Isnin, Januari 28, 2008

AL FATIHAH BUAT AHMAD ZAFRAN

3hb Februari 2008

Pertama kali saya bertemu dengannya semasa menghadiri bengkel penulisan PTS dalam tahun 2005. Puan Ainon memperkenalkannya dengan berkata "Ini buah hati saya."

Saya dapat mengenali beliau lebih rapat semasa kami menjadi pembimbing bengkel penulisan di Sekolah Menengah Komplek KLIA. Ahmad Zafran mengadu dia mengalami masalah sakit jantung dan akan menjalani pembedahan di IJN.

Selepas itu bertemu lagi pada malam ASNS 2007. Beliau datang bersama ibunya (Ustazah Zawiyah) dan abangnya. Kereta beliau ada masalah dengan baterinya. Sempat jugalah saya membantunya. (Semoga tak hilang pahala).

Kali terakhir saya berjumpa dengannya di pejabat PTS pada bulan Januari yang lalu dan sempat bertanya khabar tentang kesihatannya. Katanya al hamdulillah, sihat.

Semasa kenduri akikah di rumah saya (ahad lepas) ada menjemput Ahmad Zafran melalui SMS tetapi beliau tidak dapat datang.

Dan petang ini (ahad 3hb) saya terkejut apabila membaca entri di
blog Nisah Haron dia telah meninggal dunia….Innalillah Wainna Ilaihirajiun.

Ahmad Zafran atau lebih dikenali dengan nama Panaharjuna telah menulis banyak buku dengan PTS. Antara novelnya TEGAR dan Sahabat Kole Kacang.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta ditempatkan di kalangan mereka yang mendapat keampunan-Nya.

Al fatihah.












Gambar kenangan semasa menjadi pembimbing bengkel penulisan di Sekolah Menengah Komplek KLIA 2007.


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Kehilangan sebutir bintang yang berharga. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin

Walaupun mengenalinya menerusi maya tetapi turut merasai kehilangannya. Ketetapan yang dijanjikan oleh Allah untuk setiap hambanya.

zaki zainol aka kangaq berkata...

Maaf kerana saya menyatakan hasrat ibu allahyarham secara terbuka di web PTS sebab saya tidak tahu bagaimana untuk menghubungi Pak Talib.

Latiptalib berkata...

Rafidah,

Saya turut merasa kehilangan seorang kawan dalam bidang penulisan.Apatah lagi mereka yang telah lama mengenali allahyarham Ahmad Zafran. Ramai yang menangisi pemergiannya.

Latiptalib berkata...

Zaki Zainol aka Kangaq

Perkara yang baik itu apa salahnya ditulis dalam Web PTS. Saya mengucapkan terima kasih atas makluman saudara itu.

Ibu allahyarham Ahmad Zafran memang hendak menghubungi saya tetapi tidak tahu no hp saya sebab itu dia beritahu melalui saudara.

Petang tadi saya telah menziarahinya. Sempatlah dia bercerita. Saya pun tak sangka Ahmad Zafran dan ibunya selalu bercerita mengenai saya yang pernah menolong membaiki keretanya yang rosak.

Pertolongan itu kecil sahaja tetapi menjadi kenangan kepada mereka berdua.

Rasha_rz berkata...

Innalillah hiwain nailla hiwarrojiun. Orang baik,perginya baik juga. W/p kak ila hanya mengenalinya melalui maya namuan terasa hiba juga mendengar berita ini. Al-fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan pahala mengarang akan menjadi cahaya kegelapannya. Amin..........

Tanpa Nama berkata...

Saya gembira dapat membantu. Dan minta maaf, saya tersasul tertaip 'Pak Talib'. Maafkan saya Pak Latip.

Tanpa Nama berkata...

Saya gembira dapat membantu. Dan minta maaf, saya tersasul tertaip 'Pak Talib'. Maafkan saya Pak Latip.

Tanpa Nama berkata...

Al Fatehah.. semoga roh beliau ditempati bersama org2 mukmin di sisi Allah SWT.. Amin.