MALANG TAK BERBAU
Benarlah kata orang, “ Malang tak berbau”. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa kita menduganya. Kerana itu seharusnya kita bersedia menghadapinya.
Selain dari membaca doa selamat serta berusaha mengelakkan berlakunya kemalangan maka perlindungan insuran juga perlu kita adakan. Janganlah pula kita persoalkan apa hukumnya “ duit insuran” kerana ada skim perlindungan yang sesuai dengan Islam contohnya TAKAFUL.
Selain insuran nyawa ada pula perlindungan untuk rumah kediaman. Mungkin ada yang berpendapat, rumah yang terletak di kawasan perkampungan tidak perlu diinsurankan. Tetapi apa yang berlaku kepada rumah saya baru-baru ini patut menjadi pengajaran betapa rumah kampung juga perlu perlindungan insuran.
Ketika kami sedang menonton tv, hujan lebat turun diikuti dengan angin kencang. Tiba-tiba lampu di rumah kami terpadam diikuti dengan bunyi dentuman yang amat kuat. Pada mulanya saya menyangka dentuman petir menyebabkan suis besar jatuh. Tetapi kemudiannya barulah tahu rumah kami dihempap pokok. Akibat kemalangan itu air hujan mencurah masuk ke bilik tidur dan bilik bacaan di tingkat atas.
Namun kami tetap bersyukur kerana bumbung rumah dan pendawaian letrik saja yang rosak. Kami selamat. Alhamdulillah.

2 ulasan:
Alhamdulillah, abg latip sekeluarga selamat daripada bencana tu. Maknanya Allah masih sayangkan abg latip sekeluarga. Allah melindungi abang sekeluarga. Salam saya utk Tg. Nazirah ya...
SRI DIAH, terima kasih atas ucapan selamat. ye sesungguhnya Allah masih sayangkan kami. salam sri diah dah disampaikan kpd isteri abang. dia tanya " sri diah yang tulis novel kuala lumpur di mana suamiku?" abg jawab ye. dia dah baca novel itu. dia juga kirim salam pada sri diah. bila nak dtg makan durian jelebu?.
Catat Ulasan