Rabu, Ogos 24, 2005

TARIQ BIN ZIYAD

PAHLAWAN LIDAH API

BAB: 10

“ Kemenangan tuan telah melemahkan semangat askar-askar Gotik. Mereka tak berani lagi menentang tentera Islam secara terbuka. Mereka kini bagaikan tikus takutkan burung helang. Lari betempiaran menyelamatkan diri,” kata Julian dalam satu pertemuannya dengan Tariq bin Ziyad.

Keduanya berdiri di tebing sungai Barbate. Cahaya matahari semakin redup. Air sungai yang menelan raja Roderick itu mengalir tenang. Kelihatan seekor helang menyambar ikan. Cengkaman kukunya yang kuat itu menyebabkan ikan tidak dapat lagi melepaskan dirinya.
“ Keadaan sekarang dah berubah. Tentera Islam bagaikan burung helang. Askar-askar Gotik bagaikan ikan. Helang akan terus menyambar mangsanya. Dan setiap kali helang menyambar ikan tak dapat melepaskan diri,” kata Julian sambil memuji kehebatan tentera Islam. Kemudian katanya lagi.
“ Panglima Tariq seorang yang hebat dan bijaksana. Goted pula seorang yang bodoh dan tinggi egonya. Kerana kebijaksanaan panglima mengatur strategi perang maka dengan mudah tentera Roderick dapat dikalahkan.”
“ Kemenangan kami dengan izin Allah. Tanpa bantuan dari Allah kami tak akan berjaya,” kata panglima Tariq pula. Dia masih dengan sifat merendah dirinya.
“ Kekalahan tentera Gotik menyebabkan mereka patah semangat, hilang keyakinan diri dan ramai diantara mereka yang mengalami terkanan jiwa. Saya mendapat maklumat ini dari orang ramai,” kata Julian.
“ Beritahu mereka bahawa saya akan mengampunkan mereka kalau meletak senjata dan menyerah diri. Sebaliknya kalau mereka melawan akan kami tentang habis-habisan,” kata ketua panglima tentera Islam itu.

“ Baiklah, akan saya hebahkan tawaran ini kepada askar-askar Gotik. Mereka sedang dalam ketakutan. Kalau berita ini sampai kepada mereka pasti ianya sesuatu yang mengembirakan,” balas Julian pula.

“ Bagaimana pula dengan Goted?. Adakah dia masih hidup?” tiba-tiba Tariq teringat ketua askar Gotik itu.

“ Dia telah melantik dirinya menjadi raja menggantikan Roderick. Tetapi orang ramai tak mengiktirafnya. Hanya saki baki askar-askar Gotik yang masih setia dengannya sahaja yang menyokong.”

“ Berapa ramai bilangan askar-askar yang masih setia kepada Goted? Tanya Tariq bin Ziyad.
“ Agak ramai juga kerana Goted berjanji akan menaikkan pangkat dan memberi harta yang banyak kalau dia menjadi raja. Kerana itu Goted menghasut rakyat supaya membenci tuan. Dia berusaha mengumpulkan kekuatan untuk menghalau keluar tentera Islam dari bumi Andalusia,” jawapan Julian itu menaikkan kemarahan Tariq bin Ziyad. “ Dimana mereka sekarang?” tanya ketua panglima tentera Islam itu.
“ Di satu tempat yang jauh terpencil. Saya tahu tempat itu. Adakah panglima hendak ke sana?” tanya Julian semula.

“ Iya, kami tak akan biarkan mereka begitu saja. Kami akan memeranginya,” jawab Tariq bin Ziyad.

“ Saya dan orang-orang saya sedia membantu. Kami boleh menjadi penunjuk jalan,” balas Julian.

Tariq bin Ziyad gembira mendengarnya. Dia memberi kepada Julian pelbagai hadiah dari harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh askar-askar Roderick.

“ Pemberian ini sebagai hadiah di atas bantuan yang diberikan kepada kami,” kata Tariq bin Ziyad.

“ Terima kasih panglima. Saya dan orang-orang saya sedia membantu tentera Islam untuk menghapuskan askar-askar Gotik yang kejam itu,” balas Julian. Dia berasa amat gembira.

Esoknya Tariq bin Ziyad membawa pasukan tenteranya ke satu tempat di mana Goted dan askar-askarnya bersembunyi. Tetapi berita mengenai kedatangan tentera Islam itu telah sampai ke pengetahuan Goted. Dia dan pasukan tenteranya sempat melarikan diri.
“ Mungkin ada yang membocoran maklumat rahsia kita kepada musuh,” kata panglima Amir dengan rasa kesal.
“ Boleh kami siasat siapa yang menghianati kita, wahai panglima?” tanya panglima Malik pula.

“ Tak perlu. Biarkan saja,” jawap Tariq bin Ziyad.

“ Kenapa panglima?” tanya panglima Amir yang berasa tidak berpuas hati.

“ Biarkan pemberi maklumat itu menyampaikannya kepada musuh kita. Ini akan membuat mereka berasa takut,” jawab Tariq bin Ziyad.

“ Saya rasa Julian yang membocorkan rahsia kita kepada pihak musuh. Selain daripada kita Cuma dia seorang yang mengetahuinya,” bisik Sufian yang sejak mula memang mencurigai Julian.

“ Jangan menuduh tanpa bukti,” balas Tariq bin Ziyad. “ Dan jangan rosakkan hubungan baik antara kita dengan Julian. Kerana dia banyak membantu kita. Melainkan kalau sudah terbukti angkara dia.”

“ Baiklah, panglima. Maafkan saya,” ujar Sufian.

Perbualan mereka terhenti bila Julian datang. “ Wahai panglima, tak jauh dari sini ada sebuah perkampungan. Mungkin Goted dan askar-askarnya sedang bersembunyi di kampung itu,” katanya.

Tariq bin Ziyad tertarik hati mendengarnya. “ Tunjukkan kepada kami jalan menuju ke kampung itu,” katanya.

Panglima Malik berbisik ke telinga ketuanya. “ Elok kita berhati-hati. mungkin ini satu perangkap,” katanya.

“ Saya bersumpah tidak akan menghianati kamu!” kata Julian kerana dia dapat mendengar apa yang dibisikkan itu.

“ Panglima Malik ini amat berhati-hati orangnya. Kerana itu dia sentiasa berwaspada,” kata Tariq bin Ziyad sambil memujuk Julian agar tidak berkecil hati.

“ Saya dituduh penghianat oleh Goted dan askar-askarnya. Kerana itu saya tak mahu tentera Islam pula menuduh saya begitu,” kata Julian.

“ Berapa ramaikah penduduk kampung itu?. Adakah mereka juga dari bangsa Gotik?” tanya Panglima Tariq bin Ziyad.

“ Jumlah mereka melebihi seribu orang termasuk kanak-kanak. Dan mereka dari bangsa Gotik. Kerana itu mereka penyokong kuat raja Roderick. Elok panglima berhati-hati bila ke sana,” jawab Julian.

“ InsyaAllah, kami akan berhati-hati. namun kami tak takut mati,” balas Tariq bin Ziyad.

“ Kenapa panglima tak takut mati?”

“ Sesiapa yang mati dalam perjuangan ini akan dimasukkan ke dalam syurga. Kami yakin dengan janji Tuhan kami.”

Julian tertawa sambil berlalu. Sikap Julian itu menyinggung perasaan panglima Malik dan panglima Amir. “ Dia seperti mempersendakan kita,” kata panglima Malik.

“ Mungkin dia tak percaya adanya syurga,” balas panglima Amir pula.

“ Orang seperti Julian elok dipancung sahaja kepalanya,” marah panglima Malik.

“ Kenapa kamu berdua tak suka kepada Julian?” tanya Tariq bin Ziyad.

“ Dia selalu bertanya mengenai Islam tetapi dia tak mahu memeluk agama Islam. Saya tak percayakan dia. Sebab kalau dia sanggup menghianati tanah airnya sendiri, tidak mustahil dia juga akan sanggup menghianati kita,” jawab panglima Malik.

“ Malaupun Julian bukan orang Islam tetapi dia tidak memusuhi kita. Malah dia sanggup menolong kita memerangi askar-askar Roderick. Kita tidak boleh buruk sangka kepadanya. Kita mesti bersikap baik terhadapnya,” kata Tariq bin Ziyad.

“ Kita suruh dia masuk Islam. Kalau tak mahu kita bunuh,” kata panglima Amir pula.

“ Apakah Islam menyuruh kita buat begitu?” tanya Tariq bin Ziyad. Kemudian katanya lagi.

“ Rakyat negara ini sedang memerhati dan menilai kita. Kalau kita buat kesilapan mereka tidak yakin lagi dengan kita. Sebagai contoh, kalau kita bunuh Julian, para penyokongnya akan mengatakan kita tidak boleh dipercayai kerana sanggup membunuh orang yang membantu kita mengalahkan Roderick.”

(KISAH PAHLAWAN-PAHLAWAN ISLAM INI AKAN DITERBITKAN OLEH PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD)

Ahad, Ogos 21, 2005

BENGKEL PTS


Semalam (20/8) saya ke Hulu Klang menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan oleh PTS. Pesertanya terdiri dari mereka yang berminat menulis untuk penerbitan tersebut.

Peserta bengkel dibimbing oleh Puan Ainon Mohd. Antara lain Puan Ainon menerangkan betapa mustahaknya penulis memahami apa itu hak cipta dan apa itu hak penerbitan.

Selain itu penulis juga mesti memahami kepentingan karya yang menjadi harta intelek mereka.

Kata Puan Ainon, PTS Cuma mengambil hak penerbitan sahaja. Ini berbeza dengan penerbit lain yang mengambil hak cipta.

Dalam menghasilkan karya, Puan Ainon menyarankan agar penulis menjadikan surah Yusof sebagai panduan.

Kemudian para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan 3 orang mentor.

Kami tidak lagi berbincang mengenai teknik, tema atau sebagainya tetapi terus kepada, apa tajuk buku yang saya nak tulis.

Kemudian kami sama-sama berbincang serta memberi idea bagaimana untuk menghasilkannya.

Khamis, Ogos 18, 2005

TARIQ BIN ZIYAD

BAB:2
Julian dan rombongannya dibawa ke sebuah tempat penginapan. Di situ mereka berehat sementara menunggu Musa bin Nusair selesai bermesyuarat.

“ Biarkan aku bersendirian. Aku perlukan ketenangan,” kata Julian sambil menyuruh pembantunya keluar dari bilik itu.

Julian mengelamun. Tiba-tiba terbayang wajah Florinda, anak gadis kesayangannya yang sedang meningkat remaja. Tetapi kini permata hatinya itu sudah tiada. Kenangan itu menguasai fikirannya.

“ Wahai anakda kesayangan ayahda. Demi keselamatanmu, jangan selalu keluar rumah”

“ Kenapa ayahda?”

“ Anakda seorang gadis yang cantik jelita. Ramai yang memuji kecantikanmu. Ayahda bimbang…”

“ Janganlah risau ayahda. Julius akan mengahwini anakda tak lama lagi.”

“ Itulah yang ayahda bimbangkan.”

“ Ayahda tak suka kepada Julius?. Bukankah dia seorang pemuda yang tampan?. Keluarganya berpangkat seperti kita juga. Dia seorang peniaga yang kaya.”

