Isnin, Januari 28, 2008

RANDAU RUAI




LAPORAN PANEL HAKIM

Novel ini membawa isu pertanggungjawaban politik dan konflik pembangunan kepada masyarakat desa.

Tuai Pasong mempersoalkan langkah kerajaan mengambil alih tanah penduduk kampung untuk pembangunan kerana keuntungan bukan sampai kepada orang kampung tetapi kepada tauke-tauke besar seperti tauke balak, tauke kilang minyak sawit dan sebagainya. Pembangunan tanah desa juga akan menghilangkan peluang untuk berburu hidupan liar di hutan-hutan terbiar.

Syafiq di arah pulang ke semenanjung kerana gagal dalam misinya untuk membangunkan nanga Setia. Sebelum beliau pulang Aghata menawarkan Syafiq cadangan pembangunan Lembah Ranum oleh sebuah syarikat yang dipengerusikan olehnya sendiri. Syarikat ini mendapat bantuan daripada pelbagai pihak termasuk seorang tokoh korporat dari semenanjung bernama Dato Ramdan. Dalam epilog, digambarkan kejayaan Syarikat Nanga Setia membangun ladang kelapa sawit setelah tujuh tahun diusahakan.

Novel ini mengisahkan pembangunan negeri Sarawak melalui tenaga sonergi tokoh dari Sarawak dan Semenanjung. Novel ini bersifat realisme yang menyentuh persoalan yang amat penting- mengenai pembangunan dan kesungguhan tokoh-tokohnya untuk membawa perubahan dan pembangunan di kawasan pedalaman negeri Sarawak. Rakyat negeri Sarawak berjaya menerusi budaya kerjasama dan perpaduan erat untuk membangun tanah mereka.

Selain itu novel ini juga menyentuh tentang adat resam negeri Sarawak baik yang sudah luput seperti ngayap dan ngayau mahupun yang masih diamalkan pada masa sekarang. Hubungan antara kaum, antara penduduk semenanjung dan sarawak, semangat pribumi, hubungan kekeluargaan, diberikan fokus juga oleh pengarang, novelis juga memberikan tumpuan kepada nilai-nilai positif seperti ketaatsetiaan kepada pemimpin, bermusyuarah dalam membuat keputusan dan lain-lain. Nilai-nilai sosial yang negatif seperti mabuk alkohol, rasuah, berdendam,fitnah dan sebagainya juga dibincangkan.

Dalam latar belakang masyarakat Nanga Setia, novelis memperkenalkan watak-watak utama dan terus menggambarkan tema novel ini yakni pembangunan tanah dan masyarakat pribumi. Novel ini kemudian berkisar kepada watak utama yakni Syafiq dan Aghata yang bertemu dengan secara kebetulan dalam penerbangan ke Sibu. Kemuncak novel ini ialah krisis yang berlaku antara tuai pasong beserta Ambing dengan pihak Syafiq mewakili FELCRA.

Novel berakhir dengan menggambarkan kejayaan Syafiq dan Aghata untuk membangun tanah mereka secara sendiri tanpa campur tangan pihak kerajaan. Dari segi perwatakan pula novel ini diwakili oleh Syafiq, Aghata, Mandar Jerunai. Sementara watak antagonis pula diwakili oleh Tuai Pasong, Ambing, Tauke Lim dan beberapa watak yang lain.

Konflik antara kedua-dua pihak seperti konflik antara kelompok tradisional dengan kelompok moderat yang berbeza pendapat tentang pembangunan. Kelompok moderat dapat mencapai kejayaan sementara antagonis seperti tuai pasong terkorban oleh unsur yang kuat dipertahankannya, iaitu harimau buruannya sementara ambing pula dihadapkan kepada keadilan kerana menjalankan operasi pembalakan haram tauke Lim.

12 ulasan:

Puteri Ezza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Puteri Ezza berkata...

Assalamu'alaikum ayahanda. Anakanda kini kembali aktif blogging

Tanpa Nama berkata...

Salam Buat Pak Latip. Tahniah atas segala kejayaan Pak Latip. Tahniah.

Latiptalib berkata...

Anakanda Puteri Ezza,

Waalaikumsalam, alhamdulillah anakanda sudah sihat. Selamat bertugas.

Latiptalib berkata...

Marsli n.o

Salam juga buat tuan. Terima kasih atas ucaoan tahniah.

ez berkata...

Salam dan Tahniah buat Pak Latip!

Latiptalib berkata...

Ez, terima kasih.

mohamad kholid berkata...

tahniah pak latip!

mohamad kholid berkata...

tahniah pak latip!

Latiptalib berkata...

Saudara Mohamadkhold, terima kasih.

Web Sutera berkata...

Assalamualaikum abang Latib,

Tahniah dari saya. Kena beli, kena beli!

phi berkata...

Assalamualaikum Pak Latip,

saya student dari Kolej Mara Banting, dah lama saya cuba nak hubungi Pak Latip, tapi tak tahu alamat... sebenarnya sekarang ni saya sedang buat kajian novel Pak Latip, Randau Ruai. Sekiranya Pak Latip tak keberatan, saya ingin menemuduga dan bertanya serba sedikit mengenai novel Pak Latip. Harap Pak Latip, sudi menerima permintaan saya. Terima kasih.

Ini email saya sekiranya Pak Latib sudi : ichiban_aries89@yahoo.com