Sabtu, Februari 16, 2008

DIULANG CETAK



Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt dan terima kasih kepada PTS yang menerbitkannya kerana ke empat novel sejarah pahlawan Islam ini telah diulang cetak. Malah Salahudin Penakluk Jerusalem sedang diulangcetak kali ke 3.







Selain itu novel sejarah Melayu Setelah Roboh Kota Melaka juga mendapat sambutan yang baik daripada pembaca.

InsyaAllah, pada tahun ini akan terbit beberapa buah novel sejarah Islam lagi antaranya Sultan Muhamad al Fateh Penakluk Konstantinopel, Hulagu Khan Runtuhnya Kota Baghdad, Abu Bakar As Siddiq Wira Islam dan Umar al Khattab Singa padang Pasir.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allahu Rabbi...

Latiptalib berkata...

Saudara Justdontcryalone,

Saya telah membaca kisah Abu Bakar As Siddiq dalam blog saudara. Menarik tulisan saudara. Dan saya ada meninggalkan sedikit komen. Harap jangan marah.

Salam persahabatan daripada saya.

Latiptalib berkata...

Saudara yang saya hormati,

Izinkan saya memberikan pendapat dalam hal ini. Kita bukan bertengkar Cuma bermuzakarah untuk mencari yang lebih baik tambahan pula saya juga perlukan bahan-bahan untuk penulisan saya. Rasa bertuah dapat berkenalan dengan saudara yang juga minat menulis kisah sejarah para sahabat.

Saya memandang begitu tinggi peribadi Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar As Siddiq. Mereka adalah manusia agung yang dikasihi Allah swt sehingga tempatnya terjamin dalam syurga. Apabila saya menulis kisah ini saya berasa diri saya begitu kerdil berbanding mereka.

Rasulullah saw orang yang maksum. Dia dipelihara dari membuat dosa oleh Allah swt. Baginda juga tidak melakukan perkara yang boleh merendahkan martabatnya. Akhlak Rasulullah saw akhlak al Quran.

Pada pandangan saya, kalaulah kita menulis atau kita imaginasikan Nabi Muhamad saw menepuk punggung Abu Bakar As Siddiq dan baginda minta tidur di pangkuannya, saya bimbang�ye saya amat bimbang�mereka yang salah tafsir atau sengaja menyalahkan tafsir dengan tujuan memburukkan peribadi Nabi Muhamad saw �akan mengatakan baginda seorang yang suka kepada kaum sejenis�nauzubillah. Baginda maksum dan terlepas dari godaan syaitan. Kerana itu saya tidak mahu mengatakan baginda menepuk punggung Abu Bakar dengan perlahan dan minta tidur di atas pangkuannya. Bimbang disalah tafsir oleh pembaca terutama yang bukan Islam. Untuk makluman saudara novel sejarah Islam ini dibaca juga oleh mereka yang bukan beragama Islam di Malaysia. Saya mendapat emel-emel daripada mereka. Kerana itu saya amat berhati-hati menulis kisah manusia yang amat terpuji akhlaknya ini.

Saya juga berpendapat Rasulullah saw di saat yang genting itu tidak minta tidur di atas pangkuan Abu Bakar AS Siddiq kerana Rasulullah saw tidak mahu menyusahkan orang lain. Tambahan pula Abu Bakar As Siddiq ketika itu diperlukan bagi menjaga keselamatan mereka. Kerana itu Abu Bakar As Siddiq sendiri yang memangku kepala Rasulullah saw yang sedang tidur.

Ini lebih menggambarkan kasih sayang antara dua orang sahabat. Rasulullah saw tidak mahu menyusahkan Abu Bakar As Siddiq dan Abu Bakar As Siddiq pula tidak sampai hati melihat Rasulullah saw tidur berbantal lengan.

Itulah pandangan saya. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.

Sekali lagi saya memohon kemaafan.

Web Sutera berkata...

Novel ini pun saya belum beli. Nak tunggu diskaun dulu.hihihhi..

Abang Latib, teruskan berkarya.

Mohd Fadzil Bin Jamal berkata...

Tahniah kepada penulis..semoga usaha murni menghasilkan karya berunsurkan pahlawan Islam dan sejarah mendapat sambutan menggalakkan daropada khalayak pembaca