“ Ayahda bukan bimbangkan Julius. Tetapi ayahda bimbang si tua laknat itu.”

“ Si tua laknat?. Siapa yang ayahda maksudkan?”

“ Raja Roderick . Dia lelaki bernafsu binatang. Sudah ramai gadis-gadis jelita yang menjadi mangsa kerakusan nafsunya. Ayahda bimbang anakda pula menjadi mangsa.”

“ Jangan bimbang ayahda. Pandailah anakda menjaga diri. Si kejam itu tak tahu kewujudan anakda di muka bumi ini.”

“ Ramai talibarut Roderick berkeliaran di merata tempat. Ayahda bimbang ada yang melaporkan mengenai kecantikan anakda kepada baginda.”

“ Benarkah ayahda?. Anakda sudah berasa takut. Apa yang harus anakda lakukan?”

“ Jangan keluar rumah sebab askar-askar Roderick berkeliaran di mana-mana. Kalau mereka ternampak gadis yang jelita akan diculiknya untuk dipersembahkan kepada si tua laknat itu.”

“ Baiklah, ayahda.”

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu rumah mereka diketuk dari luar. Wajah Florinda pucat.

“ Mungkin itu askar-askar Roderick…” Florinda menangis.

“ Anakda pergi bersembunyi dalam bilik. Jangan buka pintu walau apapun yang terjadi.”

“ Baiklah, ayahda.”

Florinda bergegas masuk ke dalam bilik tidurnya. Julian membuka pintu rumahnya. Kelihatan tentera raja Roderick berdiri di muka pintu.

“ Wahai tuan gebenor. Kami datang atas perintah di raja,” kata seorang tentera yang berdiri paling hampir dengan Julian.

“ Apakah tuanku menjemput kami bermesyuarat?” tanya Julian.

“ Tuanku Raja Roderick mendapat tahu di rumah tuan Gabenor ada seorang gadis yang cantik jelita. Tuanku berkenan menjemputnya ke istana,” jawab tentera itu.

“ Dia satu-satunya anak kesayangan kami. Tuanku tak sepatutnya melukakan hati kami.

Tambahan pula aku gabenor di Ceuta ini.”

Askar itu mengeluarkan uncang emas lalu menunjukkan kepada Julian. “ Tuanku menyuruh hamba menyerahkan syiling emas ini sebagai ganjarannya.”

Julian rasa terhina. “ Kamu berambus dari rumah aku. Keluar!” jeritnya.

Tetapi askar-askar itu tidak mempedulikan arahan Julian. Mereka menyerbu masuk ke dalam rumah.

“ Ikat tuan Gabenor. Cari anak gadisnya sampai dapat,” ketua askar itu memberi arahan kepada anak-anak buahnya.

Tiga orang askar menerpa ke arah Julian lalu mengikatnya. Beberapa orang lagi menuju ke bilik Florinda. Mereka mengetuk pintu bilik itu dengan kuat.

“ Kami kira sampai tiga. Kalau tak buka kami pecahkan pintu ini!” jerit ketua askar itu.

Apabila pintu tidak dibuka maka dipecahkan. Askar-askar itu menyerbu masuk lalu mengheret Florinda keluar dari biliknya.

“ Ayah!. Tolong lepaskan anakda,” jerit Florinda.

“ Bunuhlah aku tapi jangan apa-apakan anak aku,” rayu Julian.

Tetapi askar-askar itu tidak mempedulikannya. Mereka menangkap Florinda untuk dihadiahkan kepada Raja Roderick.

Pagi esoknya Florinda baru dihantar pulang ke rumah. Matanya bengkak kerana menangis. Pakaiannya koyak rabak dan badannya lebam-lebam. Terdapat tompokan darah pada kain yang dipakainya.

“ Apa yang telah dilakukan oleh raja laknat itu terhadap anakda?” tanya ibu Florinda.
Florinda tidak menjawab. Dia menekup muka dengan kedua tapak tangannya. Si Ibu menyingkap kain yang di pakai oleh Florinda.

“ Oh Tuhan…” jeritnya lalu pengsan.

Florinda mendakap ibunya sambil menangis. “ Hidup anakda tidak bermakna lagi. Lebih baik mereka bunuh anakda!” jerit Florinda.

Julius masuk lalu mendapatkan Florinda. “ Apa yang telah dilakukan oleh raja laknat itu wahai kekasihku?”

“ Aku telah diperkosa. Aku tidak layak lagi menjadi isterimu,” tangis Florinda lalu segera masuk ke dalam biliknya.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi yang aneh dari bilik Florinda. Julian dan Julius menerpa masuk. Florinda menggantung dirinya kerana berasa malu yang amat sangat.

“ Oh anakku. Bala apakah yang menimpa kita?” pekik Julian sambil mendakap anaknya.

“ Pak Cik, kenapa Roderick begitu kejam?. Kita tak boleh berdiam diri. Kita mesti bertindak!”.

“ Pak Cik bersumpah akan membalas dendam!” kata Julian dengan perasaan dendam.

“ Pak Cik carilah sesiapa yang boleh membunuh Roderick. Saya akan tanggung semua perbelanjaannya,” kata Julius sambil mendakap mayat kekasihnya.

Rabu, Ogos 17, 2005

MASUK KEM KHIDMAT NEGARA

Malam tadi (16/8) bertempat di Kem Rachado Bay Tanjung Tuan Port Dickson telah berlansung MALAM CITRA PUISI sempena Program Penghayatan Sastera Dan Budaya Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka & Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Sempena majlis itu diadakan Persembahan program penghayatan sastera dan budaya oleh para pelatih di kem tersebut dan persembahan mereka telah dipertandingkan.

Seronok juga melihat Wira dan Wirawati Melayu, Cina dan India membaca puisi, menari tarian melayu dan menyanyikan lagu tradisional melayu.

Turut hadir di majlis itu Timbalan Komandan (Latihan) Mej (B) Rajasaikaran A/L Naguran, Ketua Fasilitator Muhammad Yunus bin Ibrahim dan tenaga-tenaga perngajar.

Saya turut dijemput naik ke pentas. Puan Nisah Haron, Fasilitator Program Penghayatan Sastera Dan Budaya di kem tersebut memperkenalkan saya sebagai salah seorang tokoh Sasterawan di Negeri Sembilan.

Saya sempat menceritakan secara rengkas penglibatan saya di bidang penulisan dan turut membacakan puisi NEGERI BERADAT INI yang memenangi Sayembara Puisi Negeri Sembilan.

Majlis tamat jam 11.30 malam. Pihak penganjur mempelawa jika saya hendak bermalam di kem tersebut. Tetapi saya lebih suka pulang dan sampai ke rumah jam 2.30 pagi.

Selasa, Ogos 16, 2005

PAHLAWAN LIDAH API

TARIQ BIN ZIYAD

BAB: SATU

Sejak Islam memerintah Afrika Utara keadilan berjaya ditegakkan. Rakyat hidup aman damai. Musa bin Nusair dilantik menjadi wakil Khalifah Islam di Afrika dan beliau berjaya memperkenalkan pemerintahan Islam. Pada suatu hari selesai baginda bermesyuarat dengan para pegawainya datang mengadap satu rombongan.

“ Kami datang dari Sepanyol. Nama saya Julian, Gabenor Ceuta,” kata ketua rombongan itu.

“ Alhamdulillah, kami mengalukan kedatangan kalian,” ucap Musa bin Nusair sambil bersalaman dengan tetamunya.

“ Kalian tentu dahaga. Sebentar lagi minuman akan dihidangkan,” kata Musa bin Nusair sambil memberi isyarat kepada pelayan supaya menghidangkan minuman.

“ Terima kasih kerana tuan sudi menyambut kedatangan kami dengan baik,” Julian gembira dengan layanan mesra yang diterimanya.

“ Islam mengajar kami bersikap baik terhadap tertamu. Apatah lagi kalau datang dengan tujuan baik,”

“ Kami datang ingin menjalin persahabatan. Bukan permusuhan,” kata Julian.

“ Alhamdulillah,” ucap Musa bin Nusair. “ Islam mendidik kami supaya sukakan perdamaian. Kami tidak suka permusuhan.”

“ Keadilan pemerintahan Islam sampai beritanya kepada kami di Sepanyol. Kerana itu kami datang mengadap tuan,” kata Julian.

“ Apakah kalian utusan daripada Raja Roderick?” tanya Musa bin Nusair.

“ Tidak, tuan. Kami datang sendiri,” jawab Julian. Kemudian katanya lagi. “ Kami ada membawa hadiah untuk tuan. Sudilah menerimanya.”

Julian memberikan beberapa uncang yang berisi emas dan barang-barang yang berharga. “ Semuanya kami hadiahkan kepada tuan,” katanya.

Musa bin Nusair enggan menerimanya. “ Saya tak boleh menerima hadiah kerana dibayar gaji oleh pemerintah Islam di Baghdad.”

“ Kami rasa tersinggung kalau tuan menolaknya,” kata Julian pula.

“ Baiklah,” balas Musa bin Nusair. “ Semua hadiah ini akan saya masukkan ke baitulmal untuk dibahagikan kepada mereka yang memerlukan.”

Julian terharu mendengarnya. “ Tuan adalah pemerintah yang paling baik pernah kami temui,” puji Julian.

“ Islam yang mendidik kami,” balas Musa bin Nusair.

“ Sifat tuan berbeza dengan Roderick. Raja kami yang memerintah Sepanyol,” Julian meluahkan perasaannya.

“ Kenapa dengan raja kamu?” tanya Musa bin Nusair.

“ Baginda seorang yang zalim. Rakyat jelata dipaksa membayar cukai yang tinggi. Sesiapa yang enggan mengikut perintah dibunuhnya. Rakyat hidup dalam ketakutan,” jawab Julian berterus terang.

“ Benarkah apa yang kamu cakapkan atau sengaja hendak mempermainkan kami?” tanya Musa sambil meminta penjelasan.

“ Benar apa yang dikatakan oleh ketua kami,” jawab salah seorang pengiring Julian. “ Kami hidup dalam ketakutan. Harta kami dirampas. Nyawa kami sentiasa terancam oleh tentera Rodarick yang buas.”

“ Anak gadis saya diperkosa oleh raja Roderick yang zalim dan bernafsu binatang itu. Sebab itu kami datang ke sini,” kata Julian sambil menitiskan air matanya.

Musa bin Nusair berasa simpati. “ Kalau begitu kamu menetap saja di sini. Pemerintahan Islam akan menjamin keselamatan diri dan harta kamu,” katanya.

“ Terima kasih, wahai Tuan. Tetapi…” Julian kelihatan ragu-ragu.

“ Tetapi apa, wahai Julian. Katakanlah kami sedia mendengarnya,” kata Musa pula.

“ Kedatangan kami membawa hajat yang lebih besar dari itu,” jawab Julian.

“ Adakah kamu hendak memeluk agama Islam?. Kalau benar kami amat mengalu-alukannya,” Musa bin Nusair kelihatan gembira.

“ Melihat kebaikan budi bahasa dan layanan tuan kepada kami membuat saya mula tertarik dengan Islam. Tetapi berilah kami masa untuk memikirkannya,” kata Julian pula.

“ Tidak ada paksaan dalam Islam. Kalau kamu masuk Islam biarlah dengan kerelaan sendiri. Kami sedia membantunya,” kata Musa.

