Selasa, Mac 04, 2008

Entri-entri Berkaitan Si Bongkok Tanjung Puteri

Semalam saya dihubungi oleh Dr Talib Samat, pensyarah di UPSI mengatakan beliau telah membaca novel Si Bongkok Tanjung Puteri. Amat tertarik dengan kisah pahlawan tersebut.

Menurutnya lagi, beliau bercadang membawa para pelajarnya dalam 2 buah bas bagi mengunjungi pusara pahlawan Melayu itu.

"Kami akan bersihkan kubur Si Bongkok dan menanam batu nisannya," beritahu Dr Talib Samat.

"Kami nak ajak Latip ikut sana. Kami juga bercadang membawa wartawan dan kru Majalah tv3," kata Dr Talib Samat lagi.

"Kalau kau setuju kita buat pelancaran novel Si Bongkok Tanjung Puteri di sana," katanya lagi.

Tentulah saya setuju. Semoga usaha yang murni ini akan terlaksana.

-o-

Mesej Amiene Rev kepada Pak Latip: Berdasarkan petikan entri di atas, saya sudah labelkan semua entri berkaitan dengan Si Bongkok Tanjung Puteri untuk memudahkan pengunjung mencari bahan-bahan untuk kajian dan penyelidikan berkaitan dengan Si Bongkok Tanjung Puteri dan Pusara Si Bongkok Tanjung Puteri.

Label -label yang telah dibuat adalah seperti berikut.:

Label #01: Si Bongkok Tanjung Puteri (Klik Di Sini)
Diskripsi Label:
Koleksi lengkap entri-entri berkaitan dengan Si Bongkok Tanjung Puteri.

Label #02: Pusara Si Bongkok Tanjung Puteri (Klik Di Sini)
Diskripsi Label: Koleksi entri-entri berkaitan dengan kubur (kata kunci berkaitan ialah kubur atau pusara), lokasi dan aktiviti ziarah ke pusara Si Bongkok Tanjung Puteri.

Entri percubaan

Entri ini dipos bertujuan untuk mengesan punca kegagalan post atau publis entry. Sekiranya tersiar. Maka tidak ada sebarang masalah dengan akaun ini.

Sekiranya tidak tersiar, maka pihak Blogger perlu dihubungi.

Entri ini dipos oleh Amiene Rev.