Jumaat, November 10, 2006

SAKIT HATI

Sakit hati bila pak menteri kata S&M akan kekal diajar menggunakan bahasa Inggeris.

Yang peliknya, apabila dibantah oleh pejuang-pejuang bahasa Cina, Kementerian Pelajaran mengalah, lalu membenarkan sekolah-sekolah Cina mengajar S&M dalam bahasa Cina (dan dalam bahasa Inggeris dalam sesi kelas tambahan waktu petang sahaja).

Sekolah Melayu tak boleh! Mesti ajar dalam bahasa Inggeris sahaja!

Bukan setakat itu, atas bantahan pejuang-pejuang bahasa Cina, Kementerian Pelajaran sudah mengeluarkan surat rasmi membenarkan buku S&M untuk sekolah-sekolah Cina ditulis dalam bahasa Cina dan Inggeris.

Buku untuk sekolah Melayu mesti dalam bahasa Inggeris sahaja!

(petikan dari blog UNIKA PTS)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

As'kum, teman nak cerita yang seadanya....memang sukar teman n ak memperkatakannya...tetapi inilah yang sebenarnya..teman ni salah seorang diantara guru-guru yang mengajar sains dalam bahasa inggeris. Guru memang boleh mengajar dalam bahasa inggeris tetapi sayangnya murid-murid yang tidak faham. kasihan. Umpama bercakap dengan dinding tambahan pula sekolah yang semuanya murid-murid melayu.Sedih.Maka ketinggalanlah anak-anak Melayu kecuali yang benar-benar mendapat bimbingan penuh dari para ibubapa yang sedar di rumah....guru-guru sahaja takkan mampu....sekian adanya....