“ Kami ada hajat yang lebih besar dari itu. Sudilah tuan menolong kami. Hanya kepada tuan kami menaruh harapan,” rayu Julian.

“ Berterus teranglah, wahai sahabatku. Kami sedia menolongnya jika tidak bertentangan dengan ajaran agama kami,” kata Musa pula.

“ Tolong bebaskan kami dari kekejaman Raja Roderick. Kami tidak sanggup lagi menderita di bawah pemerintahannya. Kami merayu kepada Tuan. Tolonglah kami. Bebaskan rakyat Sepanyol dari raja yang zalim itu,” Julian bersujud seperti ingin menyembah kaki Musa bin Nusair agar memperkenankan permintaannya.

“ Wahai Tuan, sudilah menolong kami,” kata pembantu Julian pula.

“ Kami sanggup menyembah tuan asalkan mahu menolong kami,” kata Julian penuh harapan.

“ Agama kami melarang menyembah manusia. Hanya Allah yang berhak disembah,” tegas Musa.

“ Kami benar-benar memerlukan pertolongan tuan…” Julian terus merayu.

Musa bin Nusair kelihatan berfikir sebelum membuat keputusan. Dia seperti serba salah. “ Islam memang menyuruh kami menegakkan keadilan dan memerangi kezaliman. Tetapi…”

“ Tetapi apa, wahai tuan yang baik hati?” tanya Julian.

“ Untuk sampai ke Sepanyol kami terpaksa menyeberang lautan. Kami perlukan banyak kapal,” jawab Musa bin Nusair.

Muka Julian nampak gembira mendengarnya. “ Kami sanggup membantu. Kebetulan kami ada beberapa buah kapal. Tuan boleh gunakan kapal-kapal kami untuk membawa tentera Islam ke Sepanyol. Kami juga sanggup menjadi penunjuk jalan.”

“ Benarkah apa yang dikata, wahai Julian?” tanya Musa bin Nusair.

“ kami bersumpah, wahai Musa bin Nusair,” jawab Julian.

“ Kalian tak takut dianggap penghianat oleh Raja Roderick?. Kalau kalian ditangkap pasti dihukum mati,” tanya Musa sekadar menduga hati Julian.

“ Kami dah fikirkan perkara itu. Dan kami sedia menghadapi apa sahaja akibatnya,” jawab Julian. Kemudian katanya lagi.

“ Raja Roderick dari bangsa Gotik. Baginda dan orang-orangnya hidup mewah, berfoya-foya siang dan malam. Kami rakyat jelata ditindas. Kami hidup dalam kesengsaraan.”

“ Kami yakin Kedatangan Islam ke Sepanyol boleh membawa cahaya gemilang. Tuan memerintah Afrika dengan adil. Kami yakin tuan juga akan membawa keadilan ke Sepanyol apabila Raja Rodarick berjaya ditumbangkan,” kata pembantu Julian pula.

Musa bin Nusair tersenyum mendengarnya. “ Semoga hidayah sampai ke Sepanyol. InsyaAllah,” katanya.

“ Apakah itu maknanya tuan setuju membantu kami?” tanya Julian.

“ Kami akan bermesyuarat dulu sebelum membuat keputusan,” jawab Musa bin Nusair.

“ Tuan bermesyuaratlah. Izinkan kami keluar. Apa keputusannya nanti beritahu kami,” Julian dan rombongannya berjalan keluar.

CATATAN:
KISAH PAHLAWAN-PAHLAWAN ISLAM INI AKAN DITERBITKAN OLEH PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD.

Isnin, Ogos 15, 2005

PAHLAWAN LIDAH API

TARIQ BIN ZIYAD

Raja Roderick terkesima apabila menerima berita 12,000 tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad, keturunan Barbar, berjaya mendarat di Gibraltar.

Macam mana mereka boleh menyeberang selat Gibralta?. tanya baginda dengan wajah yang cemas.

Julian Gabenor Ceuta berpaling tadah. Dia yang membantu tentera Islam mendarat, jawab Goted, ketua panglima perang Raja Roderick.

Beta mahu penghianat itu dipancung! titah baginda.

Julian dan orang-orangnya telah bergabung dengan tentera Islam. Mereka sedang bersiap untuk menyerang kita, ujar Goted dengan suara terketar-ketar. Dia bimbang dihukum pancung oleh raja yang kejam itu.

Raja Roderick berasa gerun mendengarnya . Tambahan pula telah sampai perkabaran kepadanya bahawa tentera Islam gagah perkasa. Mereka lebih rela mati daripada menyerah kalah. Baginda segera memerintahkan 25,000 tentera elitnya untuk menggempur tentera Islam.

Beta mahu mereka dihapuskan. Pastikan Julian dan Tariq bin Ziyad ditangkap atau dibunuh. Beta nak lihat kepala mereka, titah baginda.

Tentera elit Raja Roderick yang lengkap dengan senjata dan baju besi itupun mara ke arah tentera Islam yang sedang berkumpul di tepi pantai. Tidak lama kemudian berlakulah pertempuran sengit antara kedua belah pihak. Di bawah kelemayar terik mentari bulan Mei yang memijar itu, pahlawan-pahlawan Islam yang ingin menyebarkan syariat Allah bagaikan singa lapar menangkis serangan tentera Raja Roderick yang buas itu.

Bunuh mereka!. Jangan biarkan seorang pun hidup! titah Raja Roderick kepada tentera-tenteranya.

Allahu Akbar! tempek Tariq bin Ziyad pula.

Tentera Islam yang hanya bersenjatakan pedang, tombak dan anak panah berdepan dengan tentera elit Raja Roderick yang menaiki kuda dan lengkap memakai baju besi.

Angin bertiup kencang menerbangkan debu-debu yang diinjak oleh tapak-tapak kaki perkasa. Camar melayah tinggi gerun menyaksikan gemercingan mata pedang dan tempek sorak tentera-tentera yang kehausan darah itu. Tentera Islam yang masih keletihan kerana perjalanan yang jauh itu agak kucar kacir pertahanannya akibat digempur musuh. Mujur malam telah melabuhkan tirainya. Raja Roderick memerintahkan tenteranya pulang ke pengkalan.

Pagi esok, sebelum matahari terbit kita gempur mereka habis-habisan. Kamu pulanglah dulu berehat dan sediakan kelengkapan yang mencukupi, titah baginda.

Tariq bin Ziyad segera mengatur strategi. Dia sedar kalau kelemahan anak-anak buahnya tidak diatasi segera maka tentera Islam akan mengalami kekalahan. Tariq bin Ziyad mencari jalan untuk meniupkan semangat jihad.

Bakar semua kapal kita! dia mengeluarkan perintah kepada para pembantunya.

Ulang sekali lagi, panglima! mereka seperti tidak percaya dengan arahan tersebut.

Saya perintahkan kamu membakar semua kapal kita! ulang panglima Tariq bin Ziyad.

Tidakkah itu akan membahayakan kita?. Kalau kalah bagaimana kita hendak belayar pulang? tanya salah seorang daripada mereka.

Lupakan untuk pulang. Kita datang untuk mati syahid! jawab Tariq bin Ziyad.

Maka arahan itu segera dipatuhi. Dalam sekelip mata api marak membakar kapal dan semua peralatannya. Kemudian Tariq bin Ziyad mengarahkan tentera-tentera Islam berkumpul dan dia berdiri di puncak Gibralta. Kemudian dia berpidato.

Wahai saudara-saudaraku, di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita tidak boleh melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini untuk syahid atau mencapai kemenangan.

Demi Allah, kalau kita berundur, lautan akan menenggelamkan kita. Kalau kita mara musuh sedang menanti. Kita tak memiliki apa-apa selain senjata di tangan. Seandainya kita tewas nama baik kita akan tercemar, Allah akan mencabut rasa gementar di hati musuh dan mereka akan berani terhadap kita. Sebaliknya Allah akan mencabut rasa berani di hati kita bertukar rasa takut terhadap musuh. Oleh kerana itu, pertahankan jiwa kalian.

InsyaAllah akan diterbitkan oleh PTS.Publications & Distributors.

Ahad, Ogos 14, 2005

INI BLOG SAYA


aj: kenapa mesti berpantun begini? mestikah bergurau begini? saya sungguh tidak faham pak latip. minta terangkan kepada saya.

Terlebih dulu saya mengucapkan terima kasih kepada aj (abdullahjones) seorang pelukis dan penyair melayu yang pernah bermustautin di Amerika, kerana sudi membaca dan merespon pantun di blog saya yang tak seberapa ini.

Sebenarnya sebelum saya menyiarkan berbalas pantun malam jumaat itu saya sudah terfikir mungkin ada yang kurang senang membacanya. Kerana itu saya tidak terkejut bila membaca komen dari pembaca.

Saya akui pendapat yang mengatakan apa yang ditulis oleh penulis melalui blognya akan menggambarkan keperibadian penulis tersebut. Pada blog ini saya ada siarkan kisah agama, cerita nabi, cerita jenaka, kisah masyarakat dan pengalaman sendiri termasuk pantun malam jumaat.

Saya, zino, zareda, melor, ungku nor, dan lain-lain tidak pernah merancang untuk berpantun pada setiap malam jumaat. Walaupun kami pernah berpantun tetapi ia terjadi secara kebetulan saja . Ianya tidak pernah dirancang. Tujuan kami Cuma untuk bergurau senda sahaja.

Mungkin AJ persoalkan haruskah malam jumaat dipantunkan?.

Kalau kita baca pantun-pantun tersebut temanya ada kaitan dengan hubungan suami isteri (bukan orang lain) pada malam jumaat. Tetapi ia dipersembahkan secara lawak jenaka yang terkawal. Pada saya pantun itu tidak lucah dan tidak mengaibkan penulisnya. Apakah salah dipantunkan sekadar untuk mengingati malam itu malam jumaat?

Semua sudah maklum antara amalan sunat pada malam jumaat ialah hubungan intim (jimak) suami isteri. Namun ada juga kisah-kisah lucu yang terjadi pada malam jumaat.

Mungkin timbul persoalan kenapa dikaitkan dengan tongkat ali dan madu lebah?. Mungkin ada yang kurang senang membacanya.

Ada satu riwayat yang menceritakan begini, apabila Nabi Muhammad saw ke rumah isteri baginda yang bernama Hafsah, pada malam tersebut Hafsah menyediakan segelas madu lebah untuk diminum oleh baginda. Kalau nabi ceritakan baginda minum madu lebah sebelum bersama Hafsah apakah kita tak boleh ceritakan minum madu lebah dan tongkat ali pada malam Jumaat?.

Mungkin abdullahjones kurang senang dengan pantun berikut:

tak sabar rasanya menikmati juadah
perut lapar tambah geram
tongkat ali sudah madu lebah sudah
tetiba isteri pulak meragam...

Pantun ini mengisahkan suami isteri yang sudah veteran. Ada bermacam kisah yang mencuit hati. Apakah tidak boleh saya sampaikan dalam bentuk pantun?.
Tujuannya? Sekadar bergurau dengan kawan-kawan yang sudi bergurau.

Apakah pantun itu boleh mengaibkan penulisnya?.

