Entri-entri Berkaitan Si Bongkok Tanjung Puteri
Semalam saya dihubungi oleh Dr Talib Samat, pensyarah di UPSI mengatakan beliau telah membaca novel Si Bongkok Tanjung Puteri. Amat tertarik dengan kisah pahlawan tersebut.
Menurutnya lagi, beliau bercadang membawa para pelajarnya dalam 2 buah bas bagi mengunjungi pusara pahlawan Melayu itu.
"Kami akan bersihkan kubur Si Bongkok dan menanam batu nisannya," beritahu Dr Talib Samat.
"Kami nak ajak Latip ikut sana. Kami juga bercadang membawa wartawan dan kru Majalah tv3," kata Dr Talib Samat lagi.
"Kalau kau setuju kita buat pelancaran novel Si Bongkok Tanjung Puteri di sana," katanya lagi.
Tentulah saya setuju. Semoga usaha yang murni ini akan terlaksana.
Mesej Amiene Rev kepada Pak Latip: Berdasarkan petikan entri di atas, saya sudah labelkan semua entri berkaitan dengan Si Bongkok Tanjung Puteri untuk memudahkan pengunjung mencari bahan-bahan untuk kajian dan penyelidikan berkaitan dengan Si Bongkok Tanjung Puteri dan Pusara Si Bongkok Tanjung Puteri.
Label -label yang telah dibuat adalah seperti berikut.:
Label #01: Si Bongkok Tanjung Puteri (Klik Di Sini)
Diskripsi Label: Koleksi lengkap entri-entri berkaitan dengan Si Bongkok Tanjung Puteri.
Label #02: Pusara Si Bongkok Tanjung Puteri (Klik Di Sini)
Diskripsi Label: Koleksi entri-entri berkaitan dengan kubur (kata kunci berkaitan ialah kubur atau pusara), lokasi dan aktiviti ziarah ke pusara Si Bongkok Tanjung Puteri.
10 ulasan:
Assalamualaikum warahmatullah,
Wah! Tahniah! Tidak lama lagi, Encik Latip Talib akan jadi selebriti...
Alhamdulillah...mudah-mudahan Allah murahkan rezeki lagi..Amin.
Wasalam..
paklatip..
tahniah semuga terus sukses.. tapi blog ni ok ke macam belum siapa je lagi..
Pak Latip.. rhea da send code lagu asli Tanjung Puteri ke emel Pak Latip.. yang ke hotmail tu autoplay.. yang ke yahoo tak auto..
Pak Latip, lama tak menjenguk, saya sibuk sangat...nak kirim barang utk Pak Latip pun taksempat-sempat...
Assalamualaikum Pak Latip. Salam Maulidur Rasul.
Dah ada, cuma belum berkesempatan untuk membacanya. :)
salam, pak latip
tahniah! insyaAllah saya akan baca tak lama lagi=)
Umi Kalthum Ngah,
Semoga rezeki Umi juga bertambah dan berkat. Tahniah dengan buku baru PUTERI SALSABILA.
Zino, blog ini saya tidak boleh masukkan entri lagi. Sila ke blog baru saya. http://abdullatip.blogspot.com
Rhea, terima kasih dengan lagu Tanjung Puteri. Dah baca novelnya?
Nurzzah8, saya masih tertunggu-tunggu kirimannya :)
blackpurple@jowopinter, kalau dah baca sudi-sudilah komen iya.
Nissa' Yusof, selamat membaca.
Blog ini ada masalah dan tidak boleh dikemaskinikan lagi. Sila ke blog baru saya
http://abdullatip.blogspot.com
Si Bongkok merupakan salah satu cerita yang sering diulang-ulang semasa saya kanak-kanak.
Satu lagi cerita yang paling saya ingat adalah "Lembing Awang Pulang Ke Dayang". Rasanya jikalau cerita itu diceritakan semula, ia akan menjadi epik percintaan yamg lebih romantis dan tragis dari kisah "Romeo dan Juliet" dari Barat.
paklatip ke yang kirim salam melalui Rina tadi?
Kalau iye...salamnya sudah disambut...
Catat Ulasan