kalau boleh saya ingin berjumpa dengan waris leftenan adnan..saya harap sesiapa yang membaca dapat membantu saya

Unknown berkata...

Menitis air mata sy mngenangkn pngorbanan seorng phlwn yg prthnkn tnh mlayu Al fatihah buat leftenan adnan

chaching berkata...

Wasalam..cuba gugel cari nama cucu dia Wan Shireen Sofia Zainuddin dlm FB..

chaching berkata...

Wasalam..cuba gugel cari nama cucu dia Wan Shireen Sofia Zainuddin dlm FB..

Unknown berkata...

saya ingin mencari gambar2 Leftenan Adenan

Unknown berkata...

pak latif boleh x tulis kisah leftenan abbas abdul manan pula