Cuba baca kisah berikut:

1.Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah saw, berapa kalikah seeloknya dia berjimak dengan isterinya dalam seminggu. Jawab baginda, empat hari sekali. Lelaki itu berkata, tidak tahan, baginda menjawab tiga hari sekali, lelaki itu masih menjawab, tak tahan, akhirnya baginda menjawab, terserahkan kepada kamu.

Apakah pengakuan lelaki itu mengaibkan?.

2. Saidina Ali pernah bertanya Rasulullah saw, aku seorang lelaki yang kuat shahwat, setiap kali melihat wanita cantik air maziku meleleh (keras le tu) apakah aku perlu mandi wajib?. Rasullulah saw menjawab tak perlu mandi wajib memadai mencuci air mazi itu saja.

Apakah pengakuan Saidina Ali mengaibkan?

Aishah isteri Rasulullah saw pernah berkata, kalau tidak kerana malu aku ingin memeluk semua lelaki yang tampan.

Apakah pengakuan Saidina Aishah itu mengaibkan?

Mungkin aj memandang sinis pada saya. Tak kisahlah. Janji kawan-kawan saya senang hati membacanya.

Ini blog saya….


Jumaat, Ogos 12, 2005

BERBALAS PANTUN MALAM JUMAAT

Pantun ini saya kutip dari blog zino tanpa kebenaran. Harap maaf. Sekadar senda gurauan sahaja.

zino: cabut ubi buek pongat
duduk tersandar di atas poti
bila kamis jo latip bersemangat
maklum le agenda sedang menanti hehehe

latip: zino
campur halwa dalam pengat
buat juadah berbuka puasa
ambillah berkat malam jumaat
mengerat kasih dapat pahala hehe

melor: pantun tuk paklatip kita :
anak itik memerah keringat
keringat habis bertimba2
mlm ni mlm jumaat
tongkat ali jangan dilupa

latip: melor
kalau melor memasak pengat
jangan lupa gula melaka
bila tiba malam jumaat
isteri mengadu sakit kepala..( haha kasihan...)

zino: melor;
itik melor berlari lari
leteh berlari badan pun lemah
cik abang cari tongkat ali
cik adik dengan kacip patimah haha..

zareda: pak latip,
Buah kedondong dalam peti
dikunci dengan besi mersani
bukan main ceria dihati
apa agenda pak latip hari ni?

latip: zareda,
tak sabar rasanya menikmati juadah
perut lapar tambah geram
tongkat ali sudah madu lebah sudah
tetiba isteri pulak meragam..hoho.

zino: latip;
singgah sebentar di simpang renggam
pakai baju berkain labuh
bila isteri tetiba meragam
pi tengok astro sampai ke subuh hehe..

Isnin, Ogos 08, 2005

PENULIS TAK BOLEH KAYA?


Semalam saya bertemu dengan kawan-kawan yang juga penulis. Si A seorang cerpenis, si B seorang penyair dan si C seorang novelis.

Kata si A, di barat ada penulis yang menulis sebuah novel boleh menjadi jutawan kerana pasaran novelnya di seluruh dunia. Tetapi di negara kita ada penulis yang dah tulis 10 buah novel tapi masih tak kaya kerana pasarannya hanya dalam negara sahaja. Orang ramai pula tak minat membaca novel.

Kata si B, menjadi cerpenis tak boleh kaya. Sebuah cerpen yang tersiar di surat khabar dibayar kira-kira RM100.00. katalah dalam sebulan mampu tulis 10 buah cerpen baru dapat RM1,000.00. Masalahnya bukan senang nak mendapat tempat dalam surat khabar. Dan surat khabar yang sama tak akan menyiarkan cerpen dari penulis yang sama pada setiap minggu.

Kata si C, menjadi penyair pun tak boleh kaya kerana sebuah sajak yang tersiar di surat khabar dibayar kira-kira RM30.00. kalau dalam sebulan tulis 10 buah sajak baru dapat RM300.00. itupun kalau 10 buah sajak itu tersiar.

Benarkah penulis di negara kita tak boleh kaya?.

Kalau buku penulis itu menjadi bahan bacaan pelajar (KOMSAS) baru boleh kaya. Ada penulis yang mendapat ratusan ribu ringgit dari bukunya. Tetapi hanya beberapa buah buku sahaja yang terpilih.

Menurut puan Ainon Mohd penerbit PTS Publications & Distributors dalam ceramahnya di Seremban baru-baru ini, penulis boleh bergantung hidup dari royalti bukunya kalau pandai menguruskan harta inteleknya.

Kata puan Ainon, Kaji selidik dulu sesuatu penerbit sebelum menyerahkan manuskrip. Tanya dulu kawan-kawan penulis mengenai pengalamannya dengan penerbit tersebut. Hasilkan karya yang jangka hayatnya panjang. Dan akhir sekali teliti dulu syarat perjanjian dengan penerbit sebelum menurunkan tanda tangan.

Rabu, Ogos 03, 2005

BERKAHWIN DENGAN PENERBIT

Bunyinya agak lucu. Tetapi itulah ungkapan yang diucapkan oleh puan Ainon Mohd yang mengusahakan syarikat penerbitan PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD.

Menurutnya, antara salah satu sebab mengapa seseorang penulis tidak menjadi kaya dengan hasil penulisannya kerana menerbitkan buku atau novel di banyak penerbitan.

“ Kalau seseorang penulis itu setia hanya dengan sebuah penerbitan maka mereka boleh membuat pelbagai cara atau promosi untuk mempopularkan nama serta melariskan jualan buku penulis tersebut,” katanya.

Kata Puan Ainon lagi, PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS ada mazhab sendiri di bidang penulisan. Mereka menjadikan surah Yusof sebagai model untuk berkarya. “ Kerana itu hanya penulis yang menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan oleh syarikat kami sahaja yang kami terima untuk diterbitkan bukunya,” tegas Puan Ainon yang juga seorang penulis dan usahawan yang berjaya.

Bagi seseorang penulis, yang penting ada penerbitan yang sanggup menerbitkan karyanya. Buku yang diterbitkan mampu dipasarkan kepada orang ramai dan royalti dibayar mengikut jadual yang dipersetujui bersama.

Saya telah menulis selama 15 tahun dan menerbitkan buku sebanyak 12 buah dengan beberapa penerbitan. Pernah kena tipu bila buku yang terbit tidak dibayar royaltinya kerana tidak ada surat perjanjian. Pernah pula dibayar Cuma RM300.00 untuk sebuah novel. Dan saya antara penulis yang belum kaya dengan hasil penulisan.

Semoga PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD mampu merealisasikan impian saya. Amin.

Rabu, Julai 27, 2005

PUISI BONDA KANDUNG


Semalam (26.7.2005) berlansung majlis Bicara Karya Sastera Puisi Bonda Kandung oleh Prof. Rahman Shaari, bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Seremban. Majlis ini dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera DBP dengan kerjasama Perbadanan Perpustakan Awam Negeri, Sembilan, Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN).

Antologi Puisi Bonda Kandung memuatkan puisi dan cerpen pemenang sayembara Menulis Sajak dan Cerpen 2003. Puisi Negeri Beradat Ini mendapat tempat pertama dalam sayembara tersebut.

Berikut saya perturunkan ulasan puisi tersebut yang telah dibicarakan oleh Prof. Rahman Shaari.

NEGERI BERADAT INI
OLEH
ABD LATIP TALIB

Negeri beradat ini
Tanah tumpah darahku
Akar sejarahnya bermula
Dari Batu Sangkar Paya Kumbuh Bukit Tinggi
Asal negeri nenek moyangku.

Negeri beradat ini
Adalah jejak indah Raja Melewar
Tanah ini dipilih kerana tuahnya
Lalu dibangun menjadi negeri
Yang jauh dijemput datang
Yang dekat diajak bersemenda
Luak dan suku diajak muafakat
Lalu tertegak keratan Istana Seri Menanti.

Negeri beradat ini
Ada waris pusaka suku Biduanda
Ada buapak Datuk Lembaga
Ada Undang Luak Yang Empat
Berpayung di bawah duli Tuanku
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Negeri beradat ini
Rakyat diajar hidup muafakat
Yang lemah dibela
Yang kuat jadi pelindung
Hati gajah sama diratah
Ke bukit sama berpenat
Ke lurah sama berpegang tangan
Ke baruh sama menuai padi
Ke darat sama memasang jerat.

Negeri bertuah ini
Pernah terukir sejarah merah
Penghulu luak bersengketa
Darah rakyat tumpah merata
Akibat adu domba penjajah
Akhirnya mereka berkuasa.

Negeri beradat ini
Pernah terukir sejarah gemilang
Di sini lahir anak-anak terbilang
Pencetus semangat kebangsaan
Pejuang bahasa dan budaya
Menjadi tonggak negeri tercinta

Negeri beradat ini
Kamilah anak gemilang
Penyambung warisan bangsa
Penyubur hidup beragama
Di sini kasih dicurah.


ULASAN PROF.RAHMAN SHAARI

Sajak Abd Latip Talib yang berjudul Negeri Beradat Ini memperkuat kepercayaan saya bahawa adat tidak mudah luput daripada fikiran masyarakat yang mendukungnya. Saya sedar bahawa kebanyakan anak muda tidak menghiraukan adat kerana terdorong oleh suasana baru namun inti adat tetap melekat pada akal bawah sedar mereka. Bagi sebahagian besar orang Negeri Sembilan mereka tetap akan merasakan archetype daripada masyarakat mereka. Ini aialah kesan yang saya peroleh hasil persahabatan dan pengajian saya yang berkaitan dengan Adat Perpatih. Melalui sajak yang sedang disentuh ini, Abd Latip Talib mernyebutkan sejarah bermulanya Adat Perpatih di Negeri Sembilan, katanya:

Akar sejarahnya bermula
Dari Batu Sangkar Paya Kumbuh Bukit Tinggi
Asal negeri nenek moyangku.

Penyebutan maklumat sejarah adalah penting untuk peringatan generasi seterusnya. Sajak ini memuatkan beberapa makluimat dengan maksud mengekalkan penghargaan terhadap jasa nenek moyang dan pemimpin masa lampau.

Perhatikan penyair menyebutkan sumbangan Raja Melewar

Negeri beradat ini
Adalah jejak indah Raja Melewar
Tanah ini dilipih kerana tuahnya
Lalu dibangun menjadi negeri
Yang jauh dijemput datang
Yang dekat diajak bersemenda
Luak dan suku diajak muafakat
Lalu tertegak keratan Istana Seri Menanti.

Pemilihan kata Jejak Indah agak aneh dalam kaitan (kontek) di atas. Namun yang dapat ditanggapi dengan nyata ialah bahawa Raja Melewar berjasa dalam mendirikan negeri beradat. Rangkap yang berikutnya menyebutkan suku, buapak dan undang, serta kuasa yang lebih tinggi, iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Perbilangan yang sedia ada disajakkan dalam rangkap keempat. Baris ke bukit sama didaki yang sedia ada ditulis semula menjadi ke bukit sama berpenat Jika demikian, maka rangkap keempat sajak ini memuatkan konstruksi semula perbilangan yang menyatakan sistem kekeluargaan Adat Perpatih. Saya turunkan empat baris daripada yang asli.

