Khamis, Jun 19, 2008

KISAH LEFTENAN ADNAN DIJADIKAN NOVEL


Kisah Leftenan Adnan telah siap ditulis dan telah dihantar kepada PTS Fortuna semoga diluluskan untuk penerbitannya pada tahun ini.

Semasa berada di Singapura saya bertanya kepada seorang anak saudara yang masih bersekolah adakah pernah mendengar Nama Leftenan Adnan?. Jawapnya, memang kenal nama itu kerana ada tercatat dalam pelajaran sejarah di sekolah.

Semasa mengunjungi sebuah kedai buku, novel sejarah Islam ada dijual di negara tersebut. Semoga setelah Novel Leftenan Adnan terbit nanti turut mendapat sambutan daripada pembaca di Singapura.

1 ulasan:

ahmad nazri berkata...

Juga patut d jadikan salah satu buku wajib sejarah setiap sekolah di malaysia