Ke bukit sama didaki
Ke laut sama direnangi
Hati gajah sama dilapagh
Hati kuman sama dicecah

Dalam sajak ini perbilangan tersebut berbunyi:

Hati gajah sama diratah
Ke bukit sama berpenat
Ke lurah sama berpegang tangan
Ke baruh sama menuai padi
Ke darat sama memasang jerat

Dalam bahagian tersebut tersimpul semangat bekerjasama atau muafakat, yang menjadi teras perpaduan. Seterusnya iaitu dalam rangkap kelima, penyair berkisah tentang peristiwa persengketaan. Persengketaan dalam masyarakat adalah biasa. Penyair tidak menyimpulkan bala ataupun hikmah hasil persengketaan itu, sebaliknya terus kepada soal pertumbuhan semangat kebangsaan yang termuat dalam rangkap keenam. Rangkap ke tujuh pula menyatakan bahawa orang di negeri beradat kuat memegang agama.

Isnin, Julai 25, 2005

SELAMAT DATANG

DBP dengan kerjasama Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam NS dan Persatuan Penulis NS (PEN) akan menganjurkan aktiviti berikut :

Tarikh : 26 Julai 2005 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Jalan Dato' Hamzah, Seremban.

Acara 1 : Diskusi buku
Masa : 8.30 pagi - tengah hari
1.Rindu Ibu (A. Samad Said) akan dibicarakan oleh Prof. Dr. Siti Zainon Ismail (UKM)
2. Farris, Putera Yang Hilang (Nisah Hj Haron) akan dibicarakan oleh Cik Maharam Mamat (UKM)
3. Puisi Bonda Kandung - Gema Serunai Hati 8 (PEN) akan dibicarakan oleh Prof. Rahman Shaari (UM)
4. Rindu Pala Muda (Siti Zainon Ismail) akan dibicarakan oleh Prof. Dr. Sahlan Mohd Saman (UKM)

Acara 2 : Bersama-sama penulis PEN
Masa : 2.00 - 5.00 petang

Panel :
1. Encik A. Latip Talib
2. Puan Siti Eisyah Rashid
3. Dato' Dr. Abdul Rahman Kaeh
Moderator : Puan Nisah Hj Haron

Ahli PEN, peminat sastera dan orang ramai dijemput hadir.Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi 012-305 7123 (Nisah)

Jumaat, Julai 22, 2005

PANTUN SELOKA MALAM JUMAAT


anak katak melompat-lompat
anak itik berlari-lari
malam tadi malam jumaat
bendera merah gigitlah jari..(latiptalib nyer pantun)

lompat si katak lompat
gedebuk jatuh tersungkur
ada kala hajat tak dapat
tarik selimut tidur berdengkor.. (Zino nyer pantun)

lompat si katak puru
lompat setinggi awan
malam jumaat azam baru
tengok tibi sampai pengsan. (Zareda nyer pantun)

Rabu, Julai 20, 2005

JIKA MEKAH DISERANG


Tom Tancredo, anggota Kongres dari parti Republikan Colorado mencadangkan supaya Amerika menyerang Mekah dengan senjata nuklear jika pejuang berani mati Islam menyerang AS.

Kenyataannya itu dibuat semasa ditemuramah dalam satu rancangan tv Campbell Show di Florida, Jumat 15/7. Namun beliau mengatakan itu Cuma cadangannya sahaja.

Sebenarnya cadangan untuk menghancurkan tanah suci umat Islam bukan pertama kali dilakukan. Pada 8 Disember 2002, seorang pegawai tertinggi Israel pernah mencadangkan kepada pemerintah Israel supaya menghancurkan Mekah dan Madinah jika Israel diserang oleh negara-negara Arab atau pejuang berani mati Islam.
Rich Lowry, ketua pengarang National Review Online, pada mac 2002 juga pernah mengusulkan Amerika menyerang Mekah dengan senjata nuklear.
Tidak mustahil perkara itu akan menjadi kenyataan malah Amerika mampu melakukannya kerana mereka mempunyai senjata yang canggih dan buat masa sekarang tidak ada negara Islam yang mampu menandingi kecanggihan senjata pemusnah AS.
Jika itu terjadi kita Cuma berharap akan berulang peristiwa tentera bergajah seperti yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al Quran. Ketika ditanya kepada Abdul Mutalib apa yang akan mereka lakukan apabila tentera Abrahah datang menyerang Mekah?. Dia menjawab, kami akan berlindung dibalik-balik bukit. Kaabah itu rumah Allah. Dia yang akan menjaganya.
Dan akhirnya tentera Abrahah dihancurkan oleh burung layang-layang yang dihantar oleh Allah SWT.
Pada masa sekarang sekiranya Amerika menyerang Mekah atau Madinah akan lebih ramai pengebom berani mati bersedia untuk menghancurkan tentera Amerika. Semoga apa yang berlaku di Iraq menjadi pengajaran kepada AS.

Selasa, Julai 19, 2005

CERITA JENAKA

SIAPA LEBIH SAMSENG

Gerai Pak Ya dikunjungi oleh seorang pemuda samseng. Dia memesan kuih cucur udang kegemarannya. Pemuda samseng komplen.

Pemuda samseng : Kenapa kuih cucur udang Pak Ya tak ada udangnya?.

Pak Ya : Gerai sebelah jual kuih cucur badak tapi kenapa awak tak komplen tak ada badaknya?.

Pemuda samseng: ye tak yer jugak...

Sabtu, Julai 16, 2005

SKIM PERKAHWINAN

Berita baik bagi mereka yang ingin berkahwin kerana Baitulmal Wilayah Persekutuan berhasrat membiayai Skim Perkahwinan kepada mereka yang berpendapatan kurang RM1,024 sebulan.

Di bawah skim tersebut mereka yang layak akan dibiayai sepenuhnya atau diberi peruntukan RM3,000.00 sebagai perbelanjaan untuk berkahwin.

Pada masa sekarang perbelanjaan untuk berkahwin memang mahal kerana duit hantaran saja mencecah hingga RM10,000.00 dan masing-masing seolah berasa bangga kalau anak gadis mereka tinggi duit hantarannya.

Dalam Islam yang penting ialah Maskahwin bukannya duit hantaran namun seolah menjadi satu keaipan kepada keluarga pengantin kalau duit hantaran murah.

Kabarnya Di Kelantan dan Terengganu tidak ada istilah duit hantaran kerana semua pemberian dari pihak pengantin lelaki dikira sebagai Maskahwin.

Di Negeri Sembilan jumlah Maskahwin berbeza mengikut adat di sesuatu tempat. Ada yang Maskahwinnya bagi anak dara RM44.00 dan bagi janda RM22.00 namun ada pula daerah bagi anak dara RM24.00 dan janda RM12.00.

Kerana itu ada cadangan hendak menyeragamkan Maskahwin di Negeri Sembilan menjadi RM300.00 namun ada bantahan dari ketua-ketua adat.

Kalau maskahwin RM12.00 nak beli seluar dalam pun tak cukup, kata Mufti Negeri Sembilan dalam satu taklimatnya kepada pegawai-pegawai masjid baru-baru ini.

Selasa, Julai 12, 2005

SURAH AL_KAUTSAR

Surah Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batupermata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susudan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahanAllah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketikamenunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allahs.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih. Wassallam,

Rabu, Julai 06, 2005

BIAR MATI ANAK ATAU BIAR MATI ADAT?


Semalam (5hb) berlansung Seminar Kefahaman Adat Perpatih di Hotel Sri Klawang Jelebu. Antara tajuk kertas kerja yang menarik ialah perbilangan, biar mati anak jangan mati adat, yang dibentangkan oleh Dato Sati Hj Md Jan.

Menurut beliau, biar mati anak jangan mati adat menunjukkan ketegasan pemimpin adat melaksanakan hukuman kepada sesiapa yang melanggar adat. Ini bermaksud, sekiranya anak sendiri yang melakukan kesalahan tetap menerima hukumannya. Ini bersesuaian dengan sabda nabi yang bermaksud, sekiranya anak baginda sendiri mencuri tetap dihukum.

Namun perkara itu sukar hendak dilaksanakan pada zaman sekarang kerana mereka lebih sayangkan anak sendiri. Tambahan pula bila ada pemimpin adat yang laba ke perut.

Selain itu pemimpin adat atau Tok Adat tidak lagi dipandang tinggi di kalangan masyarakat adat perpatih zaman sekarang. Mereka dibayar elaun Cuma RM 45.00 sebulan berbanding penoreh getah yang boleh mendapat RM 50.00 sehari.

Kerana itu menurut Dato Sati Haji Md Jan, biasa terjadi di majlis kenduri kahwin Tok Adat terpaksa beratur dengan orang ramai untuk mengambil makanan di khemah. Tok Adat juga berasa rendah diri bila berurusan dengan anak-anak buah yang bergaji ribu-ribu. Kerana itu bagaimana hendak melaksanakan hukum adat apabila anak buah yang berjawatan tinggi melanggar adat?.

Semasa rehat saya sempat mendengar perbualan beberapa orang peserta seminar. Mereka bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kemungkinan pada suatu masa nanti Adat Perpatih Cuma tinggal bahan sejarah sahaja.


Jika perlantikan datuk undang tidak lagi mengikut adat dan apabila Tok Adat tidak lagi dihormati oleh anak buah sendiri maka sistem adat perpatih semakin lama semakin dilupakan, kata seorang peserta seminar.

Sabtu, Julai 02, 2005

SEMINAR ADAT PERPATIH

SEMINAR KEFAHAMAN BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT
NEGERI SEMBILAN

ANJURAN BERSAMA

MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH
CAWANGAN JELEBU

DENGAN
PEJABAT KEBUDAYAAN KESENIAN / WARISAN NEGERI SEMBILAN

PADA : 5 JULAI 2005

TEMPAT :HOTEL SRI KLAWANG
KUALA KLAWANG JELEBU

MASA: 8.00 PAGI HINGGA 2 PETANG

DIRASMIKAN OLEH
DATO’ HJ ZAKARIA BIN NORDIN

PEMBENTANG KERTAS KERJA 1
SEJARAH KEDATANGAN ADAT PERPATIH DAN ADAT ISTIADAT HARI INI OLEH: PROF MADYA NORHALIM IBRAHIM

PEMBENTANG KERTAS KERJA 2
BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT OLEH DATO’ SATI HAJI MD JAN OTHMAN

UJANA ILMU AKAN MENGADAKAN JUALAN BUKU/NOVEL

Orang ramai dijemput hadir. Masuk percuma.

Khamis, Jun 30, 2005

NASI LEMAK ANTARA BANGSA

Semasa berada di kuala lumpur seorang kawan mengajak kami makan malam di kampung baru. Di sana ada sebuah gerai menjual nasi lemak antara bangsa, katanya.

Pada mulanya saya berasa agak lucu sebab biasanya nasi lemak dimakan pada waktu pagi atau dibuat sarapan pagi. Bukan dijadikan makanan malam.

Nasi lemak antara bangsa itu sedap. Setiap kali ke sini saya mesti makan malam di sana. Ia mula dijual pukul 6 petang, katanya sambil mengatakan dia rasa ketagih dengan keenakannya.

Sewaktu kami sampai sudah ramai yang berada di situ. Kami terpaksa beratur untuk membelinya. Kerana gerainya kecil tidak semua pelanggan dapat duduk kerana kerusi yang disediakan penuh. Maka terpaksalah kami minta dibungkus dan makan di bilik hotel.

Benarlah seperti kata kawan saya itu. Nasi lemak antarabangsa itu memang sedap. Paling sedap sambal dan rendang dagingnya. Kami berlima menikmatinya dengan begitu berselira.

Sabtu, Jun 25, 2005

PENAT TAPI GEMBIRA

minggu ini adalah hari-hari yang memenatkan tapi mengembirakan.

20hb ke kuala lumpur ada temujanji dengan seorang kawan.
21hb dan 22hb kami ke kuantan.
23hb balik semula ke kuala lumpur.
24hb balik ke jelebu.
25hb ke seremban ada mesyuarat majlis kebudayaan negeri sembilan.
26hb dan 27hb berada semua di kuala lumpur.

penat tapi mengembirakan.

Ahad, Jun 19, 2005

AL FATIHAH BUAT AYAH



Mahkota kasihmu masih kutatap dan kudakap
Puing-puing rindu masih tersimpan di istana hati
hari ini kukalung doa
berbahagialah ayah di sana.


Duhai ayah
Jasamu terpahat di sanubari
nasihatmu tersimpan di hati
dengan keringat dan air mata
anakmu kini berdiri sendiri
tegak kukuh seadanya.


Duhai ayah
Istana bahagia ini terbina
bersama warna warni kehidupan
semangat dan pengorbanan ayah
menjadi nafas kedaulatan keluarga
dan hari ini aku mengenangmu, duhai ayah
teratai terus berkembang disinari mentari pagi
dirgahayu buatmu, ayah

al fatihah.

abdullatip

Jumaat, Jun 17, 2005

ULASAN & KRITIKAN HAIKU

CUTI SEKOLAH
DURIAN MULA GUGUR
SENYUM PENGANTIN

ULASAN TERBUKA TERHADAP HAIKU ABDUL LATIP

latiptalib: MBA, cuti sekolah, durian mula gugur,senyum pengantin ...macam mana haiku saya ni? hehe

Bang Latip;Biasanya ahli-ahli sastera akan memberikan pujian yang melambung apabila mengulas sesebuah karya sastera ahli yang lain. Ia ternyata akan mengembirakan sipenulis dan menyenangkan yang membuat ulasan. Hubungan mereka kian akrab dan pihak sana pula akan memuji pihak sini akan karya mereka. Dalam ertikata lain kedua-dua pihak akan win-win.

Namun saya khuatir, suasana begini tidak akan meningkatkan karya sastera dengan sewajarnya kerana penulis mungkin akan lemas dalam pujian walhal mutu karyanya tidak seberapa. Justeru itu saya lebih suka memberi pandangan seadanya mengikut apa yang saya tahu dan boleh dikongsi dengan niat untuk mempertingkatkan mutu sesebuah karya.

Sebab itu saya tak boleh jadi sasterawan@penulis he he he.cuti sekolah, durian mula gugur,senyum pengantinJika setakat memberi ulasan begini:-Haiku ini bagus.kata musim ialah 'cuti sekolah' dan 'durian mula gugur'.Syabas saudara!Itu bukan ulasan haiku. Ulasan sesebuah haiku tidak ada kena mengena dengan kata musim (kigo). Sebabnya kigo hanyalah salah satu dari ciri-ciri sebuah haiku. Banyak lagi ciri lain yang perlu ditekankan dan bukan hanya dengan adanya kigo, ia adalah sebuah haiku, tanpa kigo ia adalah senyru. salah sama sekali. "haiku" yang terdapat kigo juha tidak semestinya sebuah haiku (apatah lagi haiku yang baik).

Saya tertarik dengan takrifan senyru yang diberikan oleh sebuah kelab haiku di US yang bermaksud begini "senyru ialah sebuah haiku yang rosak atau tidak menjadi".Bang Latip;Sekali imbas, karya sdr adalah merupakan sebuah haiku yang baik. Saya sukakannya!. Penuh dan dalam maknanya. Namun ia bukanlah sebuah haiku yang hebat.Berikut adalah asas penilaian saya @copyright.

cuti sekolah
durian mula gugur
senyum pengantin

1. Apakah bentuk haiku ini?. Adakah 17 sukukata? Adakah 5-7-5?:lulus

2. Adakah jelas kelihatan atau kedengaran dua bahagian yang berbeza dalam sebuah haiku, iaitu pembayang dan maksud?:lulus

3. Adakah terdapat perkataan atau simbul musim dalam haiku ini?:lulus

4. Adakah haiku ini mempunyai objek nyata yang boleh dinikmati oleh pancaindera biasa?:lulus bersyarat

5. Adakah haiku boleh dibaca sebagai satu ayat yang lengkap?:lulus

6. Adakah terdapat ganti nama dalam haiku ini?. Adakah ia diperlukan atau boleh digantikan?:lulus

7. Adakah semua perkataan/cerita menunjukkan waktu semasa?:Tidak

8. Adakah perkataan dalam haiku ii berirama?:lulus

9. Adakah kata perbuatan dalam haiku ini?. Adakah ianya betul-betul diperlukan?:lulus

10. Adakah mana-mana perkataan yang digunakan boleh dikeluarkan tanpa menghilangkan makna ayat?:lulus

11. Adakah mana-mana perkataan yang boleh diganti dengan perkataan lain?. Penggunaan perkataan yang ada sinonim adalah lebih bagus.:Perlu diperbaiki

12. Adakah perkataan yang digunakan adalah tepat?.Punai berbanding burung, mawar berbanding bunga dan jati berbanding pokok.:lulus13. Adakah haiku ini mempunyai makna yang berganda?:lulus

14. Adakah haiku ini dapat difahami?:lulus

15. Adakah anda pernah membaca atau mendengar haiku ini atau yang seakan-akan begini?:lulus

16. Adakah anda rasa selesa membaca haiku ini dan tidak jemu mengulanginya?:OK lah

17. Adakah haiku ini menyatakan segala-galanya?. Adakah anda rasa satu siri haiku diperlukan dalam subjek yang sama?:lulus

18. Adakah idea dari haiku ini lebih baik ditulis dalam bentuk tanka atau lain-lain genre?:Boleh jadi

19. Adakah idea dari haiku ini lebih baik dihidangkan dalam bentuk lain dengan perkataan-perkataan yang lebih baik?:Boleh jadi

20. Keseluruhannya?:lulus

Secara umumnya haiku ini tidak banyak yang perlu diulas, cuma beberapa perkara seperti berikut:-Haiku perlu mempunyai objek nyata yang boleh dinikmati oleh panca indera yang lima::perkataan "cuti sekolah" tidak wajar digunakan untuk mewakili musim cuti sekolah. Ia perlu diwakilkan dengan suatu perlambangan.

Umpamanya "musim panas" tidak boleh digunakan untuk menceritakan tentang musim panas, sebaliknya "katak" atau kata lain boleh digunakan. Hakikatnya, sebuah haiku ialah hasil sebuah pengalaman semasa penulis (haijin) dan bukan imaginasi beliau. Dari pengalaman tersebut, pembaca sudah memahami tentang sesuatu musim yang dimaksudkan, walapun tanpa menyebutnya secara terus. "cuti sekolah" di sini bagi saya bukan sebuah objek nyata yang diperlukan dalam sebuah haiku. Ia boleh diwakili oleh perkataan lain seperti 'balik ke kampung', 'membasuh baju', 'buku pinjaman' dan apa-apa sahaja yang bersesuaian.-

Saya fahami haiku ini sebagai musim perkahwinan (senyum pengantin)di musim cuti sekolah yang secara kebetulan juga adalah merupakan musim buah-buahan (durian mula gugur). Haiku ini terlalu banyak menceritakan perihal musim (secara langsung dan perwakilan) dan ia tidak begityu sesuai bagi sebuah haiku yang hebat. Secara keseluruhannya plot cerita dalam haiku ini adalah longgar kerana ia lebih mirip kepada imaginasi penulis berbanding dengan peristiwa sebenar yang dialami oleh penulis. Dalam erti kata lain, penulis boleh berada di rumahnya di Jelebu walhal majlis perkahwinan ini berlangsung di Putrajaya.

Untuk membangkitkan suasana sebenar yang berlaku, kita boleh andaikan penulis hadir ke majlis persandingan dan sebiji durian jatuh dari pokok berhampiran. Contohnya "debuk berbunyi, pengantin di pelamin, durian gugur".Di sini cuti sekolah telah ditiadakan. Majlis perkahwinan boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja, namun di sini ia dilakukan pada musim buah. Unsur suspen di sini ialah, pembaca sangkakan pelamin yang runtuh bila debuk berbunyi, namun terasa lega kemudiannya kerana rupa-rupanya durian yang gugur.Sdr;Rasanya masih banyak lagi yang boleh diperkatakan mengenai haiku ini, mungkin ia boleh disambung kemudian sekiranya ada mood.

Nota Kaki1. Menulis haiku memang mudah, cuma 5-7-5 dan jadilah ia sebuah haiku (jika haiku tersebut rosak @ belum masak, ia akan jadi senyru). Namun untuk menghasilkan sebuah haiku yang baik (apatah lagi yang hebat) ia amat sukar. Perlu saya tegaskan lagi di sini bahawa haiku yang ditulis dalam bahasa asing tidak sama dengan haiku dalam bahasa Jepun dan tidak akan menjadi haiku Jepun sampai bila-bila. Justeru itu kita tidak boleh menilai haiku Melayu dengan kayu ukur dan kacamata Jepun.2. Ulasan di atas adalah merupakan pegangan (mazhab) saya dalam haiku (yang mungkin boleh berubah mengikut masa dan keadaan). Ia tidak semestinya dipersetujui oleh orang lain (terutamanya dari mazhab lain). Namun setiap pegangan harus mempunyai hujah dan boleh dibincang serta dibawa berunding. Saya berpegang kepada prinsip bahawa haiku dan hasil sastera lain juga tidak boleh terlalu rigid, kerana ia adalah sastera bukan sains.

Khamis, Jun 16, 2005

SEMOGA BERJAYA


Beberapa tahun yang lalu Encik Baharuddin Kadir memberi peluang kepada saya menulis skrip drama bersiri. Dan alhamdulillah saya berjaya menyiapkan 13 episod berjudul ANAK-ANAK GEMILANG dan ditayangkan di tv1.

Kemudian saya mendapat peluang menulis drama bersiri bercorak agama berjudul NUR PENYULUH ALAM dan ditayangkan di NTV7 sepanjang bulan puasa.

Kemudian peluang menulis skrip drama tv tak ada lagi bila Encik Baharuddin Kadir tidak lagi bergiat di bidang penerbitan drama dan penerbit NUR PENYULUH ALAM pula beralih ke bidang pakeg haji dan umrah.

Beberapa minggu yang lalu peluang itu muncul semula bila seorang kawan mencadangkan saya menulis sebuah drama telemovi untuk tayangan satu jam. Katanya kalau skrip drama itu diluluskan oleh panel yang dilantik maka akan ditayangkan pada tahun 2006 kerana slot drama untuk tahun 2005 sudah penuh.

Dia menetapkan manuskrip itu hendaklah diserahkan kepadanya pada 20hb ini. Maka kelamkabutlah saya menyiapkannya. Semoga berjaya.

Ahad, Jun 12, 2005

CERITA PENGAJARAN


DARI MAJALAH MANAR ISLAM ISKANDARIAH MESIR.


Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya."Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat."Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.Dalam suasana kelam kabut itu, mayat gadis itu dibawa turun lalu diletakkan di pinggir jalan. Orang ramai berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.
Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin.
Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Isnin, Jun 06, 2005

KISAH DAN TELADAN

( kisah ini dikirim oleh seorang kawan melalui email)

Kisah ini berlaku di sebuah desa di Jawa Tengah. Ada sorang ibu tunggal yang kerjanya menjual tempe di pasar tani setiap hari.Pekerjaannya menjual tempe ini adalah satu-satunya sumber pendapatan untuk menyara hidupnya.
Pada satu pagi, macam biasa, dia tengah bersiap-siap nak pergi menjual tempe. Tiba-tiba dia tersedar yang tempenya dibuat daripada kacang kedele (menurut bahasa Indonesia) hari itu masih belum menjadi iaitu baru separuh masak.
Dia pun berasa amatlah sedih sebab tempe yg masih belum menjadi pastinya tak laku dan ini bermaksud dia takkan dapat wang untuk hari itu. Tengah dia bersedih, tetiba dia teringat akan firman Tuhan yang menyatakan Tuhan dapat melakukan perkara2 ajaib kerana tiada yg mustahil bagi Tuhan melakukannya.
Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa "YaTuhan, aku mohon kepadaMu agar kedele ini menjadi tempe. Amin?."
Begitulah doa singkatnya yg dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin Tuhan pasti mengabulkan doanya. Lalu degan tenang dia pun menekan2 bungkusan bakul tempe dengan hujung jarinya dan dia pun buka sedikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban Tuhan.
Tapi dia kaget seketika sebab kedele tu masih tetap kedele. Belum menjadi tempe. Namun dia tak kecewa, sebaliknya diafikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
"Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah saja mata pencarianku. Aku mohon agar jadilah ini tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi buka bungkusan itu.Lalu apa yang terjadi?.
Dengan kaget dia melihat kacang kedele tersebut masih tetap belum menjadi tempe. Sementara itu hari pun semakin siang dan tentunya pasar dah semakin ramai orang. Si ibu ni tetap tak kecewa atas doanya yang belum terkabul.Bagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang tetap pegi ke pasar membawa barang dagangannya.
Dia berpikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi masa perjalanannya ke pasar. Lalu dia pun bersiap2 untuk berangkat ke pasar. Semua keperluan nya untuk menjual tempe macam biasanya dah disiapkan. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.
"Ya Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju kepasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku,jadikanlah ini tempe. Amin".
Lalu dia pun berangkat.Di sepanjang perjalanan dia tetap tak lupa baca doa dalam hati. Tak lama lepas tu dia pun sampailah di pasar. Dan macam biasanya dia pun mengambil tempat untuk meletakkan barang dagangannya. Dia betul2 yakin yg tempenya sekarang mesti dah menjadi. Lalu dgn hati yg berdebar-debar dia pun buka bakulnya dan menekan2 dgn jarinya setiap bungkusan yg ada. Pelan2 dia buka sikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Lalu apa yang terjadi. tenyata tempenya belum menjadi.
Si Ibu ni pun terkesima seketika, dia tarik nafas dalam-dalam. Dia sudah mula kecewa pada Tuhan kerana doanya tak dikabulkan. Dia merasa Tuhan tak adil.Tuhan tak kesian padanya sedangkan dia hidup cuma dgn hasil jualan tempe saja. Seterusnya, dia cuma duduk diamtanpa mempamerkan barang dagangannya sebab dia tahu tak ada org nak beli tempe yg baru separuh jadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar dahmulai sepi denganpembeli. Dia tengok member2 yg sesama penjual tempe,tempe mereka dah hampir habis nak dijual. Dia tertunduk lesu seperti tak sanggup menghadapi kenyataan hidupnya hari itu. Dia pun termenung dgn rasa yg teramat kecewa. Dia tahu yg hari tu dia tak dpt apa-apa pendapatan langsung.
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Bu, Maaf ya bu, saya mau tanya. Apakah ibu ada menjual tempe yang belum jadi? Dari tadi saya sudah kelilingpasar mencarinya tapi masih belum ketemu."
Seketika si ibu tadi terkesima lagi. Dia kaget.Sebelum dia menjawab sapaan wanita kat depannya tu,dalam hati cepat2 dia berdoa "Ya Tuhan, saat ini akutak mahu tempe lagi. Biarlah daganganku ini tetapseperti semula, Amin".
Tapi lepas tuh, dia masih tak berani lagi nak jawab kat wanita tu. Dia fikir entah2 mase dia tgh duduk2 termenung tadi,tempenya dah menjadi. Jadi masa tuh dia dalam keadaan ragu2 lagi nak jawab. "Camane nih?" Dia pikir. "Kaloaku kata ya, jangan2 tempe ni dah jadi, sape taumukjizat Tuhan?" Lalu dia pun kembali berdoa dalam hatinya, "Ya, Tuhan,biarlah tempeku ini tak usah jadi tempe lagi. Dah adaorg yg nak beli. Ya Tuhan tolonglah aku kali ini.Dengarlah doaku ini?" ucapnya berkali-kali. Sebelum dia menjawab wanita itu, dia pun bukak sikitdaun penutupnya. Lalu apa yang dilihatnya?.Ternyata memang benar tempenya belum menjadi. Dia punbersorak riang gembira dalam hatinya.
Dipendekkan cerita, wanita tu pun memborong habis semua tempenya yg belummenjadi tuh. Sebelum wanita tu pergi, si ibu nih sempat jugak tanya wanita tuh kenapa nak beli tempe yg belum jadi. Rupa2nya, wanita tuh kata yg anaknya di England kepingin tempe dari desa. Memandangkan tempenya tuh nak dikirimkan ke England, dia kenalahbeli yg belum jadi lagi supaya bila sampai di England nanti dah menjadi. Kalau kirim tempe yg dah jadi,nanti di sana tempe tuh dah tak elok lagi dan rasanyapun dah kurang sedap. Begitulah alkisahnye.
Moral of the story?.
1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebihmengetahui apa yang kita perlukan dan apa yg terbaik utk kita.
2. Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian kita sbg hambaNya yg lemah. Dan jgn sekali-kaliberputus asa terhadap apa yg dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita. Hanya kpd Nya lah kita memohon & bertawakkal?
3. Mari makan tempe utk kesihatan dankecergasan.tak caye tanya ler org2 Jawa?hehheh? =)

Khamis, Jun 02, 2005

MENITI USIA EMAS


Hari ini 2hb Jun, adalah hari jadiku. Bermakna telah bertambah setahun lagi usia ini. Dalam mengharungi kehidupan sehari-hari terasa begitu cepat masa berlalu.

Semasa kerja makan gaji dulu rutin kehidupan mesti berada di tempat kerja dari pagi hingga ke petang. Ada kalanya hingga larut malam. Pada hari-hari cuti atau kelepasan am barulah seharian bersama keluarga.

Tetapi kini bila bekerja sendiri maka sendiri yang menguruskan jadual aktiviti seharian. Namun masa yang berlalu terasa begitu cepat.

Bila melihat anak-anak yang sudah meningkat remaja dan isteri yang telah semakin berusia barulah sedar diri ini telah menjadi warga emas. Apa lagi yang hendak dicari dalam usia begini?.

Ketika berusia 20an ingin berjaya dalam kerjaya. Pada usia 30an ingin mempunyai sebuah keluarga bahagia. Di usia 40an ingin melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran. Di usia 50an?.

Pada usia begini yang penting ialah kesihatan. Kalau badan sihat banyak perkara yang boleh dilakukan Baik untuk dunia ataupun akhirat.

Aku berdoa, semoga berkekalan kesihatan, bertambah keimanan, bertambah amal ibadat, bertambah rezeki yang halal dan bertambah kasih sayang.hehe.


Selasa, Mei 31, 2005

CUKAI TANAH 31 MEI

Hari ini 31 Mei, hari terakhir untuk membayar cukai tanah. Ini bermakna sesiapa yang membuat bayaran selepas tarikh itu akan dikenakan denda. Sesiapa yang tidak membayarnya alamat tanah akan dirampas. Kabarnya memang ada tanah yang dirampas kerana tidak membayar cukai.

Kerana itu ramai para petani dan pekebun kecil menyerbu pejabat tanah untuk membayar cukai. Saya salah seorang di antara mereka. Punyalah ramainya orang sampai kena beratur panjang menunggu giliran.

Walaupun ada kemudahan komputer tetapi kerana terlalu ramai yang datang maka kerja memperoses agak lambat juga. Tambahan pula ramai yang membuat bayaran lebih dari satu geran tanah.

Seorang lelaki di depan saya merungut. Katanya, tanah tak seluas mana tapi punyalah susahnya hendak membayar cukai. Ada pula yang kata, tanah miliknya agak luas juga tapi tidak diusahakan kerana dia sudah tua anak-anak pula berkerja di bandar.

" Tanah tak berhasil tapi cukai kena bayar juga. Kalau tak bayar tanah kena rampas," rungutnya.

Tetapi bila difikir semula bukan salah siapa melainkan salah sendiri juga kerana lengah membuat bayaran. kalau di bayar sebelum bulan mei tentu tidak penat menunggu giliran. Tetapi... entahlah. Mungkin beginilah sikap orang kita. Suka menunggu di saat akhir.

Khamis, Mei 26, 2005

BERSANTAI DI MID VELLY

Image hosted by Photobucket.com

Hujan tak henti
Bersantai di Mid Valley
Tingkat sebelas

Mereka yang duduk di bandar, sesekali pulang ke kampung berasa seronok. Bagi orang kampung pula, sesekali bermalam di Kuala Lumpur rasa seronok juga. Dari tingkat 11 saya berasa seronok melihat keindahan Kuala Lumpur terutama pada waktu malam. Lampu bergemerlapan sampai ke pagi. Kereta bertali arus di jalan raya. Hujan turun tak henti-henti.

Sesama chek-in saya sempat berbual dengan seorang lelaki cina berumur dalam lingkungan 60 tahun. Dia datang dari Singapura. Katanya sengaja datang ke Mid Valley untuk bersantai.

"Sesekali kita perlu makan angin. Itu baik untuk mengembalikan mood kita," katanya ramah.

Saya setuju dengan kata-katanya. Ada masanya kita memang kehilangan mood. Apa yang kita buat serba tak kena. Ketika itu elok kita bersantai dengan harapan mood itu datang semula.

Semasa nak chek-out saya bertemu dengan Pak Ali Majod. Seorang penulis veteran yang pernah popular dengan cerpennya PENSEL NAN SEBATANG.

"Datang untuk bersantai?" tanya saya.

"Ada tugas perlu di bereskan," jawabnya.

MADU LEBAH

MADU LEBAH

Allah S.W.T. telah memberi kelebihan pada lebah dengan kekuasaannya mengeluarkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia.

Firman Allah di dalam AL-Quran, Surah An-Nahl, Ayat 68-69 yang bermaksud: Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:

"Hendaklah engkau membuat sarang di gunung-ganang, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."

HAD1S NABI. RIWAYAT MUSLIM:

Daripada Abu Said Al'Kudri r.a. katanya: "Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu ia berkata, "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air", Sabda Rasulullah SAW. "Minumlah madu kepadanya": Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada Rasulullah S.A.W lalu katanya " Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah", Rasulullah S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W. terus menyuruhnya supaya meminum madu, Kata orang itu, "Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga". Sabda Rasulullah S.A.W. "Allah Maha Besar, perut saudaramu itulah yang dusta". Lalu diminumnya pula madu, maka sembuhlah saudaranya".

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.

2. Memulihkan sel-sel urat besar.

3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.

4. Merangsang tenaga batin.



B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.

2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.

3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.

4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.



KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.

b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.

c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.

d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


2. REMAJA:

Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.

b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.

b) Menguatkan tenaga batin.


5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.

b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.

c) Memulihkan penyakit berpanjangan.

d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.

e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.

f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.

g) Memulihkan batuk dan lelah.

h) Menghindarkan badan letih dan lesu.

i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.

j) Baik untuk perempuan bersalin.

k) Membantu/menerangkan pemandangan.


CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.

2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.

3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.

4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)

5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.

6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.

7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.

8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.

9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.



"MIRACLE ANTIBI0TIK"



KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......

disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan

dengan penuh yakln.

SAPULAH MADU JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera

dan luka terlindung dari kuman.

b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan

lain-lain.

c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.

d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.


MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.

b) Bahan membuat kuih / kek.

c) Goreng atau panggang ayam.


KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung

dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.

2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,

kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.


B) ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam

madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.

2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan

menguatkan janin.

3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh

kuasa dalam madu asli.

4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.

5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.


C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR


1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat

mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa

bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.

2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding

perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.

3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.

4. Mengelak dari kembung perut bayi.



D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta

mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.

2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.


UJIAN KEASLIAN MADU LEBAH

1. Ambil mancis api, kemudian bakar madu lebah tersebut. Madu Asli akan membuat mancis akan terus menyala.

2. Titiskan madu di alas kertas. Madu asli tidak akan tiris.

3. Ambil sesudu madu, kemudian masukkan ke dalam air putih. Madu Asli lebih tumpat daripada air.

4. Titiskan madu pada kuku. Madu Asli akan memakan masa untuk menitik.

5. Masukkan madu ke dalam plastic aiskrim. Kemudian simpan di dalam freezer. Madu Asli tidak akan beku atau keras. (Madu kenyal seperti agar-agar/jeli dan cair selepas 10 minit di keluarkan dari freezer)

6. Ambil 2 sudu besar madu lebah bancurkan sebiji kuning telur kuning telur akan masak.

Selasa, Mei 17, 2005

PERTEMUAN

Daun menghijau
pertemuan yang mesra
Peminat haiku



abdullatip
16.5.2005

Image hosted by Photobucket.com

Isnin, Mei 16, 2005

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU BUATMU, CIKGU

Selamat hari guru buatmu, Cikgu
membentuk minda anak bangsa
mendidik ke jalan mulia
menempa sukma membawa harapan masa depan

Selamat hari guru buatmu, Cikgu
Payung kasihmu tempat berteduh
menanam cinta gairah agama
kehidupan umat jadi gemilang
fajar cemerlang menyinsing
dalam kilauan sejahtera.

Selamat hari guru buatmu, Cikgu
Jika terbit nada yang gersang
Janganlah berurai si air mata
Hiasilah bibirmu dengan senyuman
Cikgu penyandang sumpah janji
kecewa itu hanya kebiasaan
bila cita tak datang ke jantung harapan.

Selamat hari guru buatmu, Cikgu
berikan mereka hati dan budi
tunjukkan jalan menggapai tujuan
Pengorbananmu tetap disanjung
jasamu tetap dikenang
kerana Cikgu bukan lilin
Cikgu cahaya dan harapan
Memperkasa jiwa bangsa
mewarna tanah tercinta.

Terima kasih buatmu, Cikgu
yang pernah merotan tapak tanganku
menitipkan tinta dan kata
menghulur kasih kudus
membentuk insan bijaksana

abdullatip
Jelebu
Negeri SEmbilan

Ahad, Mei 15, 2005

PERTEMUAN

Langit nan cerah
Pertemuan yang mesra
Restoran Tupai


Pertemuan pertama meninggalkan kesan di hati kita. Tambahan pula kalau pertemuan itu dalam suasana baik dan mesra.

Hari sabtu, bertempat di Restoran Tupai yang terletak tidak jauh dari Dewan Bahasa dan Pustaka, saya bertemu dengan Ep, Zareda, Bakhtiar, Zino bersama isterinya, Melor bersama suami dan anak lelakinya.

Sebelum itu sudah beberapa kali saya ingin bertemua dengan mereka tetapi ada sahaja halangannya. Rupanya pertemuan yang tidak dirancang itu menjadi kenyataan. Saya sampai agak terlewat dari yang dijanjikan kerana menyangka restoran tupai terletak di The Mall. Rupanya tidak jauh dari DBP. Berpeluh juga mencarinya baru jumpa.

Kami 9 orang duduk semeja berbual sambil menjamu selera. Ep, Zino dan suami Melor banyak cerita. hehe. Walaupun pertama kali bertemu tetapi sudah rasa mesra.

Zino rupanya orang Rembau tetapi bila saya bertanya sambil berseloroh dia mengaku orang Kedah..hehe.

Bakhtiar pula kata Ep baru balik dari Korea. Dia ada kerja sambilan iaitu membuat roti. Katanya, sudah pandai membuat 6 jenis roti. Semoga dia berjaya dalam bidang yang diminatinya.
Sebelum balik Bahtiar beri kami roti dan pagi ini saya bersarapan "Roti Bahtiar". Sedap dan menyelerakan.

Zareda dan Melor tak banyak cerita. Sesekali dia memandang muka saya. Agaknya dalam hati dia berbisik, ini rupanya pak latip yang selalu mengusik saya dengan kata-kata. Hehe.

Terima kasih kepada EP yang belanja kami makan. Semoga Allah swt membalas budi baiknya. Amin.

Khamis, Mei 12, 2005

BILA TV ROSAK

Sekarang ini boleh dikatakan setiap rumah baik di kampung atau di bandar ada tv. Malah ada rumah yang mempunyai lebih dari sebuah tv. Menonton tv tak kiralah samaada astro, vcd atau sebagainya seolah menjadi kemestian bagi setiap orang. Kalau kita berada di pejabat kerajaan atau swasta ada di sediakan tv di ruang menunggu. Malah di hospital dan di balai polis juga ada disediakan tv. Begitu juga dalam bas, keretapi dan kapal terbang. Pendek kata tv sudah sinonim dalam kehidupan kita.

Kerana itu bila tv rosak kita mula rasa tak sedap hati. Rumah terasa sunyi. Kalau ada anak pasti mereka merengek minta dibaiki atau diganti dengan tv yang baru.

Beberapa hari yang lalu tv di rumah saya tetiba rosak. Puas godek-godek tapi tak menyala juga. Isteri saya yang suka menonton drama latin (sampai dia hafal tajuknya) mula nampak macam mati kutu. Hehe. Saya juga berasa kesunyian.

Dipendekkan cerita petang semalam saya dan isteri bawa tv ke pekan untuk dibaiki. Kata “doktor tv” perbelanjaan membaiki tv itu hampir RM 200.00. fikir punya fikir lebih baik beli baru. Tambahan pula tv itu dah lama. Kalau dibaikipun mungkin esok atau lusa rosak yang lain pula.

Maka saya dan isteri pun merayau di kedai menjual tv. Sesuatu yang dah lama tak kami lakukan. Punyalah banyaknya fesyen tv dari yang kecil hingga yang besar.

Paling menarik tv buatan negara Cina jauh lebih murah berbanding tv lain. Tv bersaiz 29” (saya rasa cukup besar) dijual dengan harga RM 500.00 sahaja berbanding jenama lain yang hampir RM 2,000.00.

Lalu saya teringat dulu orang memandang rendah barang-barang buatan Jepun. Tetapi akhirnya barang-barang buatan Jepun menguasai pasaran. Kini barang--barang dari negara Cina mula diminati ramai. Tambahan pula harganya jauh lebih murah.

Lalu saya pun berfikir. Apa ada pada jenama. Yang penting hati saya puas…hehe.

Ahad, Mei 08, 2005

PANTUN SAHABAT

Buah betik buah bidara
Elok diletak di atas peti
Sahabat baik bagaikan saudara
Kasih tersimpan di dalam hati.
abdullatip

Jumaat, Mei 06, 2005

RESTU IBU

Pagi nan cerah
Selamat hari ibu
Memohon restu

Rabu, Mei 04, 2005

HAIKU TELOK CEMPEDAK

TELOK CEMPEDAK


Ramai berkelah
Angin bertiup nyaman
Telok cempedak


Sdr Halela,
terima kasih kerana sudi mengulas haiku TELOK CEMPEDAK.

lelahiro 5/4/2005 3:50:52 AM

Untuk makluman semua haijin,Sila lihat haiku Ciklatip bertajuk "TELOK CEMPEDAK "."Berkelah" dihaiku ciklatip ini menjadi kata musim sebab waktunya di musim cuti May Day.

Kata musim tidak seharusnya dari sumber alam seperti ros, teratai, katak, rumput.Kata musim tertakluk pada perbuatan yang dibuat khas pada sesuatu masa seperti Hari raya, bulan ramadan, Christmas, Valentine Day, Easter Day, Musim Haji.

Ini dinamakan Haiku Kontemporari.

Saya dalam proses menterjemahkan sebuah buku Kata musim sebanyak 458 muka surat.Lepas terjemahan ini, saya pilih kata musim yg bersesuaian dgn keadaan di Malaysia. Saya perlu kerjasama haijin lain untuk menambahkan kata2 musim yang dirayai di Malaysia..seperti musim Thaipusam, musim orang cina sembahyang "roh" dan lain.

Bantuan sangat2 diharapkan.

Selasa, Mei 03, 2005

TELOK CEMPEDAK

Ramai berkelah
angin bertiup nyaman
Telok Cempedak

Kalau Negeri Sembilan terkenal dengan pantai Telok Kemang yang menjadi tumpuan para pelancong maka Kuantan juga terkenal dengan Telok Cempedaknya.

Sempena cuti 1hb Mei (hari buruh) saya isteri dan anak berkunjung ke rumah abang Nordin di Kuantan. Esoknya hari Isnin (2hb Mei) abang Nordin dan isterinya Tengku Zubaidah (adik Sultan Kelantan) membawa kami ke Telok Cempedak.

Seperti tempat perkelahan yang lain, Telok Cempedak juga dikunjungi ramai pelancong kebanyakannya dari luar. Di sana juga disediakan pelbagai kemudahan seperti gerai menjual makanan, gerai menjual cenderamata termasuk tempat penginapan hotel bertaraf 5 bintang.

Mereka yang ingin berbasikal pula disediakan kemudahan tersebut untuk membolehkan pelancong berbasikal di sekitar kawasan pantai.

Selain pemandangannya yang menarik dengan tiupan angin laut Cina Selatan yang nyaman para pelancong juga tertarik dengan monyet-monyet yang jinak.

Keindahan Telok Cempedak pernah dinyatakan oleh Biduanita Rafeah Buang dalam lagunya. Tapi sayangnya saya terlupa membawa kamera.

Kepada abang Nordin dan isterinya kami ucapkan terima kasih si daun keladi, kalau boleh kami nak datang lagi hehe.